1. Setelah digantung dari menghadiri Sidang Parlimen selama 6 bulan, Anwar dan rakan-rakannya kini punya lebih banyak masa untuk fokus dengan perbicaraan liwatnya.
2. Setelah kes liwatnya tertangguh dengan pelbagai alasan yang tidak logik, kini Anwar boleh mula fikir apa lagi alasan untuk terus berdalih bagi menangguhkan perbicaraannya.
3. Yang paling pasti, rakyat yang telah memilih Anwar sebagai Ahli Parlimen tentu sahaja kerugian besar apabila suara mereka tidak lagi akan dibawa ke Parlimen. Ini kerana salah memilih kepimpinan dan yang menjadi mangsa adalah rakyat sendiri.
4. Anwar langsung tidak menggunakan Parlimen untuk memperjuangkan nasib rakyat. Dia hanya memperjuangkan nasib diri dan keluarganya sahaja. Hari ini adalah sejarah hitam bagi Parlimen Malaysia apabila sekali lagi ianya menjadi medan pesta bagi pembangkang yang biadap dan tidak tahu kesopanan dan kesusilaan.
5. Semoga dengan penggantungan Anwar dan rakan-rakannya, Parlimen akan dapat bersidang dengan lebih sempurna dan nasib rakyat lebih terbela. Perbicaaran kesnya perlu disegerakan agar Anwar "digantung" dari terus bebas menipu dan memfitnah negara Malaysia tercinta ini.
JPX
No comments:
Post a Comment