Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, April 14, 2014

PAS PERLU SEGERA "AZAN" DI TELINGA ANWAR IBRAHIM UNTUK TERIMA HUDUD!!!


Sungguhpun UMNO bakal menyokong Rang Undang-undang Hudud yang akan dibetangkan oleh PAS, namun parti tersebut perlu terlebih dahulu meyakinkan pemimpin nnombor satu pakatan DAP-PKR-PAS, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BERNAMA memetik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim bahawa PAS perlu mendapatkan sokongan 40 anggota Parlimen bukan Islam termasuk DAP dan PKR agar persetujuan dua pertiga di Dewan Rakyat diperoleh bagi melaksanakan hukum itu di Kelantan.

Beliau berkata 30 anggota Parlimen PAS dan 79 Anggota Parlimen Umno ketika ini masih belum cukup kerana untuk mendapat majoriti dua pertiga memerlukan 148 undi.

“Perkara ini bukan soal kaum atau agama tetapi pelaksanaannya memerlukan persetujuan semua kaum.

“Kalau PAS masih mendapat bantahan DAP dan PKR, maka masalah ini perlu diselesaikan terlebih dahulu,” katanya selepas merasmikan bangunan baru, Hari Keusahawan dan Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Sultan Abu Bakar di Muar, petang semalam.

Sebelum ini kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember depan.

Keputusan itu merupakan susulan kesediaan Kerajaan Persekutuan yang memberi laluan kepada mana-mana negeri bagi menguatkuasakan Hukum Hudud di negeri masing-masing.

Bagaimanapun, DAP menerusi Penasihatnya Lim Kit Siang, Ketua Publisitinya Tony Pua serta Naib Presiden PKR N. Surendran memberi peringatan keras kepada PAS bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan sebarang cubaan untuk membentangkan usul rang undang-undang tersebut di Dewan Rakyat akan ditentang.

Razali berkata PAS seharusnya bertegas dengan pendiriannya di samping mencari jalan untuk mendapat persetujuan sekutunya kerana sebelum ini mendakwa parti itu sudah dapat ‘meyakinkan’ DAP tentang ajaran Islam.

Razali yang juga anggota Parlimen Muar berkata sokongan daripada anggota Parlimen PKR yang beragama Islam tidak ramai untuk PAS memperoleh sokongan dua pertiga apatah lagi mereka berfikiran liberal, maka sokongan anggota Parlimen bukan Islam diperlukan.

Razali juga berkata, beliau yakin semua wakil rakyat Umno akan memberi sokongan dan PAS perlu bersedia sepenuhnya daripada semua aspek sebelum melaksanakan hukum hudud, kerana perkara itu turut melibatkan beberapa peraturan dan pindaan undang-undang.

Justeru Pas tiada pilihan lain kecuali meyakinkan Anwar Ibrahim untuk membenarkan Kelantan melaksanakan Hudud. Ini kerana hanya Anwar yang boleh meyakinkan DAP dan ahli Parlimen bukan Islam dalam PKR untuk menerima Hudud.

Selamat berjaya!

2 comments:

Anonymous said...

MP UMNO 79,MP PAS 30 MP BN dari serawak beragama islam berapa ramai dah dikira sekali ke?

Anonymous said...

SETUJU UMNO SOKONG UNDANG-UNDANG HUDUD,PALING NYATA PELURU HUDUD TAK AKAN LAGI DIGUNAKAN OLEH PAS.

SAMA-SAMA KITA LIHAT PULA DISEBELAH PKR BERANIKAH MP BERUGAMA ISLAM MENYOKONGNYA?JIKA MENOLAK BERANIKAH PAS MENGGUNAKAN PELURU HUDUD NI KEPADA PKR PULA!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa