Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, November 14, 2010

KHALID GAGAP "BACK-UP" KAKI KAPOOR DUIT YAYASAN SELANGOR



1. Satu lagi peristiwa dan bukti penting dalam menunjukan Khalid Gagap dan Kawan-kawannya menjahanamkan Selangor terbongkar. Allah Maha Kuasa telah menunjukan bukti yang nyata tentang kejahatan Menteri Besar Selangor ini.

2. Baru-baru ini, Yayasan Selangor telah merancang untuk mengadakan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke 40. Rencananya, Yayasan Selangor telah menjemput Sultan Selangor untuk turut hadir dalam majlis ini.

3. Dengan kuasa Allah, Sultan Selangor sendiri tidak mahu hadir kerana apabila Banginda mengetahui kos untuk mengadakan majlis tersebut sangat tinggi dan terlalu membazir. Baginda Sultan Selangor telah membatalkan hasrat untuk mecemar duli ke majlis tersebut. >>>BERITA PENUH DI SINI<<<

4. Bertindak dari itu, seorang lagi Menteri Besar yang sangat teruk dalam sejarah Malaysia ini, telah mengarahkan pegawai yang bertanggungjawab, Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor, Mohd Sharifuldin Sulaiman mengambil cuti bergaji selama sebulan berkuat-kuasa serta merta.

5. Yang peliknya, Mohd Sharifuldin diberikan cuti bergaji penuh!!! Amboi, sudahlah buat salah, dapat gaji pulak tu. Pelik bukan??? Adakah Khalid Gagap mahu dia merahsiakan sesuatu atau hanya sekadar buat syarat sahaja????

6. Nampaknya Kerajaan Selangor bukanlah kerajaan yang benar-benar ambil kisah hal rakyat. Mereka sibuk berfoya-foya dan hidup mewah, contoh atas wang Yayasan Selangor. Kalaupun betul mahu adakan program, tak mungkin perlu belanja tinggi RM 300 ribu??? Ini yang kita semua nampak, yang tak nampak dan yang kita tak tahu??? Namun, kejahatan pasti terbongkar dan kerajaan yang jahat dan pelahab pasti akan tumbang!!!

7. Soalnya, mengapa perlu belanja begitu banyak? Betulkah kos program itu RM 300 ribu??? Kenapa begitu tinggi??? Siapa yang cadang dan siapa yang luluskan??? Kenapa beri cuti bergaji??? Kenapa MB Selangor macam tidak tegas dalam hal ini hingga melibatkan Baginda Sultan???

8. Yayasan Selangor ditubuhkan untuk membantu dan membela nasib anak Selangor. Tapi bila Menteri Besar dan Kawan-kawannya buat sesuka hati dengan wang yang patutnya untuk rakyat, ini amatlah menyedihkan dan satu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan!!!

8. Rakyat Selangor khususnya beruntung mempunyai seorang Baginda Sultan yang amat teliti dan prihatin dengan rakyatnya. DAULAT TUANKU!!!

JPX

2 comments:

Bingai @ Bangang said...

IKYS ditubuhkan di bawah Yayasan Selangor. Ianya juga adalah untuk membantu anak-anak Selangor malahan anak-anak dari negeri lain yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana masaalah kewangan atau masaalah keputusan yang tidak baik. Malahan terdapat juga anak-anak yang tidak lulus SPM, lari dari sekolah sebelum tamat dan mempunyai masaalah disiplin. Dengan daya usaha guru-guru ramai di antara mereka menjadi insan yang berguna walaupun untuk mendidik semula sebilangan remaja yang liar ini seperti misi bunuh diri bagi tenaga pengajar. (masuk kat blog aku untuk cerita lanjut) Akhirnya IKYS juga ditutup kerana takut rugi tetapi MB tak takut buang duit untuk buat keramaian.

Aku Yang Bingai
Zaid Kene Kencing Tikus di Tendang Terajang

Anonymous said...

ini hanya satu kaedah bagi memberi habuan pada pendokong-pendokong parti mereka.perkara yang sama akan terus berlaku dari semasa ke semasa kerana ahli-ahli politik perlu membayar pendokong-pendokong mereka bagi meneruskan aktiviti mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa