Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label HIMPUN. Show all posts
Showing posts with label HIMPUN. Show all posts

Sunday, October 23, 2011

DEKLARASI HIMPUN: SELAMATKAN AKIDAH UMAT ISLAM



DEKLARASI Himpunan Sejuta Umat :-

Bahawasanya, Islam adalah risallah Illahi yang dengan rahmatNya telah mengangkat martabat bangsa Melayu dan semua bangsa yang lain dengan mesej "Rahmatan lil' alamin". Lantaran itu hanya dengan menghayati dan mengamalkan Islam sepenuhnya sahaja merupakan satu-satunya jalan untuk menjamin kemuliaan, keselamatan, kejayaan dan kehormatan bangsa Melayu mahupun mana-mana bangsa yang lain di negara ini.

Menginsafi bahawa asas pegangan umat Islam adalah Aqidah Tauhid yang menjadi tunjang kepada seluruh pegangan hidup umat Islam dan prinsip ini tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana pihak. Bahawa kedudukan istimewa dan status yang khas agama Islam sebagai agama Persekutuan telah ditetapkan sejak dari kemerdekaan Negara ini dan ia wajib dipertahankan oleh setiap warga Muslim dan dihormati oleh semua warga Malaysia.

Bahawa penyebaran agama lain dari Islam kepada orang Islam dengan tujuan memurtadkan orang Islam adalah dilarang sama sekali berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Islam berpendirian tegas terhadap gekala murtad dan pemurtadan yang dianggap jenayah berat yang perlu diperangi habis-habisan. Pelanggaran terhadap peruntukan ini boleh mengundang kepada tergugatnya keselamatan nasional dan mengundang ketegangan agama di Negara ini.


Bahawa kami, pada hari ini, 24hb Zulkaedah 1432H bersamaan 22hb Oktober 2011 di Stadium Shah Alam Selangor Darul Ehsan, di dalam Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah (HIMPUN), bersepakat dan mengambil ketetapan untuk:

                           Pertama:
Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan raja-raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadbiran Islam di Negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang tubuh negeri.
Kedua:
Kerajaan yang memerintah baik di peringkat pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa sensitiviti yg tertinggi di dalam Islam dan perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi di dalam Negara ini dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan mencabar kedudukan Islam hendaklah dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.

Ketiga:
Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, hendaklah memastikan supaya Undang-Undang pencegahan yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam di dalam perlembagaan dapat dimasukkan sebagai kandungan utama.

Keempat:
Menuntut supaya kerajaan mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus untuk mencegah dan membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kelima:
Menuntut agar sistem pendididkan negara disemak semula untuk memastikan tidak ada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan aqidah. Kami menggesa pihak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada Aqidah Tauhid dan penerapan aqidah yang berkesan kepada pelajar-pelajar.

Keenam:
Meminta kerajaan mengadakan program-program penerangan yang menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.

Ketujuh:
Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha untuk mengganggu-gugat kesucian islam.

Kelapan:
Menyeru semua institusi dalam masyarakat terutama ibubapa mengambil tanggungjawab yang tegas di dalam mendidik anak-anak dengan kefahaman islam yang syumul agar membentengi anak dan waris terdekat dengan daripada terjebak di dalam aktiviti pemesongan aqidah.

Kesembilan
Menggesa kerajaan supaya membantu dan mengawal aktiviti pihak media samaada media samaada media cetak, media elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut undang-undang yang ada.

Kesepuluh:
Menyeru seluruh umat islam yang hadir di perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir, melupakan segala perbezaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama-sama BERSATU menyongsong tugas berat mempertahankan dan menyelamatkan aqidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.

*Deklarasi ini dilafazkan oleh Pengerusi bersama Perhimpunan Sejuta Umat, Mohd Azmi Abdul Hamid kepada kira-kira 5,000 orang peserta dalam Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah, di Stadium Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Saturday, October 22, 2011

PAS TAK LAYAK GUNA NAMA ISLAM!!!


1. Sehingga saat ini, PAS yang mengaku parti Islam masih tidak menjawab apa sebenarnya sebab mereka tidak menyertai HIMPUN siang tadi.

2. Dewan Pemuda PAS yang pada peringkat awal menyatakan persetujuan untuk turut serta, tapi menarik diri apabila boss mereka mula bersuara.

3. Kenapa mereka tarik diri walhal matlamat HIMPUN adalah sama seperti perjuangan PAS yang memperjuangkan Islam??

4. Jika benar PAS tunduk kepada tekanan dari DAP untuk tidak sertai HIMPUN, JPX nak tanya PAS, mana yang lebih penting antara menegakan agama Allah atau arahan orang kafir??

5. Jika PAS terlalu akur dan patuh pada arahan DAP Komunis dan sanggup menolak penyertaan dalam HIMPUN yang memperjuangkan akidah umat Islam, maka PAS tak layak gelar mereka parti Islam.

JPX

MENTERI BESAR SELANGOR AKAN SERTAI HIMPUN PETANG INI!!!???





Dengar-dengar cerita, Khalid Gagap, Menteri Besar Selangor yang paling teruk dalam sejarah peradaban manusia dah arah pegawainya untuk tutup Stadium Shah Alam esok bagi menghalang HIMPUN dari berlangsung.

Apa sebenarnya yang ditakuti oleh si Khalid Gagap ni??? Kan perhimpunan tu adalah mempertahankan agama Islam. Yang sertai pun adalah orang Islam.Si Khalid pun orang Islam juga kan??? Salah ke orang Islam berkumpul secara aman untuk memperjuangkan agama mereka yang diusik oleh agama lain???

Malaysia ni agama rasminya adalah Islam. Agama lain orang Islam tak kacau pun. Tapi hari ni, agama lain dah buat kacau dengan agama Islam. Sebab tu HIMPUN ni diadakan. Sepatutnya, sebagai umat Islam Khalid Gagap perlulah sokong benda ni.

Jadi Khalid Gagap tak perlu tutup Stadium Shah Alam, malah jika bertanggungjawab ke atas agama Islam, dia perlu turut hadir dan menyertai HIMPUN ni.

Janganlah tunjuk murah sangat harga diri dan memperlekehkan Islam hanya kerana tunduk kepada arahan DAP Komunis. Janganlah tunduk dengan desakan musuh Islam dan kayu api nereka ni. Mereka semua ni tak lebih dari mereka yang kafir lagi menyesatkan.


Kenapa Khalid tidak cuba halang umat Islam dari menyertai BERSIH 2.0 yang dianjurkan oleh Ambiga yang kita semua tahu dia adalah peguam murtadkan orang Islam???

Semoga Khalid Gagap tidak terlalu lemah untuk dipergunakan oleh musuh Islam. Mari kita sama-sama berdoa agar saudara-saudara Islam kita diberikan petunjuk dan hidayah dari Allah swt.

JPX

Friday, October 21, 2011

ADAKAH PAS AKAN SERTAI HIMPUN SELEPAS BACA ARTIKEL INI???








KITA AJAK PERGI HIMPUN SAUDARA KITA NI TAK NAK PULAK...
TAPI BILA KAWAN SAUDARA KITA NAMA AMBIGA, LIM KIT SIANG DAN KARPAL SINGH AJAK DEMO BERSIH LAJU JER....
APA NAK BUAT...
DAH ORANG TAK SUDI...
KITA INGAT KALAU AJAK SAUDARA KITA...
MERIAH LER SIKIT MAJLIS...
SEDARA KITA PUN SAMA AGAMA DENGAN KITA...
SEDARA KITA PUN PERJUANGKAN AGAMA YANG SAMA...
TAPI TAK MAU LER PULAK SAUDARA KITA NI...
BANYAK ALASANNYA PULAK...

TAPI YANG KITA KECIK ATI...
BILA KAWAN SAUDARA KITA AJAK...
SAUDARA KITA NI IKUT PULAK...
SAUDARA KITA SANGGUP BERSUSAH PAYAH...
SAUDARA KITA SANGGUP BERHUJAN BERPANAS...
SAUDARA KITA SANGGUP BARING ATAS JALAN...
SAUDARA KITA SANGGUP BUAT-BUAT MATI...
SAUDARA KITA SANGGUP PUKUL SAUDARA SENDIRI...
SEMUA KERANA KAWAN DIA AJAK...
KAWAN DIA PUN BUKAN SAMA AGAMA DENGAN SAUDARA KITA...
PERJUANGAN KAWAN DIA PUN BUKAN SAMA DENGAN SAUDARA KITA...

TAPI KENAPA SAUDARA KITA SANGGUP BUAT SEMUA BENDA HANYA UNTUK KAWAN DIA???
KENAPA SAUDARA KITA SANGGUP LEBIHKAN KAWAN DARI KITA???
KENAPA SAUDARA KITA SANGGUP DAHULUKAN KAWAN DARI KITA???

BERKAT PAGI JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI INI....
SEMOGA ALLAH TOLONG SAUDARA KITA KENAL SIAPA KAWAN DIA YANG SEBENARNYA!!!

JPX

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) akan meneruskan perhimpunan mempertahankan akidah umat Islam di Shah Alam, Sabtu ini walaupun Pas membuat keputusan untuk tidak menyertai program tersebut.


Wednesday, October 19, 2011

PAS TUKAR NAMA KEPADA PARTI ANTI -ISLAM SEMALAYSIA


APA CITER PAS NI??
KATA ISLAM???
SALAH KE SESAMA ISLAM AJAK BERHIMPUN???
KENAPA TOLAK PELAWAAN BAIK SESAMA SAUDARA???
ADAKAH AJARAN ISLAM AJAR BENDA MACAM  NI???
KENAPA PERLU TAKUT UNTUK HADIR KE HIMPUN NI???
KENAPA PERLU TUNDUK KEPADA ARAHAN ORANG BUKAN ISLAM???
KENAPA PAS SANGGUP MEMBELAKANGKAN SAUDARA ISLAM DEMI MENJAGA KEPENTINGAN ORANG BUKAN ISLAM???
JANGANLAH HANYA KERANA TAKSUB BERPOLITIK...
SEHINGGA SESAMA SAUDARA DIBELAKANGKAN...
KALAU BENAR PAS MEMPERJUANGKAN ISLAM...
SUDAH PASTI PAS TIDAK MAHU KETINGGALAN DALAM HIMPUN INI...

KITA CABAR PAS UNTUK PERJELAS PENDIRIAN...
ADAKAH PAS BENAR-BENAR MEMPERJUANGKAN ISLAM..
JIKA TUNDUK DAN TAKUT ATAS DESAKAN KAFIR DEMI POLITIK...
GUGURKAN NAMA ISLAM DALAM NAMA PARTI...
CUKUPLAH DAP KOMUNIS ANTI ISLAM...
APA MACAM???
BERANI????

JANGANLAH PARTI ISLAM PUN ANTI ISLAM...

JPX

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa