Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, April 26, 2014

TUN M DEDAH KISAH SEBENAR MH370


[Artikel asal dalam Bahasa Inggeris yang ditulis dalam blog rasmi Tun Dr Mahathir - chedet semalam dan hari ini telah disekat kerana mungkin terlalu lantang dan bercakap benar mengenai apa yang berlaku kepada pesawat Malaysia Airlines yang hilang - MH370]

KREDIT UNTUK FB SAYA SAYANG TUN DR. MAHATHIR MOHAMMAD

MH 370

1. Saya berasa kecewa apabila pekerja MAS dikepung di Beijing oleh ahli keluarga penumpang MH370 yang hilang. Saya juga terkilan kerana mereka menyalahkan pihak yang salah. Kehilangan pesawat ini adalah disebabkan oleh pembuat pesawat Boeing itu sendiri.

2. Mengapakah Boeing mereka pesawat yang begitu lemah dan mudah dilumpuhkan? Dalam keadaan yang sepatutnya, kru pesawat termasuk juruterbang, pembantu juruterbang boleh berhubung dengan KLIA. Walaupun ada kemungkinan juruterbang tidak mahu menghubungi KLIA, tetapi pembantu juruterbang sudah tentu sekali ada keazaman untuk memaklumkan stesyen operasi di darat sekiranya pesawat tidak terbang mengikuti jalan udara yang sepatutnya.

3. Jika sekiranya penumpang tidak perasan apa-apa yang di luar kebiasaan sekali pun, sudah tentu kru kabin, dan pembantu juruterbang dapat mengesannya. Mereka semua amat terlatih untuk berhadapan dengan kes-kes kecemasan.. jika tidak serta merta sekalipun.. setidak-tidaknya kemudian.

4. Tetapi apa yang berlaku, nampaknya tiada sesiapa pun di dalam kabin yang mencuba (maklumkan keanehan/keganjilan yang berlaku). Andainya juruterbang yang dengan sengaja mematikan system keselamatan, sudah tentu ia memerlukan sedikit masa dan usaha. Pembantu juruterbang pula sudah pasti perasan kelakuan aneh juruterbang dan setidak-tidaknya berbuat sesuatu untuk menghalang. Adakah pembantu juruterbang telah turut 'dilumpuhkan' (oleh siapa?), Adakah kesemua kru pesawat juga telah 'dilumpuhkan' (oleh siapa juga)?

5. Kesemua pesawat penumpang sepatutnya boleh dikesan, walaupun menggunakan teknologi biasa seperti telefon bimbit. Saya boleh lakukannya melalui telefon. Jika ia mendarat, saya boleh lihat status pendaratannya. Saya juga boleh memperoleh maklumat mengenai mana-mana pesawat di mana jua – siapa pembuatnya, model apa, kepunyaan siapa.. ke mana dan dari mana ia terbang dan destinasinya.

6. Saya yakin dan percaya terdapat peralatan di dalam pesawat yang membolehkan ia dikesan – mungkin GPS.

7. Peralatan kamera canggih yang terpasang pada satelit-risikan (di angkasa) yang dikendali oleh beberapa buah kuasa besar dunia sebenarnya mampu mengambil gambar manusia (di atas muka bumi) dan sekaligus mengenalpasti identity manusia terbabit. Sudah semestinya kamera seperti ini lebih daripada mampu untuk mengesan objek sebesar 63 meter (pesawat Boeing)

8. Kali ini, pesawat MH370 telah hilang secara mutlak. Saya jangkakan di dalam telefon bimbit semua orang, ia juga telah hilang. Peralatan keselamatan di atas pesawat telah dimatikan. Malah, sistem keselamatan lapisan kedua dan ketiga (back-up) juga telah dilumpuhkan.

9. Pesawat MH370 ini dibina oleh Boeing. Oleh itu, Boeing patut menjelaskan bagaimanakah segala sistem keselamatan dan pengesan pesawat canggih ini boleh dimatikan, dalam erti kata lain.. gagal. Ini menjurus kepada rumusan samada teknologi Boeing sangat teruk, atau ia tidak selamat. Saya tidak akan terbang menaiki pesawat Boeing , sekiranya Boeing tidak mampu menjelaskan isu terbabit.

10. Sistem penerbangan kawalan jauh (drone) sekarang amat maju dan berkuasa. Apakah benar Boeing telah memasang sistem kawalan jauh ke atas pesawatnya bagi mengelak aktiviti rampasan dan keganasan? Jika benar.. maka kenapa ia tidak dikawal bagi membolehkan MH370 mendarat dengan selamat? Adakah tidak mustahil bagi pihak ke-tiga (selain Boeing dan MAS) mengambilalih kapal terbang dan mengawalnya dari jauh?

11. Apabila pesawat terhempas.. biarpun di atas tanah, mahupun di laut.. sudah pati ada bangkai pesawat ataupun tompokan minya. Sehingga tarikh ini, tiada satu pun yang menjadi bukti terhempasnya pesawat. Persoalannya, bolehkah pesawat terhempas/tenggelam dengan begitu sempurna sehinga tiada kesan apa sekali pun?

12. Bolehkah kita percaya pesawat ini (MH370) jatuh dengan begitu tenang sekali di dalam lautan ganas (Laut Hindi) dan tenggelam dengan begitu mudah ke dalam lautan? (tanpa meninggalkan sebarang petunjuk)

13. Sudah menjadi amalan kebiasaan, apabila pesawat terhempas, sepasukan pakar akan tiba ke lokasi dengan segera untuk mencari punca terhempasnya peawat. Boeing dan pihak berkuasa SEPATUTNYA berusaha mencari kapal terbang tersebut. TETAPI Boeing langsung tidak menunjukkan minat mencari, dan sebenarnya seperti langsung tidak menolong proses pencarian.

14. Syarikat penerbangan nasional MAS telah mengendalikan pelbagai pesawat dan ada rekod yang cemerlang. Juruterbang MAS juga amat terlatih. Jika sekiranya juruterbang ingin membunuh diri sekalipun, sudah tentu pembantu juruterbang dan kru kabin tidak akan membenarkannya berbuat demikian (demi keselamatan penumpang). Tetapi kali ini, ada kemungkinan kesemua kru penerbangan sudah 'dilumpuhkan' sama sekali (melalui cara yang tidak kita ketahui)

15. Boeing perlu menjawab kesemua persoalan ini. Boeing mesti membuktikan kesemua kemungkinan mengapa sistem komunikasi boleh dimatikan. Boeing patut menanggung tanggungjawab kerana membina sebuah pesawat yang boleh tiba-tiba hilang begitu sahaja secara total di tengah-tengah udara.

16. MAS tidak bersalah. MAS terlah menerbangkan pesawat untuk menjalankan tugas. Tetapi pesawat Boeing tersebut telah bekelakuan luar dari kebiasaan. SIapa yang harus bertanggungjawab? Sudah tentu bukan MAS, tapi pastinya pembuat kapal terbang tersebut.. iaitu Boeing Aircraft Corporation

Sent from my iPad

18 comments:

Anonymous said...

sejujurnya, sy sendiri bukan menolak kejadian Tuhan, tapi pada sy kehilangan MH370 penuh dgn rahsia dan konspirasi. dan sehingga kini, sy percaya MH370 masih ada & manusia2 di dlmnya masih hidup.

Anonymous said...

Dalam banyak² cerita,teori,spekulasi,dan lain² lagi,pandangan Tun M antara yg bernas.

Anonymous said...

yup, saya setuju.. ini semua konspirasi... najib harus selesaikan kes ini secepat mungkin. Ya ALLAH selamatkan nyawa2 yang ada... kerana kaum keluarga mereka amat merindui mereka.. amin

Anonymous said...

Apa? tiru Brado Kapak ke? the opposite one? LAME

Kerjaon9 said...

Apa pun perancangan dari manusia perancangan ALLAH mendahului segala2nya..semua yg berlaku dalam perancangan ALLAH..itu hakikat yang kena ada dalam pegangan orang Islam...

Anonymous said...

Ketentuan Allah . Jika Allah sudah berkehendak kita tak dapat untuk menolaknya

Sharulnizam Safie said...

setelah beberape bulan kes nie snyp mcm uh sahaja..ade kah ade kene mengena dgn kuase besar.adakah malaysia dijadikan sebagai kambing hitam. apakah sebenarnye yg berada dlm kapal terbang tersebut?.

nor amirah said...

Harap2 operasi mencari dipermudahkan oleh ALLAH...........amin.....

Anonymous said...

Kalau semua ORANG di dalam pesawat pengsan semasa pesawat terbang,semua orang masih duduk di tempat masing2 dengan tali pinggang masih terpasang & pastu pesawat terbakar menyebabkan segala sistem komunikasi tidak berfungsi,pesawat terbang dalam keadaan Tanpa kawalan sesiapa selama berjam-jam,tak siapa akan tahu..entah di lautan mana,mayat takkan dapat timbul selagi tali pinggang masih terpasang..kita tiada petunjuk yg tetap untuk mengesan lokasi pesawat..tetapi Saksi2 yg melihat pesawat yg terbang terbakar tidak mungkin membuat cerita palsu..pekerja oil rig,nelayan kelantan,pelayar Kulit putih,mereka masih dapat dipercayai..bak kata takkan la Allah tak bagi petunjuk pun..dalam keangkuhan Kita,Kita tidak sedar mereka ini adalah petunjuknya..wallahualam..sy cuma hamba Allah yang inginkan kebenaran dijumpai pada satu ketika nanti..

Anonymous said...

pemimpin malaysia dan cina jgn buat pura2 tak tau pasal mh370 ..sebelum kejadian dan hari pertama pasal mh370 oleh kerana malaysia mahu jaga hubungan diplomatik dengan cina begitu juga dengan cina mau menjaga hati rakyat sendiri kerana ramai rakyat cina penumpang mh370..maka kedua-dua negara ni buat helah masing2..Aussie pula ambil kesempatan..

Anonymous said...

pemimpin malaysia dan cina jgn buat pura2 tak tau pasal mh370 ..sebelum kejadian dan hari pertama pasal mh370 oleh kerana malaysia mahu jaga hubungan diplomatik dengan cina begitu juga dengan cina mau menjaga hati rakyat sendiri kerana ramai rakyat cina penumpang mh370..maka kedua-dua negara ni buat helah masing2..Aussie pula ambil kesempatan..

Anonymous said...

pemimpin malaysia dan cina jgn buat pura2 tak tau pasal mh370 ..sebelum kejadian dan hari pertama pasal mh370 oleh kerana malaysia mahu jaga hubungan diplomatik dengan cina begitu juga dengan cina mau menjaga hati rakyat sendiri kerana ramai rakyat cina penumpang mh370..maka kedua-dua negara ni buat helah masing2..Aussie pula ambil kesempatan..

Anonymous said...

pemimpin malaysia dan cina jgn buat pura2 tak tau pasal mh370 ..sebelum kejadian dan hari pertama pasal mh370 oleh kerana malaysia mahu jaga hubungan diplomatik dengan cina begitu juga dengan cina mau menjaga hati rakyat sendiri kerana ramai rakyat cina penumpang mh370..maka kedua-dua negara ni buat helah masing2..Aussie pula ambil kesempatan..

Anonymous said...

pemimpin malaysia dan cina jgn buat pura2 tak tau pasal mh370 ..sebelum kejadian dan hari pertama pasal mh370 oleh kerana malaysia mahu jaga hubungan diplomatik dengan cina begitu juga dengan cina mau menjaga hati rakyat sendiri kerana ramai rakyat cina penumpang mh370..maka kedua-dua negara ni buat helah masing2..Aussie pula ambil kesempatan..

Anonymous said...

Semua nya salah

Anonymous said...

Enter your comment...mh370 akan muncul di suatu tempat yang tidak terduga oleh kita semua..

Anonymous said...

Hari ni sayap dah timbul itu utk mengelakkan pandangan rakyat terhadap perhimpunan selamatkan malaysia yg sedang dijalankan oleh rakyat. Dulu mh370 hilang pada masa anuar dijatuhkan hukuman penjara

Anonymous said...

Semua perancangan ini di lakukan oleh manusia sendiri...korang ingat MH370 tu model kapal terbang cap ayam ke
System paling canggih di dunia
Dan aku kagum dengan orang yang merancang semua ni...pandai dorang susun..dorang atur sampai hari ini kes tu sepi tanpa titik akhir
Allah s.w.t maha melihat jangan ingat lepas buat dosa pastu mintak ampun dan bertaubat..itu dosa dorang dengan Allah s.w.t
Macam mana dosa2 sesama manusia nanti???
Dunia sekejap ja sedap ada nikmat
Di akhirat nanti tahu la siksa berpanjangan.....islam sudah hancur di pijak oleh puak kafir

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa