Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label AIR ASIA. Show all posts
Showing posts with label AIR ASIA. Show all posts

Saturday, August 15, 2015

TONY FERNANDES AIR ASIA BIADAP DAN PENIPU FITNAH NEGARA!!!


airasia-rollback

Kenyataan pemilik syarikat penerbangan Tambang Murah Air Asia, Tony Fernandes, pada 17 Julai lalu bahawa kelemahan Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) punca pesawatnya berundur kebelakang (roll back) dan menyebabkan penerbangan tergendala selama lapan jam sangat tidak bertanggungjawab dan mungkin berniat jahat.

Menurut tweet Tony Fernandes pada 20 Julai 2015, pesawat AirAsia Indonesia QZ mengalami kejadian berundur ke belakang (roll back) pada 17 Julai 2015, jam 9 pagi “was caused by a slipping chock because the parking bay at klia2 is sinking.”

Pada 9 Ogos lalu DCA mengumumkan mereka akan menyiasat insiden pesawat Air Asia ‘mengundur’ biarpun tidak menerima sebarang laporan.

Monday, January 05, 2015

AIRASIA SAHKAN PESAWAT ALAMI MASALAH TEKNIKAL


AirAsia Indonesia mengesahkan penerbangan QZ 7633 dari Surabaya ke Bandung yang dijadualkan bertolak pada Sabtu, 9 malam waktu tempatan kembali ke apron atau 'Return to Apron' (RTA) disebabkan masalah teknikal.

Pesawat Airbus A320-200 (PK-AZC) membawa 161 penumpang itu mengalami Auxilliary Power Unit (APU) 'auto shutdown' semasa ditolak ke landasan.

Sehubungan itu, juruterbang pesawat berkenaan telah kembali ke pintu kerana pesawat tersebut perlu menjalani pemeriksaan selanjutnya atas dasar keselamatan.

Ketua Pegawai EksekutifAirAsia Indonesia, Sunu Widyatmoko berkata, juruterbang tersebut telah bertindak mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan membuat keputusan kembali ke RTA bagi memastikan keselamatan operasi.

"Semakan lanjut yang lengkap dijalankan oleh pasukan kejuruteraan mengikut SOP.

"Selepas semakan akhir telah siap, pesawat tersebut telah dibenarkan terbang kira-kira sejam kemudian.

"Walaupun dengan liputan yang penuh sensasi, tiada isu keselamatan dan pesawat tersebut selamat mendarat di Bandung," katanya dalam satu kenyataan.

Pihak AirAsia Indonesia turut menyatakan permohonan maaf atas kesulitan yang timbul ekoran perkara itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes melalui laman mikro Twitternya seolah-olah melahirkan kekecewaan atas laporan yang disifatkan begitu sensasi terhadap syarikat penerbangan tambang murah itu.

"Banyak laporan yang sensasi terhadap AirAsia. Kita diam kerana fokus adalah pada keluarga.

"Satu persatu kebenaran akan muncul dan 'membersih' kita," katanya.

Malah beliau sempat memberikan kata-kata semangat kepada semua stafnya sambil mengingatkan agar mereka kekal cekal serta fokus.

Untuk rekod, Auxiliary Power Unit (APU) adalah satu kelengkapan yang terletak pada bahagian ekor pesawat yang memberi jana kuasa bagi kuasa elektrik dan Sistem Pneumatic semasa pesawat berada di darat sebelum enjin dihidupkan.

APU mempunyai sistem perlindungan yang secara automatik mematikan APU apabila ia mengesan sebarang kekurangan fungsi seperti kelajuan terlebih, tekanan minyak rendah, masalah penapisan minyak, atau minyak terlalu panas bagi memastikan operasi yang selamat.

Monday, June 16, 2014

AIR ASIA BAKAL MENDARAT DI MELAKA


SEMOGA PERANCANGAN INI BERJAYA DAN MELAKA AKAN MENJADI PINTU MASUK UTAMA PELACONG KE NEGARA INI.

KEMUDAHAN YANG ADA KALAU TAK GUNA SEBAIK MUNGKIN AKAN MERUGIKAN.

USAHA DAN KERJASAMA BIJAK ANTARA KERAJAAN NEGERI MELAKA DAN AIR ASIA INI PERLU DIBERIKAN PUJIAN DAN SOKONGAN.

TAHNIAH KEPIMPINAN NEGERI MELAKA YANG SENTIASA BERUSAHA DAN BERFIKIR UNTUK MEMAJUKAN NEGERI INI SERTA MEMBAWA MELAKA KE ARAH YANG LEBIH BAIK.

JPX

Sunday, April 06, 2014

PERDANA MENTERI SIFATKAN AIR ASIA SOMBONG


Ini kontroversi membabitkan syarikat penerbangan tambang murah Air Asia yang enggan berpindah ke lapangan terbang baru KLIA2 dan membuat kenyataan terbuka mengenai perkara itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu mengatakan kenyataan Air Asia yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar baru-baru ini,"berbunyi kenyataan yang sombong,".

Beliau yang kini berada di Hanoi menegaskan AirAsia tiada pilihan melainkan berpindah ke KLIA2 seperti yang dijadualkan manakala Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang pula tetap akan ditutup pada 9 Mei ini.

Menurut Najib, kerajaan menerusi Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) sedia mendengar dan meneliti sebarang masalah atau isu-isu dibangkitkan daripada syarikat penerbangan tambang murah itu.

Thursday, May 30, 2013

GEMPAR: AIR ASIA HIDANG AYAM TIDAK DISEMBELIH CARA ISLAM DI DALAM PESAWATNYA!!!???




KUALA LUMPUR 27 Mei - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diminta menyiasat semua kemudahan penyajian makanan oleh syarikat-syarikat pembekal kepada syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia terutama di sektor Filipina, Thailand dan Hong Kong.

Sebuah gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, Liga Lindungi Perlembagaan (Ligan) dalam satu kenyataan berkata, jabatan agama tersebut perlu mengesahkan status pensijilan halal berhubung kemudahan penyajian makanan dalam sektor penerbangan AirAsia di ketiga-tiga negara tersebut.

"Ligan juga meminta Jakim menyiasat kedudukan pensijilan halal oleh badan yang didakwa tidak diiktiraf.

"Kami meminta AirAsia menyatakan secara terang dan jelas tentang dasar syarikat tersebut berkaitan pensijilan halal di dalam mana-mana aspek operasinya, khusus penyediaan makanan," kata kenyataan berkenaan di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut meminta Jakim membuat pemeriksaan ke atas makanan yang disediakan oleh syarikat tersebut yang dipercayai makanan halal dan tidak halal dihidangkan bersama-sama.

NGO itu turut meminta Jakim menyiasat pakej-pakej percutian yang dianjurkan AirAsia yang mereka percaya tidak mengambil kira aspek halal walaupun dijanjikan begitu di dalam promosi tersebut.

Menurut kenyataan itu, selagi AirAsia tidak mengeluarkan jawapan rasmi, Ligan menggesa semua pengguna Islam memboikot makanan yang dijual AirAsia di dalam mana-mana penerbangannya.

"Kami juga mengajak dan menasihatkan orang ramai untuk mencemuh AirAsia dalam kalangan kenalan dan masyarakat sehingga syarikat berkenaan memohon maaf berikutan sikap biadab mereka terhadap semua pengguna terutama yang pernah melalui pengalaman pahit dengan syarikat penerbangan itu," tegasnya.--UTUSAN

Wednesday, October 19, 2011

GEORGE W. BUSH ADA KEPENTINGAN SAHAM DALAM AIR ASIA???

 
 MAKIN LAMA...
MAKIN MELAMPAU...
KITA DIAM-DIAM...
DIA NAIK TOCANG...
YANG PM PUN SATU HAL...
LAYAN SANGAT BUAT APA...
NI LAGI NAK PILIHANRAYA...
KALAU BETUL PEMBUNUH NO 1 DUNIA DATANG SINI..
KAN SATU KERJA LAGI NAK MENJAWAB DENGAN RAKYAT...
PM JANGAN INGAT DAH SELESA SANGAT..
KADANG-KADANG HAL MACAM NI LAH YANG BUAT RAKYAT MARAH...
BUSH ANAK BERANAK NI SATU DUNIA BENCI...
JADI ORANG MALAYSIA PUN BENCI ANAK BERANAK BUSH NI...
KALAU NI KABAR ANGIN JER...
KITA MINTAK TOLONG PADA PM JANGAN SAMPAI JADI KENYATAAN...
JANGAN KASI MUSUH ISLAM NI JEJAK KAKI KE MALAYSIA...
KALAU DIA DATANG JUGAK...
KITA PAKAT RAMAI-RAMAI SAMBUT BUSH DENGAN BALINGAN KASUT!!!

JPX
 
Aku baca posting Dato Rocky Bru dia dapat SMS yang mengatakan George Bush akan datang ke Kuala Lumpur 28 hb Oktober ini untuk program Asean Business Club di Mandarin Oriental.

Nak tau siapa yang dikatakan sebagai PENGANJUR BERSAMA?

AIR ASIA DAN CIMB atau lebih tepat Tony Fernades dan Nazir Tun Razak.Tapi mengikut Dato Rocky maklumat itu belum dapat disahkan lagi.Cuma angin angin yang bertiup...

Kalau program ini benar benar menjadi nyata dan terbukti HARAMJADAH dua ekor ini jadi penganjur kedatangan Bush kebumi Melayu ini....SIAP KORANG!!!!
 
SUMBER: APA
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa