Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, December 24, 2010

ANWAR ARAHKAN DAP KOMUNIS BUNUH JULIAN ASSANGE???


LONDON: Pengasas WikiLeaks, Julian Assange berkata terdapat kemungkinan besar bahawa dia akan dibunuh di dalam penjara Amerika Syarikat (AS) sekiranya dia diekstradisi dari Britain kerana membocorkan maklumat sulit AS.

Warga Australia itu kini dibebaskan dengan di Britain turut berdepan diekstradisi ke Sweden atas tuduhan melakukan jenayah seks dan perkosaan. Assange semalam memberitahu akhbar The Guardian bahawa adalah mustahil dari segi politik sekiranya Britain akan menghantarnya menyeberangi Atlantik (ke AS) dan yakin kerajaan pimpinan Perdana Menteri Britain, David Cameron tidak mahu tunduk dengan telunjuk Washington. “Secara perundangan, UK mempunyai hak untuk tidak mengekstradisi bagi kes jenayah politik seperti ini.

"Membocorkan maklumat dalam kes klasik membabitkan jenayah politik," katanya.

Beliau mendakwa pihak berkuasa AS sedang berusaha melakukan 'rundingan pengakuan bersalah' dengan Bradley Manning, seorang askar AS yang ditangkap kerana disyaki membekalkan maklumat kabel AS kepada WikiLeaks.

Assange berkata, sekiranya AS berjaya mengekstradisinya dari Britain atau Sweden ada peluang yang besar dia akan dibunuh ala pembunuhan “Jack Ruby” di penjara Amerika.

Ruby, seorang pemilik kelab malam ditembak Lee Harvey Oswald di Balai Polis Dallas, Texas, sehari selepas Oswald diberkas kerana disyaki terbabit dalam komplot pembunuhan Presiden AS, John F. Kennedy pada 1963. - AFP

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa