Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Recent Posts

Thursday, June 19, 2014

KALIMAH ALLAH DAN BIBLE BAHASA MELAYU


Rakyat Selangor amat tidak berpuas hati dengan tindakan Menteri Besar Selangor yang juga merupakan Exco Agama Islam Selangor dalam isu Bible versi Bahasa Melayu. Sebelum ini Khalid dilihat langsung tidak mempertahankan maruah kalimah Allah dari digunakan oleh pihak Kristian.

Agak lama juga isu Kalimah Allah dipolitikkan oleh pihak pembangkang namun Khalid langsung tidak tampil ke depan untuk sekurang-kurangnya lakukan sesuatu yang pro Islam. Namun akhirnya isu itu selesai walaupun pihak Kristian seolah-olah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Rayuan telah membenarkan sekatan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan The Herald kerana berpendapat ia bukan saja akan mengelirukan umat Islam tetapi boleh juga mengelirukan penganut Kristian.

Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh dalam penghakiman berasingan berpendapat, sekiranya kalimah Allah dipakai dalam penerbitan Bahasa Melayu The Herald, ada kemungkinan ia akan memberikan gambaran yang salah tentang konsep ketuhanan dalam Kristian. Ini memandangkan konsep ketuhanan triniti iaitu tuhan bapa, tuhan anak dan roh kudus dalam Kristian sama sekali tidak serupa dengan konsep ketuhanan dalam Islam.

Ekoran dari kes kalimah Allah ini pula, berlaku lagi sekali konflik antara orang Islam dan pihak yang cuba mempolitikkan Kristian. 321 buah Bible versi bahasa Melayu yang agak mencurigakan telah dirampas.

Dalam isu ini Khalid sebagai Menteri Besar Selangor segera campurtangan dalam mempertahankan pihak Kristian. Peranan beliau sebagai Exco agama Islam seolah-olah sekadar pada nama sahaja. Rasanya lebih baik beliau dilantik sebagai Exco agama Kristian. Kononnya beliau akan mengumumkan keputusan muktamad mengenai isu rampasan 321 buah Bible pada Isnin depan selepas menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah kali kedua esok.

Tidak ada sebarang tindakan dari pihak Khalid yang mempertahankan maruah Islam. Beliau dengan bangganya memberitahu bahawa beliau telah menghadap Sultan di istana tetapi belum habis berbincang kerana perlu mendapatkan penjelasan daripada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail terlebih dahulu.

Kesungguhan Khalid dalam isu Bible versi Bahasa Melayu ini jelas terserlah apabila beliau akan mengadap Sultan Selangor sekali lagi esok setelah mendapat penjelasan daripada Peguam Negara. Walaubagaimanapun penyelesaian muktamad kononnya hanya akan dicapai esok selepas menghadap Sultan dan kemudiannya beliau akan berjumpa dengan Persatuan Bible Malaysia (PBM) Isnin depan.

Walaubagaimanapun mesyuarat Mais pada 13 Jun lalu memutuskan tidak bersetuju dengan keputusan Abdul Gani untuk tidak meneruskan prosiding pendakwaan terhadap PBM atas alasan wujudnya ruang Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Dikalangan Orang Islam) 1998 untuk satu pendakwaan dibuat.

Tambahan pula mengikut Perlembagaan Negara, Artikel 11 (4) penyebaran agama lain terhadap orang Islam tidak dibenarkan. Ini bermakna, sekiranya kita dapat membuktikan bahawa Bible versi Bahasa Malaysia di Semenanjung ini bertujuan untuk memurtadkan umat Islam maka dengan sendirinya pihak berkaitan telah melakukan kesalahan yang menyalahi Perlembagaan Malaysia.

1 comment:

Anonymous said...

assalammuaaikum.

Sesuai dengan adat,
Dengan ajaran agama yang semakin merundum..
Apakah matlamat kita kian pudar ditelan nafsu, emosi, kata-kata yang tiada usul dan penamat, hilang perbezaan, sejak hilangnya nabi kita, dunia ini kian hancur, diratah dengan arus dunia pemikiran yang semakin kematu.
kebangkitan itu ada,
tapi lambat bila tiada yang berani memimpin.
Aku rindu para muslimin yang benar dalam berkata-kata,
yang berani kerana takutkan Allah. Namun yang tinggal hanyalah layar perak yang kembung
berdesas-desus hanya dengan angan yang membiaskan angin kosong.
Apa mahu nya kita disini?
Untuk melihat kemusnahan walau kita tahu ia akan musnah?
Sehingga cuma akan tinggal seorang para muslimin yang masih teguh dalam berjuang menegakkan kebenaran tentang islam, yang mencurahkan kebaikkan,
yang mengajar anak-anaknya untuk bersedekah bila ia tahu disitulah terletaknya kekuatan,
impian, dan
harapan.
Sampai suatu masa,
islam itu akan dilahirkan bukan hanya pada nama,
Tapi terbuat pada hati
hati seorang yang buta,
yang mahu berjuang untuk melihat,

bukan melihat pada dunia,
tapi melihat pada diri,
Siapa aku?
Dan apa yang aku mahukan sebenarnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa