Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, April 16, 2014

SYABAS HADI AWANG:AKAN BAWA PAS KELUAR DARI PAKATAN!!!

KUALA TERENGGANU 15 April - Pas tidak akan mempedulikan bantahan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sebaliknya akan tetap mengemukakan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.

Malah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara tegas menyatakan, tiada sebarang perjanjian dalam pakatan pembangkang yang boleh menghalang Pas daripada berbuat demikian.

Oleh itu tegas beliau terpulang kepada PKR dan DAP untuk membantah kerana itu tidak akan menggugat pendirian Pas yang konsisten untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Bercakap kepada pemberita ketika sesi rehat sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Iman di sini hari ini, Abdul Hadi juga menarik perhatian langkah bagi melaksanakan hudud yang diperjuangkan Pas sudah bermula sebelum kewujudan pakatan pembangkang lagi.

“Yang pertama, kita sokong kerajaan Kelantan (untuk laksanakan hukum Hudud). Kedua, isu hudud di Kelantan telah mendahului Pakatan Rakyat (pakatan pembangkang) sejak awal 1990-an lagi.

“(Masa itu) tak ada lagi pakatan pembangkang. Ini benda (hukum hudud) yang terlebih awal daripada pakatan pembangkang. Dengan sebab itu kita tak ada masalah untuk kemukakan (rang undang-undang persendirian bagi laksanakan hudud)," katanya.

Beliau mengulas penentangan keras yang ditunjukkan oleh PKR dan DAP berhubung hasrat Kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, parti itu akan mematuhi perjanjian yang dimeterai dalam Majlis Pimpinan Pakatan pada 2011 yang antara lain tidak akan melaksanakan hudud demi menghormati penentangan konsisten oleh DAP.

DAP pula menegaskan, kesemua 38 ahli Parlimen parti itu telah menyatakan secara terbuka bahawa mereka tidak akan menyokong sebarang usul rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat Jun ini.

Ditanya adakah pendirian Pas itu akan menjejaskan hubungan parti itu dengan PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang, Abdul Hadi berkata: “Itu terpulang kepada mereka. Kita konsisten dan kita menyokong kerajaan Kelantan (laksana hudud)".--UM

7 comments:

Anonymous said...

Alhamdullilah. Buat betul2. Jangan u turn tengah jalan.

Unknown said...

jangan main wayang udahle wahai pak aji yer..kita tunggu ni sebab benda ni perkara baik (hudud). Bagus kalau jd reality. Tunggu umno yang jadi kepala bawak isu realisasi hudud lambat lagi le..Tengok power aji la pulak, ok ke tak ok. Jangan nanti berkokok aje, ekor ada taik.
Kapal sink pun dah karam. Balik baca bible sebab dah rasa ajal nak mampos dekat sangat. Kasi aji ruang lah naik tocang pulak kn??

Anonymous said...

Semua tu acah aje. Teman berani bertaruh bahawa Hj.Hadi Awang tak akan berani menyanggah Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim.
Kalau dasar penubuhan Negara Islam yang di perjuangkan PAS sejak penubuhannya boleh di tolak tepi hanya kerana bersahabat dengan DAP dan PKR ini kan sekedar hudud yang konon akan di laksanakan hanya di Kelantan.
Walaubagaimana pun PAS akan terus segar seperti sekarang bahkan lebih dari ini jika PAS keluar dari PR dan bergabung dengan BN.
Kawasan Parlimen dan DUN yang di menangi PAS sekarang tidak akan di usik. PAS akan terus memiliki kawasan tersebut.Beberapa jawatan menteri.timbalan menteri,setia usaha parliman juga akan di beri.Hj.Hadi akan jadi menteri penuh.
Yang pentin Bangsa Melayu lebih terjamin masa depan nya dalan negara sendiri. HIDUP MELAYU !!

By;Cikgu "S"

Anak Bukit Jelutong said...

Syabas.
Tahniah.
Semoga "anak2 buah" akan patuh dan menghormati keputusan terbaik ini.

Cuma, kalau DSHA "u-turn" akan berlakulah "kemalangan" yang merugikan.

Selamat Maju Jaya.

Anonymous said...

BILA HUDUD PAS NK DILAKSANA???

Anonymous said...

Drama ni dah episod ke berapa ye ?

Anonymous said...

Sekarang Telah terbukti siapa MUSANG DALAM isu HUDUD ni...
DAP telah menunjukkan cara bagaimana Mereka Boleh MENGAJAK (MUZAKARAH) tak kira KAWAN atau LAWAN (CINA BN) agar turut serta bersama DAP menentang HUDUD yang hendak dilaksanakan ini..dan bagaimana setiakawannya KAFIR ISLAM YANG SETUJU DENGAN TINDAKAN SATU HATI (MUZAKARAH) CINA DAP DAN KAFIR -KAFIR yang BERSEKUTU dan yang TAK BERSEKUTU dengannya...BuKA MATA LUAS-LUAS ORANG MELAYU...
TETAPI BILA UMNO DAN PAS MERENCANAKAN MUZAKARAH UNTUK BERSATU SIAPA ORANG YANG MENENTANGNYA...ORANG ISLAM JUGAKAN...?
DISINI DAP TELAH MENUNJUKKAN JALAN KEPADA ORANG ORANG MELAYU CARA DAN BAGAIMANA MEREKA (KAFIR LAKNATULLAH) BERSATU BAGI MENGHALANG APA JUA BERKENAAN HUKUM DAN PENYATUAN UMAT ISLAM...DAN LIHATLAH BETAPA KUATNYA KAFIR BERSATU UNTUK MENENTANG APA JUA YANG MEMBAWA KEPADA PERKARA BAIK UNTUK PERPADUAN UMAT ISLAM SEHINGGA DAP SANGGUP MELOBI YB MCA (BN) YANG TERANG-TERANG MUSUH POLITIK AGAR SEBULAT HATI BERSATU DENGAN DAP TANPA MENGAMBIL KIRA BERLAINAN IDEOLOGI POLITIK ASALKAN DAPAT MENGHALANG TERTEGAKNYA UNDANG-UNDANG ISLAM...INILAH TAHALUF SIYASI YANG BERJAYA DITARBIAHKAN PAS KEPADA DAP...
"PAKATAN KAFIR DAN CINA DAP" inilah di sokong MELAYU SYIAH yang takut kepada KEPADA BERSATUNYA UMNO DAN PAS yang ingin berMUZAKARAH DAHULU ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa