Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, May 08, 2015

WAJIB BACA:KENAPA BN TERUS "DIJARI TENGAHKAN" DI PERMATANG PAUH!!!???


1. Seluruh jentera BN yang berkampung di Permatang Pauh kecewa, 'down' malah merasakan segala  komitmen kempen parti di  tidak membuahkan pulangan politik berdasarkan keputusan BN (Suhaimi Sabudin) hanya memperoleh 21,475, PKR (Wan Azizah) 30,316, Bebas dengan 367 undi dan PRM 101 undi. Majoriti kemenangan PKR adalah 8,841 undi walaupun peratus keluar mengundi hanya sederhana iaitu 74 %.

2. Pencapaian BN sekadar dapat mencantas nipis majoriti PKR dengan penurunan 2,880 undi itupun akibat faktor keluar mengundi yang merudum 15%. Saya yakin jika hari pembuangan undi dilaksanakan pada hari cuti nescaya pengundi luar berduyun pulang memangkah Pakatan Rakyat.

3. Soalnya, pada senario politik semasa sewajarnya BN mempunyai harapan dan kelebihan untuk membenamkan PKR berikutan isu perpecahan dalam Pakatan Rakyat (PAS vs DAP), ketiadaan Anwar Ibrahim, kelemahan  "calon  recycle" di Permatang Pauh, keculasan Wan Azizah di Kajang dan isu kenaikan pelbagai kadar cukai oleh Kerajaan DAP Penang. Mengapa segala kebobrokan Pakatan Rakyat ini masih tidak menguntungkan BN. Pencapaian PKR kali itu seolah-olah kebal (zero defect) dari kesan isu tersebut. Adakah kerana culaan jentera BN lemah dan jentera Pakatan Rakyat kuat ? Analisis berantai yang saya nukilkan ini akan menjawab semua soalan tersebut.



4. Misalnya di Dun Permatang Pasir (kubu kuat PAS PRU 13) yang selama ini membantu kemenangan PKR. UMNO tidak mendapat laba dari PAS sedangkan pemimpin UMNO agak mesra Hudud. Kebarangkalian undi protes ahli PAS (golongan agamawan) kepada rakan kongsi mereka DAP hanya berjumlah 843 undi melalui rekod undi rosak oleh SPR. Rupanya pengundi berusia 50 tahun hingga 70 tahun sudah ramai pupus di Dun Permatang Pasir yang gagal dicongak BN. Majoriti pengundi muda di Permatang Pasir tidak terpengaruh dengan isu krisis hudud antara PAS vs DAP. Pengundi Muda memberi sokongan solid pada PKR. BN gagal mendapat sokongan dari saluran muda sedangkan BN mempertaruhkan Suhaimi Sabudin (43 tahun) yang merupakan anak muda dari Permatang Pauh. Mengapa ini terjadi ?  Adakah kerana jentera Pemuda UMNO tidur ? Adakah kerana Pemuda UMNO hanya 'merembat projek' kerajaan ? Persoalan ini punya jawapan tersendiri di hati masing-masing.

5. Walaubagaimana pun, berdasarkan pemerhatian jentera Pemuda BN terlalu lembik dan menjadi 'sayur' kepada PKR di Permatang Pauh. Program Pemuda TIADA IDEA - TIADA IMPAK. Ahli Pemuda hadir hanya untuk berselfie ibarat "pesta bergambar" dalam Instagram. Lebih menyedihkan, dimana Gerak Gempur Pemuda UMNO ketika PDM Tanah Liat dan Guar Perahu dikepong oleh tentera PKR. Pemuda BN terlalu lembut berhadapan gaya provokasi 'brutal' Pakatan Rakyat. Strategi provokasi PKR ini akhirnya menguntungkan mereka setelah berjaya di'spin' bahawa jentera UMNO dan FRU yang mengasari mereka. PKR dapat undi percuma di sebelah petang.

6. Adakah semua ini terjadi kerana BN sendiri tidak memberi perhatian kepada Pemuda ? Hakikatnya Pemuda sendiri melihat agenda peremajaan parti adalah 'Polisi Plastik' UMNO dan BN. Tidak banyak ruang diberikan kepada Pemuda. Pada pandangan saya, sudah tiba masa UMNO dan BN untuk lebih berani menyerahkan kepimpinan dan penentuan dasar kepada Pemuda. Gen Y adalah pengundi majoriti dalam PRU 14. Transisi kepimpinan harus dilakukan sekarang sebelum BN dimamah oleh gelombang muda dalam PRU 14. Jawatan strategik perlu diberikan kepada Pemuda untuk memenuhi aspirasi anak muda sebagai pengundi. Pembaharuan hanya boleh dilakukan oleh orang baharu. Tetapi layakkah pemimpin Pemuda UMNO yang bersifat kapitalis fan 'fashion star' ini menjadi "main attraction" kepada generasi muda sendiri ? Penyakit ini tiada ubat dalam UMNO walau rakyat sudah bertubi memberi isyarat merah.

7. Berbalik kepada analisis pola pengundian di Dun Seberang Jaya (kawasan majoriti Cina). Saya lihat mereka masih "wait and see" dari awal pagi hingga jam 3 petang masih belum turun membuang undi.  Kaum Cina menunggu rentak pengundi PAS di Permatang Pasir sama ada memboikot, memprotes atau setia menyokong Pakatan Rakyat. Setelah mereka yakin pengundi PAS turun mengundi maka mereka pun turun membuang ini di PDM Seberang Jaya. Taktikal ini  membuktikan mereka sangat egois - siapa penentu kemenangan dalam Pakatan ? Undi Cina atau Undi PAS ? Setelah hayunan golongan muda PAS akur menyokong PKR di Permatang Pauh barulah mereka bergegas turun mengundi pada jam 3 petang. Sokongan Cina dan anak muda sudah cukup membuat Ikon Wanita PKR Wan Azizah tersenyum melambai kipas hikmatnya.

8. Sebenarnya strategi BN di Permatang Pauh adalah SALAH. Manifesto BN yang menawarkan pembangunan adalah "lagu lama". Ini taktikal lapuk. Pengundi Permatang Pauh tidak perlukan pembangunan kerana hanya 5 km dari mereka ke Seberang Jaya dan hanya 5 minit sahaja mereka menyeberang jambatan untuk ke Pulau DAP. Malah adakah BN buta ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pendidikan, Permatang Pauh sudah dijadikan hub pelajaran.

PENGUNDI PERMATANG PAUH TIDAK PERLUKAN PEMBANGUNAN. MEREKA HANYA MAHUKAN ANWAR !

9. Tokoh Politikus Pakatan Rakyat ini dieram, dilahirkan dan dibesarkan di Permatang Pauh. Walaubagaimana pun, teknik Pakatan Rakyat sangat bijak dengan tidak menjaja politik simpati isu Anwar Ibrahim ke penjara. Cukup sekadar ia menjadi 'understanding' masyarakat di Permatang Pauh hingga membuahkan kemenangan konsisten.

10. Selain itu, kehadiran ramai "pemain import" dalam perkampungan jentera BN menjadikan pengundi tempatan mual dan meluat. Kehadiran ribuan jentera import hanya menjadikan koordinasi kempen jentera BN tidak sistematik. Perkampungan Jentera BN harus diberi nafas baharu malah kewujudan Commad Center BN juga perlu dikaji semula adakah ia rasional bagi pengurusan jentera BN.

11. Paling penting, BN perlu ada "Makmal Politikal Saintis" sendiri untuk merangka manifesto rakyat bukan menawarkan manifesto pembangunan yang lebih bersifat kepentingan pemerintah. BN juga perlu ada pasukan jentera terlatih "special squad" untuk turun dalam PRK bukan menghantar secara semberono jentera Bahagian untuk bertugas di Permatang Pauh.

12. Kita lihat kebijaksanaan Pembangkang hanya berfokus mendendangkan kesan kenaikkan harga barangan akibat GST sahaja kepada para pengundi. Sedangkan penceramah BN masih berpeluh membuat penjelasan tentang tujuan GST. Perlu diingat GST bukan lagi fasa pengenalan tapi sudah berada dalam fasa perlaksanaan. Mengapa pemimpin BN seperti Ahmad Maslan masih serius menerangkan tujuan GST. Sekarang rakyat sudah terbeban dengan kenaikan harga barangan oleh peniaga. Kerajaan BN harus kuatkan penguatkuasaan menangkap peniaga yang menaikkan harga sewenangnya agar rakyat menikmati harga berpatutan. Rakyat kecewa dengan telatah pemimpin BN yang dilihat "flip-flop" dalam polisi GST berkaitan isu kad topup Telco dan Caj Perkhidmatan yang menampakkan Menteri Kabinet BN tunduk kepada Syarikat Mega yang untung berbilion ringgit setahun.

13. Hakikatnya kekalahan BN di Permatang Pauh bukan kerana isu lokal tapi kerana isu nasional. Andai jentera BN bekerja 24 jam (tidak tidur) sekalipun ia tidak mampu meninimumkan kesan negatif isu nasional.  Pasca isu GST, timbul isu 1MDB kemudian muncul pula isu Tabung Haji membeli aset 1MDB. Sama ada benar atau tidak itu adalah perkara kedua tetapi perkara pertama  Malaysiakini telah berjaya menerbitkan persepsi negatif di kalangan pengundi. Dalam jeda masa PRK Permatang Pauh, Tun M agak berdiam diri untuk menyerang UMNO kerana negarawan itu sendiri ingin UMNO menang di Permatang Pauh. Ruang itu yang ada pada BN pun masih gagal untuk menyaingi PKR.

14. Pada pendapat saya, BN perlu ada SOP dalam menjawab segala isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat. Siapa yang sepatutnya menjawab ? Perlu ada sistem dan organisasi khusus dalam menjawab isu dibangkitkan Pembangkang. BN harus ada badan khas menguruskan isu. Hentikan pergantungan pada agensi kerajaan membuat penjelasan. Team politik BN harus ada enjin gerak kerja sendiri.

15. Akibat BN gagal berubah akhirnya PKR menang bergaya. BN harus sedar isu nepotisme, isu parti keluarga, isu DAP menindas Melayu dan isu pembangunan sudah tidak laku di pasaran politik semasa. Terima kasih kepada semua jentera BN, bawalah pulang duka kekalahan ini dengan satu motivasi baharu di bahagian masing-masing. Kita semua harus percaya kekalahan BN bukan kerana Pembangkang kebal mahupun kuat tetapi BN sendiri yang memberi peluru kepada mereka untuk menyerang kembali kita.

ISU NASIONAL PUNCA BN JATUH TERTIARAP DI PERMATANG PAUH !

2 comments:

Anonymous said...

Tabik Hormat, setinggi tahniah di atas komen ikhlas hati drp pengalaman walau kecewa manapon, usaha dibuat tak kuat.

Bagus & terima kasih kerana berani utarakan idea, pendapat & pandangan jugz komen mengenai Pemuda Umno...

PM Najib....fikirkan, wajar diganti segera Ketua & Timbalan Pemuda Umno yg lembik & pondan.

Anonymous said...

betina yg diatas tu tak payah lah pakai tudong kalu perangai macam tu,nampak macam pelacur pulak...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa