Gengster India Dalang Seludup Dadah Ke Malaysia, Kata Akhbar India
From P. Vijian
From P. Vijian
NEW DELHI, 31 Jan (Bernama) -- Kumpulan gengster India yang dipercayai bersembunyi di Malaysia dan Thailand, mungkin dalang di sebalik penyeludupan dadah ke bandar-bandar utama di Asia Tenggara.
Penglibatan mereka dikesan selepas Unit Anti Dadah (ANC) di Mumbai menahan dua orang dalam serbuan di sebuah hotel minggu lepas, dipercayai cuba menyeludup 74kg ephedrine atau 'dadah untuk berparti', lapor sebuah akhbar harian yang berpangkalan di Mumbai.
"Besar kemungkinan anggota kumpulan gengster yang bersembunyi di Malaysia dan Thailand telah meminta bekalan dadah dari India yang begitu mudah diperolehi," lapor MidDay, memetik sumber.
Hasil soal siasat ke atas dua suspek berusia 24 dan 42 tahun yang ditahan dalam serbuan di Andheri East, Mumbai itu, ANC mendapati mereka diupah oleh kumpulan gengster untuk membawa dadah.
Dadah bernilai hampir RM11 juta itu disembunyikan dalam ruang khas di dalam 11 buah termos.
"Ini adalah kartel. Kami tidak boleh memberi maklumat lanjut kerana kami masih menyiasat. Mereka (suspek) juga tidak banyak memberi maklumat," seorang pegawai kanan ANC yang mengetahui mengenai siasatan itu memberitahu Bernama pada Isnin.
Pada masa lalu, ketua kumpulan gengster terkenal Mumbai seperti Dawood Ibrahim dan saingannya Chotta Rajan, berulang-alik dari Kuala Lumpur, Bangkok ke Dubai, menguruskan kegiatan jenayah yang merentasi sempadan seperti penggubahan wang haram, penyeludupan dan pengedaran dadah, serta memeras ugut golongan kaya India termasuk pelakon Bollywood.
Kumpulan ini yang beroperasi dari tanah asing sukar dikesan dan sehingga kini berjaya mengelak daripada polis India.
"Trend terkini menunjukkan kumpulan gengster bertukar kepada mengedar dadah seperti ephedrine kerana mudah diperolehi, berbanding dadah jenis lain yang lebih mahal, selain mahu mengelak daripada ditangkap dan dikenakan hukuman tegas jika mengedar dadah lain," kata akhbar itu.
-- BERNAMA

2 comments:
tolongs sebarkan link www.freemalaysiakini.com
jasa baik anda akan dikenang selalu
tolong sebarkan link www.freemalaysiakini.com
jasa baik anda akan dikenang jua
Post a Comment