2. Dalam perlawanan separuh akhir pertama menentang Vietnam, 50000 dari lebih kurang 20juta rakyat Malaysia turun ke stadium memberikan sokonga padu kepada Harimau Malaya.
3. Jumlah yang kecil dibandingkan dengan jumlah penduduk Malaysia. Apa puncanya?? Rakyat Malaysia kurang semangat kenegaraan?? Rakyat Malaysia tidak suka pasukan Negara? Harga tiket mahal?? Penonton bimbang keselamatan??
4. Hal ini perlu diberikan perhatian supaya seramai mungkin penonton dapat hadir memberikan sokongan kepada pasukan kita. Jangan nanti stadium dipenuhi oleh penonton pasukan lawan yang sedia diketahui fanatik dan tinggi semangat nasionalismenya.
5. Harga tiket juga diberikan perhatian. FAM khabarnya belum lagi menetapkan harga tiket bagi perlawanan Ahad ini. Semoga FAM dapat membuat keputusan terbaik bagi memastikan penyokong "mampu" untuk hadir dan sekaligus memberikan sokongan mereka kepada pasukan negara.
6. Keselamatan juga tidak boleh dipandang ringan. Penyokong Indonesia sudah pastinya akan datang beramai-ramai dan mengamatkan suasana. Sedikit provokasi samada di dalam dan diluar stadium tentu sahaja akan mencetuskan pergaduhan antara dua negar serumpun ini.
7. Pemain juga diharap dapat mempamerkan aksi yang diharapkan. Sudah pasti tujuan utama setiap permainan mencari kemenangan, namun memberikan kemenangan mudah kepada pasukan lawan bukanlah sesuatu yang mahu dilihat oleh penyokong negara.
8. Dengan ganjaran yang sangat lumayan telah dijanjikan, sudah tentu pemain akan mempamerkan aksi terbaik. Jika dahulu, Supermokh, Santokh dan ramai lagi mampu melakukannya, sekarang tidak ada apa-apa halangan pemain muda ini untuk mengembalikan zaman kegemilangan Harimau Malaya ini.
9. Apapun, sokongan JPX kepada Harimau Malaya sedikit tidak berubah dari dulu hingga sekarang. Serlahkan wajahmu yang sebenar!!!
10. HADIRLAH BERAMAI-RAMAI KE STADIUM BUKIT JALIL AHAD INI MENYOKONG PASUKAN MALAYSIA!!!
"DARI HIDUP DITAWAN, BIAR MATI BERLAWAN"
JPX
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment