Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, November 25, 2010

PILIHANRAYA SARAWAK: APA LAGI HELAH DAN TIPU DAYA ANWAR???



1. Barisan Nasional telah menyatakan kesediannya untuk menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak. Ketua Menterinya Tan Sri Taib Mahmud telah mempunyai inspirasi berkaitan perkara berkenaan, namun belum mengumumkan tarikhnya yang sebenar.

2. Jika perkara ini benar dan berlaku pada masa terdekat ini, ianya merupakan satu kelebihan yang besar untuk Barisan Nasional. Mengapa JPX kata begitu???

3. Antara sebabnya ialah pertelingkahan dan kekacauan yang sedang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat. Kekacauan di dalam parti tersebut sekaligus menjadikan mereka sibuk dan tidak berdaya untuk menghadapi pilihanraya dalam keadaan yang bersedia.

4. Kekacauan dan kelam kabut parti ini juga akan menjadi kayu ukur kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka. Rakyat akan melihat, PKR parti yang tidak sistematik dan konsisten dalam pentadbiran mereka sudah pasti PKR bukan pilihan rakyat Sarawak.

5. Pemimpin utama PKR juga sudah menjadi kebencian rakyat. Dari Ketua Umum hinggalah pemimpin di peringkat ranting semuanya perangai persis Anwar Ibrahim Sang Peliwat. Ini terbukti apabila terlalu ramai, samada pemimpin tertinggi atau ahli parti biasa bingkas meninggalkan parti tersebut kerana muak dan jelak dengan corak kepimpinan PKR.

6. Pemilihan PKR juga adalah bukti terbesar dan akan menjadi punca lenyapnya PKR dari muka bumi Allah ini. Penggunaan kuasa jahat yang berleluasa yang hanya bertopengkan nama keadilan sama sekali menunjukan parti ini tidak lebih memperjuangkan kepentingan peribadi Anwar Ibrahim Sang Peliwat, ahli keluarganya dan kawan-kawannya.

7. Penolakan rakyat kepada PKR juga dapat dilihat semasa Pilihanraya Kecil Batu Sapi. Peratusan mereka yang mengundi PKR amatlah kecil, adalah kerana perkara-perkara yang telah JPX sebutkan di atas. Jika rakyat Sabah tidak mahukan kepimpinan PKR sudah pasti rakyat Sarawak juga tidak akan tertipu dengan helah Anwar dan kawan-kawannya.

8. Sekali lagi JPX bersetuju dengan seruan Tun Mahathir agar PRK ini segera ditutup memandangan rakyat semua sudah tahu bahawa parti ini hanyalah tipu daya dan fitnah terbesar akhir zaman.

9. Tetapi semua jangan terkejut jika Anwar Ibrahim Sang Peliwat sanggup memperlihatkan kelakuannya yang di luar tabii dalam kempen Pilihanraya Negeri Sarawak nanti. Kita sama-sama tunggu dan lihat.

10. Sudah pasti rakyat Sarawak mahukan kepimpinan yang boleh diharap dan berwibawa untuk terus membangunkan negeri ini dan menjadikan ianya terkenal di mata dunia. Hanya Barisan Nasional yang mampu dan telah terbukti!!!

BN MENANG, RAKYAT SARAWAK SENANG.

JPX

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa