Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label KELANTAN. Show all posts
Showing posts with label KELANTAN. Show all posts

Wednesday, January 25, 2012

GEMPAR: NIK AZIZ TERCEKIK GIGI PALSU!!!



INSYALLAH ALLAH MAKBULKAN...
KERJA KUAT PERLU DIGANDAKAN...
VAN PUN DAH DAPAT SATU BAHAGIAN SATU...
TINGGAL NAK BUAT DENGAN TAK BUAT JER...
HEHEHEHEHE


JPX


KOTA BHARU 24 Jan. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) berpeluang untuk merampas Kelantan daripada PAS pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, Najib yang juga Presiden UMNO, melahirkan keyakinan tersebut semasa perjumpaan dengan pemimpin BN Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dekat sini hari ini, sebelum mengakhiri lawatan setengah hari ke negeri ini.

Katanya, Perdana Menteri menyatakan walaupun pertandingan antara BN dan Pas amat sengit, Kelantan merupakan ”winnable state” bagi BN pada pilihan raya umum itu.

"Apabila keyakinan itu keluar daripada mulut Perdana Menteri sendiri, ia menjadi suntikan semangat kepada kita untuk bekerja kuat,” katanya.

Bagi mencapai kemenangan tersebut, Awang Adek berkata, Perdana Menteri mahu anggota dan pemimpin semua parti komponen BN bekerja kuat, termasuk menggerakkan lebih banyak program mendekati rakyat. - BERNAMA

Tuesday, April 26, 2011

LADANG RAKYAT ATAU LADANG KELUARGA NIK AZIZ???


kalau betul PAS kerajaan berkebajikan...
kenapa rakyat Kelantan tak nak kebajikan dari kerajaan PAS???
ladang rakyat atau ladang keluarga Nik Aziz????

JPX

KUALA KRAI: Isu Ladang Rakyat di Kelantan seperti tiada penghujungnya apabila terbaru lebih 200 penduduk di Kampung Sungai Kelah, Mukim Manjor di sini membantah tindakan kerajaan Kelantan pimpinan PAS memusnahkan lebih 40 hektar tanah yang mereka usahakan sejak sekian lama.

Lebih membingungkan penduduk, punca pendapatan hasil torehan getah dan buah-buahan di tanah berkenaan lesap sejak pemaju yang diberikan kebenaran memajukan tanah itu menebang semua pokok berkenaan.

"Saya ada 11 anak. Hari-hari saya menoreh getah seluas empat hektar yang ditanam sejak lebih 30 tahun dulu. Sekarang kami nak makan apa? Tindakan ini sangat zalim buat kami penduduk miskin ini dan saya sangat sedih mengenangkan untung nasib selepas ini," kata Ismail Samah, 68, ketika ditemui di perkampungan itu.
Dia mendakwa pemaju membersihkan semua kawasan sejak lebih tiga bulan lalu tanpa ada sebarang perundingan oleh kerajaan negeri.

"Tiadakah timbang rasa untuk kami diberikan tempat mencari rezeki yang lain atau diberikan pampasan oleh kerajaan Kelantan yang mendakwa mengamalkan pemerintahan cara Islam ini?" kata Ismail sambil menunjukkan kawasan yang digondolkan itu.

Bagi Abdullah Hussin, 48, memang benar tanah yang mereka usahakan itu tidak mempunyai geran tetapi bukan mereka tidak berusaha untuk mendapatkan geran hak milik dan membayar premium tanah.

"Sejak sebelum PAS memerintah lagi kami memohon untuk mendapatkan geran hak milik. Selepas PAS memerintah, fail kami itu didakwa hilang dan bermacam-macam lagi dan kami juga tidak dibenarkan membayar premium tanah," katanya yang menyara 10 anak termasuk ibu bapanya uzur.
Mohd Zaidi Abdul Rahim, 44, berkata pelbagai usaha dilakukan termasuk bertemu pegawai di Pejabat Tanah dan Jajahan termasuk bertemu wakil rakyat bagi membantu menangani perkara itu tetapi semuanya tidak berjaya.

"Kami tidak ditawarkan menjadi peserta Ladang Rakyat di tanah kami itu dan saya harap kerajaan negeri mendengar rintihan kami dan kembalikan tanah itu kepada kami semula," katanya.

Katanya, penduduk kini terpaksa mencari punca pendapatan baru dan menoreh getah milik penduduk kampung yang lain. - BERNAMA

Monday, December 13, 2010

TERKINI: NIK AZIZ TIUP SEMBOYAN JIHAD PALSU!!!






1. Pemimpin PAS boleh disifatkan sebagai mereka yang sangat kejam. Pemimpin mereka kaya raya dan membiarkan ahli mereka hidup merana. Namun mereka masih tergamak memperbodohkan ahli mereka untuk kepentingan diri sendiri.

2. Nik Aziz dan kaum keluarganya hidup mewah dengan hasil balak Kelantan. Namun rakyat Kelantan hidup susah dan masih ada di bawah garis kemiskinan.

3. Hari ini, Nik Aziz meniupkan lagi satu jihad palsu kepada seluruh ahlinya. Semua peminpin dan ahli PAS di seluruh negara di cadangkan agar membuka 'Tabung Buluh Untuk PAS' bagi mempersiapkan parti itu menghadapi pilihan raya umum akan datang ini.

4. Pilihanraya ada untuk rakyat memilih pemimpin mereka bukannya mahu kasi rakyat susah!!! PAS sepatutnya bantu rakyat bukan minta bantuan rakyat.

5. Mana hasil balak Negeri Kelantan??? Tanah yang dipajak kepada tauke Cina mana hasilnya??? Mengapa mahu susahkan rakyat sedangkan pemimpin PAS semuanya kaya raya???

6. Ahli PAS akan terus menerus ditipu. Pemimpin PAS hanya menggunakan ahli mereka untuk menambah kekayaan mereka dan bukanya mahu membela rakyat!!

7. Jika berkata mereka lakukan semua ini atas nama Jihad, ternyata mereka adalah PENDUSTA dan rakyat yang masih bersama mereka adalah mangsanya!!!


JPX

Thursday, December 09, 2010

SERAMBI MEKAH PALING RAMAI PENGHIDAP HIV!!!

KOTA BHARU: Kelantan menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun, sejak 2008 hingga 2009.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kadar jangkitan HIV bagi tempoh berkenaan di negeri itu menunjukkan peningkatan hampir empat kali ganda berbanding kadar di seluruh negara.

“Peningkatan kes wanita dijangkiti HIV di negara ini juga membabitkan negeri itu dengan jumlah tertinggi iaitu 1,211 kes, diikuti Johor (1,124 kes) dan Selangor (1,107 kes).

“Ekoran peningkatan kes ini, saya meminta seluruh rakyat Kelantan segera melaksanakan Gempur Aids iaitu satu program bagi membendung peningkatan kes HIV dan Aids di negara ini,” katanya pada majlis Pelancaran Sambutan Hari Aids Sedunia 2010 peringkat kebangsaan, di sini, semalam.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Hasan Abdul Rahman. Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohd Kamal Hasan dan Presiden Majlis Aids Malaysia, Datuk Zaman Khan.

Liow berkata, senario HIV di negara ini sudah berubah berbanding 10 tahun lalu yang mencatat 75 peratus kes dikesan akibat berkongsi jarum suntikan, berbanding tahun lalu hanya mencatat 55 kes saja.

Bagaimanapun, katanya, kes jangkitan melalui hubungan seksual menunjukkan peningkatan berbanding 10 tahun lalu daripada 18 peratus kepada 32 peratus tahun lalu dan terus meningkat tahun ini.

“Nisbah wanita dijangkiti HIV juga semakin meningkat dengan 3,206 suri rumah dijangkiti sehingga September lalu dan golongan ini diminta menasihatkan suami yang menagih dadah menjalani ujian HIV serta memakai kondom apabila membuat hubungan kelamin,” katanya.

Beliau berkata, dengan pelbagai langkah pencegahan penyakit dilaksanakan secara menyeluruh membabitkan kerajaan dan agensi lain, kes HIV semakin menurun daripada 6,756 pada 2003 kepada 3,080 kes pada 2009, manakala bagi sembilan bulan pertama tahun ini, hanya 2,741 kes HIV baru dilaporkan.

“Kes jangkitan HIV di negara ini masih tertumpu di kalangan mereka yang berisiko tinggi iaitu 71 peratus membabitkan perkongsian jarum suntikan ketika menagih dadah dan 19 peratus menerusi hubungan seks.

“Kerajaan membelanjakan kira-kira RM32.5 juta setahun bagi memberi rawatan serta perkara berkaitan kepada pesakit dan akhir tahun lalu, seramai 9,962 sudah menerima rawatan antiretroviral (ARV),” katanya.

Sementara itu, Zaman berkata, gaya hidup bebas seperti dilakukan segelintir lelaki termasuk dari negeri ini yang selalu ke pekan Golok, Selatan Thailand, menjadi punca meningkatnya penyakit HIV di Kelantan. BERITA HARIAN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa