1. Seluruh jentera BN yang berkampung di Permatang Pauh kecewa, 'down' malah merasakan segala komitmen kempen parti di tidak membuahkan pulangan politik berdasarkan keputusan BN (Suhaimi Sabudin) hanya memperoleh 21,475, PKR (Wan Azizah) 30,316, Bebas dengan 367 undi dan PRM 101 undi. Majoriti kemenangan PKR adalah 8,841 undi walaupun peratus keluar mengundi hanya sederhana iaitu 74 %.
2. Pencapaian BN sekadar dapat mencantas nipis majoriti PKR dengan penurunan 2,880 undi itupun akibat faktor keluar mengundi yang merudum 15%. Saya yakin jika hari pembuangan undi dilaksanakan pada hari cuti nescaya pengundi luar berduyun pulang memangkah Pakatan Rakyat.
3. Soalnya, pada senario politik semasa sewajarnya BN mempunyai harapan dan kelebihan untuk membenamkan PKR berikutan isu perpecahan dalam Pakatan Rakyat (PAS vs DAP), ketiadaan Anwar Ibrahim, kelemahan "calon recycle" di Permatang Pauh, keculasan Wan Azizah di Kajang dan isu kenaikan pelbagai kadar cukai oleh Kerajaan DAP Penang. Mengapa segala kebobrokan Pakatan Rakyat ini masih tidak menguntungkan BN. Pencapaian PKR kali itu seolah-olah kebal (zero defect) dari kesan isu tersebut. Adakah kerana culaan jentera BN lemah dan jentera Pakatan Rakyat kuat ? Analisis berantai yang saya nukilkan ini akan menjawab semua soalan tersebut.







_540_359_100.jpg)






