Kemunafikkan melampau Anwar terserlah apabila beliau bercakap tentang perpaduan. Rakyat tahu bahawa Anwar merupakan “bapa perpecahan”. Perpaduan bangsa Melayu telah dimusnahkan oleh beliau dengan segala lakonan bersiri yang cukup tragis. Kini beliau “insaf” kononnya menyeru rakyat supaya bersama-sama dalam menyatupadukan kembali perpaduan kaum sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan.
Kepakaran Anwar membuat “U-Turn” tanpa merasa bersalah dan “muka tebal” telah kita ketahui. Sebelum ini beliau telah menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memperdaya Parlimen apabila mendakwa Pakatan Rakyat (PR) mengatakan 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk untuk didaftarkan sebagai pengundi.
Namun hakikatnya muka depan akhbar Suara Keadilan sendiri melaporkan tentang 40,000 Bangladesh sebagai pengundi hantu dalam PRU13 yang lepas. Beliau juga menyindir Barisan Nasional kononnya rakyat tidak menyokong BN. Kononnya hanya rakyat Bangladesh dan Filipina yang menyokong Barisan Nasional. Rakyat perlu tahu bahawa fitnah 40000 bangla ini bertujuan untuk mengganggu gugat perpaduan rakyat dengan mencetuskan kesangsian dihati rakyat.
Begitu juga dengan pembohongan Anwar tentang 16 September. Dalam rakaman video yang dimuat turun pada 23 Oktober 2008 iaitu 38 hari selepas kegagalan beliau mengotakan janjinya untuk membentuk kerajaan baru dan menjadi Perdana Menteri yang baharu pada 16 September 2008 Anwar telah berkata “Saya bercakap dengan yakin kerana ada kawan-kawan Sabah, Sarawak dan UMNO yang menghubungi saya. Mereka mengatakan, ‘Anwar, please count me in!’, sebab itu saya yakin, sekarang kita ada 82 kerusi parlimen, itu rasminya..
(Lalu disahut para penyokongnya, dengan berkata, “yang tak rasmi ?”)
“Rasmi, 82 (kerusi),” kata Anwar. Disahut penyokongnya, “Yang tak rasmi ?”
“Tidak rasmi….”kata Anwar sambil tersenyum dan menambah, “Cukup !” sambil mengangkat tangan dan berkata, “bagi tempoh kita sedikit, kalau tidak Mei (2008), Jun (2008), kalau tidak Jun, Julai (2008), kalau tidak Julai, Ogos (2008), dan tunggu waktunya, kita masuk..”katanya dalam ceramah di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur pada 14 April 2008.
Oleh itu rakyat perlu lihat rakaman kompilasi janji-janji Anwar dari 14 April 2008 hingga 13 Oktober 2008 demi melihat kehebatan penipuan beliau.
Manakala selepas sahaja PRU13, Anwar terus juga berusaha memecahbelahkan perpaduan lagi dengan menyeru rakyat bangkit melawan kononnya penipuan yang berlaku. Kononnya PRU13 adalah proses pilihanraya paling kotor dalam sejarah Negara ini.
Kononnya kekalahan bukanlah perkara baru bagi Pakatan Rakyat khususnya PAS dan DAP yang telah lama berjuang sejak merdeka lagi namun kali ini penipuan berlaku dengan amat dahsyat.
Sedangkan penipuan yang kononnya “amat dahsyat” itu merupakan ciptaan dan lakonan pembangkang. Mereka mendakwa kononnya SPR menipu dengan memutuskan bekalan elektrik maka timbul lah himpunan “Blackout” untuk mencetuskan fenomena huru hara.
Namun penipuan mereka terbongkar melalui siasatan awal SPR yang menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di Internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada PRU13 adalah fitnah dan lakonan itu dirakam sebelum PRU13 lagi.
Pada gambar itu, ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang kira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR. Dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga menafikan tiada sebarang gangguan bekalan elektrik ketika kertas undi sedang dikira.
Lucunya sekarang pula Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menyeru usaha ke arah perpaduan perlu memandangkan perpaduan yang dikecapi kini semakin renggang. Setelah beliau merosakkan perpaduan beliau dengan “tidak malu” menyeru pada perpaduan. Manusia hipokrit tahap melampau ini sedang “bermain wayang”. Rakyat perlu berhati-hati dengan muslihat beliau.--KAK CHAH
No comments:
Post a Comment