Saya tersengih-sengih melihat pelbagai reaksi melucukan di kalangan pengamal media sosial yang begitu “kreatif” menghasilkan momokan “luar biasa” tentang insiden “Anwar tidak dibenarkan masuk ke negara Jepun” baru-baru ini. Macam-macam karikatur dan poster web dihasilkan…
Antara produk terkenal matahari terbit yang “terlibat” dalam momokan tersebut ialah Ultraman, Sin Chan, Doraemon, Polis Angkasa Gaban dan hero-hero lain. Memang nakal!
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman pula dalam reaksi awalnya menyifatkan dirinya adalah Menteri Luar “paling berkuasa di dunia” jika mampu memaksa negara matahari terbit itu menghalang Anwar untuk masuk ke negara tersebut. Dalam ertikata lain, memang Anifah tidak punya kuasa “magik” sebegitulah!
