Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, November 07, 2010

PAS TANDUS IDEA: SALAHKAN AGENSI KERAJAAN KALAH DI GALAS



1. Apa yang dijangka sudah pun terjadi. PAS PIS PUS akan tunding jari ke sana ke sini apabila kalah di Pilihanraya Galas tempoh hari.

2. Harakah, Lidah Bercabang Rasmi PAS PIS PUS telah mengeluar sebuah artikel bertajuk "Mengapa PAS Kalah di Galas karangan Wan Nik Wan Yusoff, Setiausaha politi Pok Nik Kluk Klek, antara menyebut "Antara yang jelas adalah penggunaan jentera Kerajaan Pusat, khasnya Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia yang berjaya memunggah, mengumpul dan menjamu pengundi Orang Asli secara teratur sejak awal sebaik sahaja gendang pilihan raya dipalu." >>>ARTIKEL LAWAK KLIK DI SINI<<<

3. Aku rasa, salah satu sebab PAS PIS PUS kalah adalah kerana adanya orang macam Wan Nik!!! Agensi kerajaan dah tentulah tugas mereka bantu rakyat. Agensi Kerajaan menjalankan tugas setelah mereka dipilih oleh rakyat!!! Jadi kenapa mahu salahkan agensi Kerajaan?

4. Wan Nik juga ada sentu pasal KESEDAR. PAS PIS PUS dah dekat 20 tahun di Kelantan apa mereka buat. Aku rasa mereka pun ada agensi macam KESEDAR tapi untuk anak-beranak saja kot. Berkat kepimpinan Ku Li di Parlimen Gua Musang, sedikit sebanyak kawasan itu lebih menonjol dari kawasan lain di Kelantan. Nak harap ADUN PAS PIS PU, kucing bertanduk pun belum tentu ada...

5. Apa yang aku faham, Wan Nik cuba mengatakan bahawa BN mempergunakan agensi Kerajaan untuk memastikan kemenangan di Galas, tapi sebaliknya Pok Nik secara terang-terangan "membeli" undi Orang Asli dengan bayaran RM 300.

6. Wan Nik menggunakan gambar Dewan Orang Ramai di Loging yang penuh dengan dengan menyatakan dewan tersebut digunakan sebagai Dewan Pengumpulan dan Pengagihan Pengundi Orang Asli. Dalam bab ini, aku sangsi dengan IQ Wan Nik. Dah nama pun Dewan, memanglah tempat orang berkumpul. Lepas tu dewan tu kat Loging, memang ler Orang Asli yang penuh! Kalau dewan tu di Pulau Melaka, mesti ler dewan tu penuh dengan anak beranak dan krono Pok Nik.

7. Jadi Wan Nik, kalau agensi Kerajaan buat kerja pun dah menjadi satu kesalahan, apa lagi yang patut dibuat??? Patutnya sebagai Setiausaha politik, buat satu kajian sikap dan tanya berapa ramai orang di Kelantan rasa Pok Nik masih waras. Wan Nik perlu cari boss lain kot...

8. Apa sebenarnya yang Wan Nik mahu sampaikan???

JPX

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa