Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, October 31, 2010

Hak P.Ramlee "Dirompak" Shaw Brothers

Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee, (22 March 1929–29 May 1973)

1. Selelsai dua jam menonton dokumentari tentang seorang lagenda Melayu, P.Ramlee di Saluran 555 Astro. Dua jam yang penuh dengan pelbagai emosi.

2. Dalam tempoh tayang tersebut, ada menyiarkan satu fasa "zaman kegelapan" Tan Sri P.Ramlee. Haknya dinafikan oleh Shaw Brothers Studio dan itu merupakan permulaan fasa kejatuhan Tan Sri P. Ramlee.

3. Teman dan rakan yang sama-sama naik mula meminggirkan beliau dan tergamak membiarkan Tan Sri P.Ramlee hidup kesusahan dan melarat. Namun, sepanjang fasa tersebut isterinya, Saloma sentiasa setia bersamanya.

4. Diceritakan, semua saluran TV, syarikat rakaman tidak mahu mengambil Tan Sri P. Ramlee untuk bekerja bersama mereka. Ini ku rasa semaca satu agenda yang terancang untuk menjatuhkan karier Tan Sri P. Ramlee.

5. Bayangkanlah, seorang seminan agung yang pada zamannya setiap lagu menjadi siulan dan setiap filemnya menjadi tontonan hanya makan nasi berlauk telur goreng untuk santapan tengahari. Sudah pasti ini satu yang tidak masuk akal dan sangat mendukacitakan. Itulah lumrah alam yang zalim jika kita menzaliminya.

6. Tapi setelah pemergian Tan Sri P.Ramlee, semua yang ada semacam tidak percaya dan mula kesal akan tindakan meraka. Sesalan seribu zaman pun tidak mungkin dapat membawa Tan Sri P.Ramlee ke dunia ini.

6. Hari ini, ketika kita semua gelak menonton filem Seminan Bujang Lapok dan menangis tatkala Antara Dua Darjat ditayangkan ketahuilah bahawa hak dan royaltinya dikaut oleh bukan ahli keluarga mereka. Walaupun ada usaha pihak kerajaan untuk mendapatkan hak cipta hasil kerja beliau, atas alasan perundangan ianya gagal.

7. Pada hari ini, kita mengenang kehilangan seorang yang seniman yang terlalu tinggi nilainya dan terlalu jauh atau hampir mustahil untuk mencari penggantinya. Aku yang membesar dengan dialog-dialog seperti " Hari ini kita kerja over-time" dan jika tiap kali aku mengayuh basikal akan bersiul lagu Memceceh Bujang Lapok terasa akan kehilangan ini.

8. Sesungguhnya, kesedihan dan kehibaan yang datang dari entah mana mendorong aku menulis entri ini. Banyak kenangan dan banyak lagi yang bakal tercipat dengan peninggalan beliau.

9. Ya Allah, Kau letakkanlah roh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee di kalangan kekasihMu.
Al-Fatehah.
جيوا ڤارادوق


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa