JERLUN, 14 Jan (Bernama) -- Umno perlu serius dalam memilih pemimpin parti kerana sebarang perkara yang dianggap tidak telus, tidak demokratik atau "cantas mencantas" akan memberi kesan kepada parti dan Barisan Nasional (BN).
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata rasa tidak puas hati akan memberi kesan seperti ahli tidak keluar mengundi, tidak bekerjasama dan yang paling teruk melakukan tindakan yang menjejaskan peluang untuk menang dalam pilihan raya.
"Kita (Umno) kena serius tentang pemilihan parti bagi mengelakkan perpecahan. Sebab itu tindakan untuk menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan adalah satu tindakan yang baik jika berlaku pilihan raya umum dalam tempoh tersebut.
"Tentang jawatan dalam parti, kita kena sedar kita (parti) tak berkuasa di Kedah, jadi tak perlulah berebut-rebut sangat jawatan dalam parti ini. Kalau tak bersatu, tak pilih calon yang sesuai, jangan mimpi nak menang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Mesra Rakyat Daerah Mengundi Kubang Sepat di sini Jumaat.
Rabu lalu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan BN mampu menawan semula Kedah sekiranya budaya 'cantas' dihapuskan di kalangan pucuk pimpinan khususnya dalam Umno.
Dr Mahathir berkata selagi budaya itu subur dalam Umno Kedah, BN tidak akan berupaya memenangi semula negeri ini.
Sementara itu, Mukhriz berkata anggota Umno di Kedah juga perlu akur dengan calon yang dipilih bagi mewakili parti dalam pilihan raya umum akan datang kerana calon yang dipilih adalah mereka yang difikirkan boleh diterima rakyat.
"Kerana itu saya berharap bahagian-bahagian di Kedah supaya mengenepikan masalah yang remeh-temeh kalau nak menang balik Kedah dan tambah kerusi Parlimen.
"Bayangkan betapa mengecewakan kerana satu kes remeh-temeh, kita kalah bukan hanya peringkat negeri tetapi keseluruhannya," katanya.
Beliau berkata ketika ini sudah ada perubahan dalam Umno negeri tetapi masih banyak ruang untuk usaha-usaha meyakinkan rakyat supaya kembali menyokong Umno.
-- BERNAMA
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120
#hashtag
BOIKOT PRODUK YAHUDI
Pages
- Home
- MANIFESTO BN PRU13
- BELANJAWAN 2013
- SEMAK DAFTAR UNDI
- UMNO ONLINE
- BN ONLINE
- UTUSAN ONLINE
- MELAKA HARI INI
- BERITA HARIAN ONLINE
- ISLAM GRID
- TWITTER JPX
- FACEBOOK JPX
- YOUTUBE JPX
- APA ITU SYIAH?
- 1 MELAYU 1 BUMI
- 13 MEI 1969
- KOMUNIS DI TANAH MELAYU
- PAS KELUAR BN
- ANWAR & YAHUDI
- ANWAR & PLURALISME
- KISAH KAUM NABI LUTH
- BOIKOT COCA-COLA
- BOIKOT STARBUCK
- I-FILES ANWAR IBRAHIM
Saturday, January 15, 2011
MUKHRIZ BILANG UMNO TIDAK SERIUS????
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Portal Berita Semasa
-
-
Semakan Tawaran SMKA Tingkatan 1 2025 - Sukacita dimakluman, semakan kemasukan ke SMKA bagi sesi persekolahan 2025 kini boleh disemak mulai 31 Januari 2025. Semakan Tawaran SMKA Tingkatan 1 2025 ...5 days ago
-
Empowering Your Financial Future with Hong Leong Bank Unit Trusts - Financial planning is an essential aspect of securing one’s future, and for Malaysians, Hong Leong Bank Unit Trusts offer a promising avenue for investme...1 year ago
-
Hello world! - Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start writing!3 years ago
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...5 years ago
-
Monster Babysitter Advertised Her Services Hours After Hiding Dead Baby In Fridge - [image: Photo from mStar] Most Malaysians were horrified this morning as news of Adam Rayqal Mohd Sufi’s tragic death broke.6 years ago
-
Ancient and modern collide, as camel racing enjoys renewed popularity - There is one aspect in which Arabic culture is exactly like that of the West, and that is in the fact that when it comes to sport, football is by far the m...6 years ago
-
GOVERNMENT CHANGE AND THE CIVIL SERVANT - In academic, we say that the government remains, people running the government change. Malaysia government... more »6 years ago
-
Kaum Hawa Digesa Teroka Perniagaan Kreatif - KUALA LUMPUR – Kaum wanita di negara ini digesa mengambil peluang menceburi bidang perniagaan kreatif yang mempunyai pasaran luas, kata Penasihat Pembangun...8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
No comments:
Post a Comment