Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, December 31, 2010

NIK AZIZ PEMINAT NO 1 WALI BAND: MAHU MENONOTON LIVE SEBELUM AJAL????



Pergerakan Pemuda Umno Kelantan hari ini mempersoalkan kewajaran kerajaan Kelantan membenarkan sebuah kumpulan popular dari Indonesia, Wali Band mengadakan persembahannya di Kota Bharu malam ini yang semata-mata bermotifkan politik.


Ketuanya Anuar Safian berkata memang menghairankan Kelantan yang dahulunya langsung tidak membenarkan konsert seumpama itu diadakan di negeri itu tetapi kini demi mendapat sokongan golongan muda, parti itu sanggup melakukan apa sahaja.

"Dahulu persembahan seperti ini dianggap haram kerana terdapat percampuran lelaki dan perempuan tetapi apa kewajaran sehingga membenarkan kumpulan luar negara pula mengadakan persembahan.

"Apakah tidak akan berlaku percampuran lelaki dan perempuan dan tidak adakah kumpulan nasyid yang hebat di negara kita untuk membuat persembahan seperti ini," katanya selepas majlis sumbangan beg sekolah kepada murid-murid pendidikan khas Pejabat Pelajaran Daerah Kota Baharu di Kota Bharu hari ini.

Majlis itu dianjurkan Biro Sosial dan Etika Pergerakan Pemuda Umno Malaysia yang dipengerusikan Anuar dan penyerahan beg itu disempurnakan Pegawai Pelajaran Daerah Kota Baharu Che Ab Aziz Daud.

Malam ini kumpulan itu dijadual mengadakan persembahan di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV atas nama Amal Cakna Palestin yang dianjurkan Sekretariat Misi Cakna Palestin dengan kerjasama Kerajaan Negeri.

Penganjurnya semalam berkata persembahan itu merupakan satu lagi usaha untuk memberi peluang kepada orang ramai membantu mangsa kezaliman Yahudi di bumi Palestin.

Mengulas perkara itu, Anuar berkata ia juga seperti membenarkan persembahan pada malam tahun baru dan tidak ada bezanya dengan sambutan di tempat lain.

Pesuruhjaya III PAS Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Abdullah bagaimanapun ketika ditemui enggan mengulas lanjut perkara itu kerana tidak mengetahui secara terperinci intipati persembahan itu.

- Bernama

1 comment:

doncin cai said...

ha ha ha ha ha ha
kerana undi.......... semua HALAL !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa