Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, May 03, 2014

KAFIR HARBI DAP PERSOALKAN PAS NAK LAKSANA HUDUD


Siapa yang tidak merasa ragu kalau begini halnya.Apa lagi ia keluar dari mulut orang kanan  DAP sendiri.

Gara-gara mulut Teresa Kok DAP, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi  Jumaat mempersoalkan keikhlasan PAS dalam melaksanakan hukum hudud di Kelantan,.

Beliau bertanya sama ada ia benar-benar berlandaskan Islam atau sekadar meraih sokongan politik semata-mata.

Teresa Kok Selasa lepas yang mendakwa PAs ingin melaksanakan hukum itu bagi mengelakkan kehilangan sokongan Melayu.

Kenyataan itu pula dibuat selepas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau mempersoalkan hal ini berdasarkan kenyataan Teresa Kok sendiri.

'Jika benar apa yang dinyatakan Teresa bahawa ia untuk memerangkap UMNO dan mencapai tujuan politik PAS semata-mata tentunya hukum hudud yang bakal dilaksanakan dan hajat untuk mendapatkan sokongan daripada UMNO merupakan taktik politik yang harus dinilai semula oleh semua orang Islam di Malaysia,'' katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur.

'Kenyataan Teresa menggambarkan PAS tidak berniat menegakkan hukum Islam sebenar dan sebaliknya wujud udang di sebalik batu', katanya lagi.

Menurut Zahid beliau ingin tahu kenyataan Teresa itu benar atau tidak.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, UMNO akan mengkaji kenyataan yang dikeluarkan pemimpin PAS mengenai maksud tersurat dan tersirat tujuan parti itu ingin melaksanakan hukum hudud.

Katanya UMNO tidak pernah menolak hukum hudud, malah memberi dukungan kepada cadangan melaksanakannya yang merupakan hukum qat'ie (yang tidak boleh dipertikai) selagi ia berlandaskan hukum Islam sepenuhnya berdasarkan kepada nas, Ijma' Ulama' dan Qiyas.

DAP sebelum ini bukan saja terang-terang menolak Hudud malah Ahli Parlimen DAP Seremban Anthony Loke mencabar PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika terus berdegil nak laksana Hudud.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa