Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, November 20, 2010

PANAS: LAGI AHLI DESAK ANWAR BERUNDUR


Kira-kira 100 anggota PKR malam tadi mengadakan protes dan berhimpun di Dataran Shah Alam meminta Penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden Mohamed Azmin Ali supaya keluar daripada parti tersebut.

Protes itu diadakan bermula pukul 8 malam sempena perhimpunan "Rapat Umum Keadilan Selangor bersama Anwar Ibrahim" yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang turut dihadiri oleh kedua-dua pemimpin terbabit.

Ketua bahagian PKR Kota Raja KS Kottapan yang mengetuai protes itu berkata perhimpunan berkenaan juga diadakan ekoran kegagalan kepimpinan tertinggi PKR menangani aduan membabitkan pemilihan parti oleh beberapa calon kepimpinan di peringkat cabang di Selangor.

"Hari ini kita adakan demonstrasi di hadapan bangunan MBSA adalah untuk memberitahu pemimpin PKR bahawa kita membantah pemilihan di peringkat cabang hingga ke Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

"Kita turun ramai-ramai dari semua cabang untuk protes bahawa pemilihan kali ini dijalankan dengan begitu kotor," katanya kepada pemberita.

Ditanya sama ada beliau akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu, Kottapan berkata beliau tidak akan berbuat demikian kerana ia membabitkan hal dalaman parti.

Bagaimanapun, beliau akan mengambil tindakan injuksi untuk menghalang pemilihan MPP dijalankan berikutan namanya yang sepatutnya tersenarai untuk merebut jawatan dalam MPP kini sudah hilang daripada senarai yang dimuatkan di laman web rasmi parti berkenaan pada 18 Nov lepas.

Perhimpunan itu turut membabitkan pertikaman lidah antara penyokong Kottapan dengan 40 anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Perhimpunan tersebut bagaimanapun dileraikan oleh polis kira-kira setengah jam kemudian.

--Bernama

1. Nampaknya Anwar memang sudah tidak diminati dan diperlukan di dalam PKR. Segala apa yang dilakukan tidak lagi menarik minat rakyat malahan menjadi kebencian.

2. Malam semalam, kira-kira 100 orang ahli PKR melakukan protes aman menggesa agar Anwar Ibrahim dan Azmin Ali segera berundur dan meninggalkan parti tersebut.

3. Selain itu, kumpulan itu juga menggesa agar proses pemilihan yang sedang berlangsung dihentikan dan diadakan semula.

4. Kalau dulu ahli sendiri pun dah minta agar pemimpin mereka berundur, itu memang isyarat jelas bahawa pemimpin itu bermasalah.

5. JPX harap agar ahli PKR dapat memilih mana yang benar mana yang palsu!!!

JPX


3 comments:

alehkayong™ said...

salam perjuangan ,kami blogger baru dari Sarawak mohon tunjuk ajar dan mohon dilinkkan.blog JP telah kami link kan

Anonymous said...

macam mana le tetamu nak halau tuan rumah ni, macam-macam ada

Unknown said...

salam, telah JPX link kan blog anda..
JPX guna mohon tunjuk ajar...

JPX suka perkataan Tetamu dan Tuan Rumah itu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa