Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label PRK KAJANG. Show all posts
Showing posts with label PRK KAJANG. Show all posts

Sunday, March 23, 2014

ANJING BELAAN PELIWAT MENYERANG PENIAGA GERAI DI HARI MENGUNDI KAJANG!!!





Suasana semakin gamat di Gerai De’Warung Bawal yang pernah menghalau Wan Azizah tempoh hari. Chegu Bard dan SAMM melakukan provokasi melampau terhadap peniaga tersebut serta mengugut akan merobohkan gerai tersebut selepas PRK Kajang kelak.

Inilah nasib peniaga Melayu jika PKR memerintah.. sudahlah dihalau di Permatang Pauh.. dan sekali lagi di Kajang bila Wan Azizah jadi calon sekali menghalau peniaga tersebut!!--SUMBER

Saturday, March 22, 2014

TERKINI PRK KAJANG:GERAKAN JAHAT GENG PELIWAT SUDAH DIKESAN


1. Pihak kami mendapat maklumat bahawa beberapa orang luar negara dari Sweden dan Berlin telah memasuki negara Malaysia untuk coordinate membantu calon pembangkang di Kajang.

2. Rombongan trafik dari Johor sedang meningkat menuju ke Kajang di mana mereka menggunakan kereta sewa di Johor Bahru untuk mengabui pihak berkuasa.

3. Penerbangan dari Singapura juga tiba mendadak di KLIA dan Subang dengan jumlah yang besar dari Singapura di mana mereka dikesan menuju ke Kajang sepanjang hari ini dan untuk esok.

4. Sewaan coach bus dari Johor Bahru dan Singapura dikesan penuh dan ke semuanya sedang menuju ke Kajang.

5. Sebuah rumah ibadat di Shah Alam iaitu antara yang terbesar di Asia Tenggara telah dijadikan war room untuk PRK Kajang dengan beberapa 'orang putih' dikesan menjadi koordinator.

Nota : pemimpin PKR Lajim Ukin semalam berkata orang Cina tidak boleh dipercayai dan tidak boleh melihat masalah dengan betul kerana mata mereka sepet. Adakah orang Cina bermata sepet seperti Lim Kit Siang juga tidak boleh dipercayai?

ISTERI PELIWAT HASUT ORANG INDIA BENCI POLIS!!!


Wan Azizah jelas menghasut kaum India supaya terus membenci pasukan Polis yang mereka takrifkan sebagai Kerajaan Barisan Nasional. Memang amat mengejutkan apabila menonton video PRK Kajang :- Wan Azizah Dakwa PDRM Prejudis Terhadap Orang India.  Ianya merupakan ceramah Wan Azizah di Pangsapuri Murah Seri Indah, Taman Indah Sungai Jelok pada 19 Mac 2014 jam 8 p.m.

Salah satu isu yang cuba dibangkitkan oleh Wan Azizah kononnya pihak Polis DiRaja Malaysia  sering menahan orang (kaum India) di tepi jalan begitu sahaja.  Ini merupakan satu pertuduhan yang berupa hasutan yang amat jelas cuba mencetuskan api kebencian dan api perkauman di kalangan masyarakat India di Malaysia.

http://youtu.be/hhtaMcgbzZ8

Tindakan Wan Azizah ini seolah-olah menunjukkan beliau berada dalam keadaan yang cukup terdesak sehingga sanggup membawa isu yang cukup rendah nilai moralnya. 

Beliau seperti tidak bersedia untuk menjadi calon dengan membawa isu yang langsung tidak berasas sama sekali. Ianya benar-benar “insult her intelligence”. Tidak sepatutnya seorang yang berpendidikan kedoktoran membuat tuduhan yang sungguh “low” seperti itu.

Wan Azizah juga menuduh PDRM mendera semua tahanan terutama kaum India di dalam lokap. Beliau cuba membawa isu Kugan untuk mencetuskan provokasi perkauman. Kugan Ananthan merupakan tahanan polis yang mati dalam lokap pada 20 Januari 2009 di Balai Polis USJ 8 (Balai Polis Taipan), Subang Jaya, Selangor. 

Dia berusia 22 tahun dan disyaki anggota kumpulan samun. Nampaknya pakatan pembangkang terus membawa agenda mempertahankan penjenayah dan memburukkan anggota polis (kerajaan Malaysia).

Disamping itu juga Wan Azizah seolah-olah berusaha menimbulkan persepsi dan menakutkan orang Malaysia berbangsa India bahawa Polis Diraja Malaysia prejudis terhadap mereka. Sebenarnya pakatan pembangkang agak gementar berhadapan dengan kaum India memandangkan mereka mempunyai rekod yang cukup buruk dalam menangani isu kaum India di Kampung Buah Pala. 

Segala sokongan kaum India untuk pakatan pembangkang pada PRU12 telah dibalas dengan kekejaman  tragedi mereka di halau dari kampong halaman mereka sendiri.

Sebenarnya bukan sahaja masyarakat India ditindas di negari-negeri yang dikuasai Pakatan, malahan orang Melayu yang seagama dan sebangsa dengan Anwar Ibrahim juga turut dihalau dari kampung halaman mereka. Maka para peniaga yang telah dihalau ini yang kebetulan berniaga di Kajang telah bertindak menghalau Wan Azizah dan Nurul Izzah yang hanya muncul disaat PRU dan PRK untuk menipu undi dari rakyat.

Sebenarnya tindakan Wan Azizah cuba mendapatkan sokongan kaum India dengan menggunakan isu jenayah memang melampau. Ini seolah-olah menghina kaum India dari satu sudut statistik jenayah kononnya dimonopoli oleh kaum India. 

Beliau tidak menyedari bahawa kaum India di negara kita ramai yang menjalani kehidupan yang sihat dan berjaya dalam karier masing-masing. Malahan Ananda Krishnan merupakan kaum India adalah salah seorang yang terkaya di Malaysia.

Dalam beberapa siri ceramah Wan Azizah, amat ketara beliau sudah tidak mampu berkempen sebagai calon PRK Kajang  demi permintaan  suami beliau yang merupakan seorang penjenayah. Faktor usia Wan Azizah disamping ketidak siagaan dalam menjadi calon PRK Kajang juga  amat terserlah. 

engan erti kata lain, Wan Azizah tidak mampu berkhidmat untuk rakyat Kajang. Beliau sebenarnya lebih rela berfungsi sebagai ibu dan anak di rumah. Oleh itu rakyat Kajang perlu membuat pertimbangan yang sewajarnya agar tidak salah mengundi. Sebarang kesilapan dalam membuat pemilihan bakal menyusahkan rakyat Kajang sendiri.--MYKMU

Friday, March 21, 2014

TERKINI ! 2 VIDEO - ANWAR KANTOI MALU BESAR DI #PRKKAJANG !!


TERUS BACA >>>DI  SINI<<<

WAN AZIZAH JADI AYAM UNTUK SUMBER PENDAPATAN ANWAR IBRAHIM!!!


Apa-apa sahaja di Malaysia, akan dijadikan sebagai pertaruhan. Sehinggakan bolasepak Malaysia yang tidak seberapa pun, turut dilanda masalah bookie dan pengaturan permainan. Judi haram melibatkan bookie boleh mencecah pertaruhan bernilai ratusan juta ringgit di Malaysia sahaja.

PRK DUN Kajang juga tidak berkecuali. Dan menariknya, bookie-bookie ini kebanyakannya sebahagian daripada dunia bawah tanah yang berselindung di sebalik pelbagai nama persatuan dan pertubuhan walaupun matlamat mereka sebenarnya adalah untuk mengaut keuntungan walaupun menggunakan cara kekerasan.

Lagi empat hari sebelum pembuangan undi, bookie-bookie tersebut sudah mula berlegar-legar di sekitar Kajang. Mereka dengan bangga mengumumkan bahawa PKR akan menang dengan majoriti 7500 undi. Masyarakat pengundi yang bakal menjadi sasaran mereka adalah masyarakat Cina yang jarang membuat keputusan berdasarkan penilaian sendiri, sebaliknya kerana pemimpin.

Bagi mengelakkan kerugian, bookie-bookie tersebut akan menggaji orang untuk berkempen, memaksa dan mengugut masyarakat pengundi agar memilih PKR yang diwakili oleh Wan Azizah menggantikan Anwar Ibrahim.

Gelagat mereka dan agen-agen mereka dapat dilihat secara ketara di beberapa kawasan penempatan bermajoriti Cina seperti di Sungai Chua dan pekan Kajang sendiri. Turut diperhebatkan adalah sekitar Jalan Reko.

Bookie-bookie berkenaan cukup yakin, mereka akan memperolehi keuntungan berlipat ganda sekiranya PKR menang... bukan kerana mereka menyokong PKR tetapi kerana mereka akan memanipulasi sebarang keadaan untuk tujuan PKR dimenangkan bagi memastika keuntungan yang mereka perolehi daripada pertaruhan adalah maksima.

Wan Azizah dan PKR sudah boleh senang hati kerana pertaruhan bookie-bookie tersebut adalah WAN AZIZAH MENANG DENGAN MAJORITI 7500 UNDI!!!


PENIPUAN BESAR-BESARAN SEMPENA PRK KAJANG!!!


TIBA-TIBA semuanya seakan berjalan lancar di Selangor sempena pilihanraya kecil Kajang yang sedang berlangsung. 

Maksud penulis, kerajaan negeri Selangor mula melaksanakan sebahagian besar dari janji-janji PRU 2008 dan PRU 2013.

Antaranya komitmen kerajaan Selangor nak menurunkan cukai pintu sebanyak 20%, insuran, tabung pinjaman pendidikan dan sebagainya – boleh rujuk dalam surat yang dilampirkan bersama dalam artikel ini.

Bersungguh kata manifesto bukan janji sebelum ni, tiba-tiba, Kajang punya pasal, semua nak dilaksanakan sekaligus.

Di samping itu, tiba-tiba di Kajang juga, wujud penganjuran Karnival Usahawan untuk peniaga yang mendapat manfaat dari program Selangorku tajaan kerajaan negeri.  Peliknya, karnival usahawan tapi penuh dengan aktiviti politik seperti ceramah, pengedaran flyer memburuk-burukkan BN dan sebagainya.

Sasaran utamanya bukanlah pengundi cina, tapi pengundi Melayu sebab PKR yakin orang Melayu mudah digula-gulakan  - begitu hina orang Melayu di mata Pakatan.  

Tapi keyakinan itu mungkin silap kerana gula-gula pilihanraya Pakatan dalam PRK Kajang ini seakan tidak menjadi.

Dari segi sambutan, hambar, orang yang datang, tolak budak-budak, adalah beberapa kerat, itupun silap-silap jentera parti yang datang dari luar membantu.

Penulis suka nak sebut disini, kalau semua ini berlaku di kawasan dan negeri BN, sudah tentu ia akan digelar rasuah pilihanraya atau apa-apa nama yang tidak baik.  Tapi sebab ini depa sendiri yang buat, maka ia sekadar digelar karnival dan melaksanakan janji manifesto.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan SPRM sepatutnya pantau kegiatan tidak bertanggungjawab yang dilakukan pembangkang di Kajang secara terang-terang.  Nampak sangat dana rakyat digunakan untuk kepentingan politik kerana bila PRK diadakan di negeri yang mereka bukan kerajaan, tak pulak ada karnival dan sebagainya.--SUMBER


Tuesday, March 18, 2014

SELEPAS VIDEO SEKS SUAMINYA, KINI VIDEO MEMALUKAN KAK WAN PULAK TERSEBAR


PKR MULIAKAN PELIWAT DAN TERUS MENERUS HINA PENGUNDI KAJANG


Kalau dengar kepada ceramah dan kempen Pakatan Rakyat, mereka sahajalah pembela rakyat. Mereka sahajalah yang menjadi juara rakyat. Mereka sahajalah yang dapat melihat kezaliman yang sedang berlaku dan mereka sahajalah yang tidak mahu rakyat Malaysia kerugian.

Apa-apa sahaja pun Pakatan Rakyat sanggup lakukan untuk rakyat. Dari demonstrasi jalanan, perdagangan agama secara murah, apatah lagi menyanggah Perlembagaan Persekutuan. Segala-galanya dilakukan atas nama rakyat. Dan yang paling menarik, sudah tentulah perjuangan menentang Korupsi, Kronisme dan Nepotisme (KKN) yang cukup popular di Indonesia sehingga menumbangkan Suharto namun pengganti-penggantinya seperti Megawati dan Abdul Rahman Wahid atau Gus Dur jauh lebih teruk berbanding Suharto sehinggakan Indonesia terus menjadi MELAYU SAKIT sampai sekarang.

Sedangkan sejarah sendiri sudah membuktikan bahawa kepala rasuah di Malaysia ketika berkuasa adalah Anwar Ibrahim. Terlalu banyak kaitan rasuah dengan Anwar Ibrahim terutama sekali pink-form pada zamannya yang digunakan untuk mengkayakan kroni dan kaum keluarganya. Bapanya daripada bukan sesiapa, menguasai IOI dan beberapa syarikat lain menerusi pegangan saham yang cukup besar sebaik-baik sahaja Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Begitu juga dengan saudara-saudara lelakinya.

Monday, March 17, 2014

ISTERI PELIWAT TERUS CUBA TIPU PENGANUT AGAMA HINDU!!!

Rakyat News

KAJANG 16 Mac - Persatuan penganut agama Hindu Sungai Jelok tidak berpuas hati dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat (PR) selama dua penggal di Dun Kajang dengan menjanjikan tidak merobohkan dua kuil di kawasan mereka iaitu Sri Maha Muniswarar Alayam dan Kuil Sri Siva Veerapathira Kaliamman pada Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) lalu.

Seorang peniaga, Thanabalan A/L Muniandy, 39, berkata, semasa PR mengambil alih pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN), telah berjanji akan mengekalkan kesemua kuil di Selangor.

"Setakat ini, semua orang sedia maklum bahawa sudah tujuh buah kuil telah dirobohkan.

"Apa yang dia janji. Janji mereka memang tidak betul dan tidak ditunaikan hanya pandai bercakap sahaja. Saya dapat saya buat katanya tapi tiada perubahan malah merobohkan 7 kuil dalam dua penggal ini," katanya kepada Rakyat News di Sungai Jelok, di sini semalam.

Sunday, March 16, 2014

SEPAKAT BOIKOT PRK KAJANG:PENYOKONG PAS SUDAH BERTAUBAT


Wan Azizah terus mendendangkan cerita-cerita sedihnya untuk didengar oleh para pengundi. Wan Azizah menggunakan elemen kesedihan, kesepian, dan kegersangan seorang isteri yang bakal ditinggalkan oleh si suami, seorang peliwat yang dijatuhi hukuman buat kali kedua meskipun tempohnya lebih singkat iaitu lima tahun berbanding 8 tahun pada tahun 1999 dahulu.

Namun ada satu perkembangan yang sangat menarik. Kalau dalam beberapa PRK sebelum ini, Muslimat PAS merupakan antara jentera yang paling efektif mendapatkan dan meraih undi menerusi kempen dari rumah ke rumah dan mikro, di PRK DUN Kajang, jentera Muslimat PAS tidak kelihatan langsung. Malah jentera Pemuda PAS sendiri pun, kelihatan sekadar wujud untuk meletakkan nama sedangkan kerja tidak dijalankan seperti biasa.

Ada yang berkata, PAS menunggu sehingga pada saat-saat akhir untuk memulakan kempen seperti yang selalu mereka lakukan. Malah ada yang membuat spekulasi bahawa PAS akan meneruskan ‘pemboikotan’ mereka untuk PRK DUN Kajang kerana sudah tidak betah dicop sebagai PENGULUM ANWAR IBRAHIM.

Saturday, March 15, 2014

ISTERI PENJENAYAH LIWAT TERUS BERBOHONG DI KAJANG


PENULIS agak ‘gerun’ mendengar 4 manifesto calon PKR Kajang, Kak Jijah yang dilancarkan kelmarin, terutamanya bab nak mengurangkan jenayah di Kajang.

Tak pastilah Kak Jijah sedar atau tidak bahawa dia sekarang sedang berkahwin dengan seorang penjenayah seksual yang baru-baru ini disabitkan kesalahan meliwat oleh Mahkamah Rayuan dan dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun.

Penulis bukan reka sendiri status itu (penjenayah), tapi Mahkamah Rayuan (sehingga diputuskan sebaliknya oleh Mahkamah yang lebih tinggi).

Ironinya, dia tak boleh nak kurangkan jenayah dalam keluarganya sendiri pun (1 suami dan 6 anak), nak kurangkan jenayah di Kajang macam mana?

Itu belum lagi kita sebutkan bahawa kuasa mengurangkan jenayah ini adalah berada di bawah kerajaan persekutuan (PDRM), bukan ADUN atau kerajaan negeri.

Tak tahulah kalau semua penjenayah di Kajang itu duduk bawah payroll Pakatan Rakyat sehinggakan kalau Kak Jijah menang, dia boleh arahkan semua penjenayah tersebut keluar dan cari makan di tempat lain.

Di samping itu, dari cara Kak Jijah memperkenalkan manifesto baru seolah-olah sebelum ini ADUN Kajang adalah dari parti lain dan pakatan politik yang lain.  Walhalnya, ADUN sebelum ini pun dari PKR juga, kerajaan negeri yang memerintah pun PKR juga dan Kak Jijah sendiri pun dari parti yang sama.

Tidak ada apa yang berubah.

Jadi kalau banyak masalah berlaku di Kajang sekarang, itu adalah kerana PKR, bukan orang lain, dan sebagai calon bidan terjun, apa yang Kak Jijah boleh lakukan untuk mengubah keadaan tersebut?

Pendek kata, pelancaran Manifesto ini bukanlah ada apa-apa nilai kepada pengundi dan rakyat Kajang.  Selama ini tidak ada apa yang dilakukan PKR untuk masyarakat Kajang melainkan menyusahkan rakyat untuk mengundi 2 kali dalam tempoh 8 bulan tanpa sebab yang munasabah.


Thursday, March 13, 2014

PROSES TUKAR MB SELANGOR TETAP BERJALAN SEPERTI YANG DIRANCANG!!!


Pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding bagi PRK Kajang tidak menghentikan ‘Kajang Move’  - langkah PKR Selangor untuk menggantikan Menteri Besar Selangor.

Perkara ini disahkan oleh Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali yang menegaskan bahawa ‘Kajang Move’ masih relevan sebagai salah satu taktik dan strategi menghadapi PRK Kajang menjelang 23 Mac ini.

Beliau yang ditemui di lobi Parlimen pada Rabu berkata, perkara itu adalah matlamat utama dari awal sejak bekas ADUN Kajang, Lee Chin Ceh mengundurkan diri untuk memberikan laluan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diuar-uarkan mengambil alih kedudukan Menteri Besar daripada Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Memang langkah Kajang ini ialah untuk meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, Strategi Langkah Kajang tetap menjadi agenda PR.

WAN AZIZAH MERAJUK DENGAN KJ



Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail ‘tersinggung’ dengan kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddinn yang menggelarnya sebagai boneka kerana terpaksa menjadi calon bidan terjun di pilihan raya kecil Kajang.

Wan Azizah semalam dilaporkan berkata, Khairy sepatutnya menghormati orang yang lebih tua yang kononnya telah tertindas.

“Tolong hormat orang tua. Anda (Khairy) dah diberikan ganjaran yang baik, dapat belajar di luar negeri, tolonglah ada sedikit hormat terhadap orang yang tertindas. Tak pernahkah kamu rasa derita” katanya di dalam ceramah di Taman Koperas Cuepacs, Kajang semalam.

Namun persoalannya ialah, sekiranya faktor umur perlu dijadikan sebagai hujah mengapa Wan Azizah tidak pernah mempertikaikan tindakan ‘anak-anak’ buahnya sebelum ini. Sedangkan sebelum ini majoriti ‘pimpinan jadian’ kelahiran PKR yang rata-rata masih muda sering mengeluarkan kenyataan biadab dan kurang ajar.

Wednesday, March 12, 2014

PAS BOIKOT PRK KAJANG:PERMULAAN PENYATUAN DENGAN UMNO???


Hubungan PAS dan PKR sememangnya keroh. Walaupun para pemimpin PKR dan PAS terutama sekali yang kiblatnya adalah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, cuba menafikan kekerohan hubungan tersebut, namun yang sesiapa pun akan nampak kehambaran hubungan pemimpin kedua-dua parti tersebut. Lebih-lebih lagi setelah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang diperintahkan membayar saman RM2 juta kepada Ketua AMK Dungun, Shamsul Mohd Amin oleh mahkamah kerana FITNAH PIL KUDA.

Semasa proses penamaan calon di Kompleks Sukan MPKj, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi tadi, memang ada kelibat Abdul Hadi Awang. Bagaimanapun, kehadiran Abdul Hadi Awang tidak ubah sebagai pelengkap semata-mata untuk menunjukkan solidariti para pemimpin Pakatan Rakyat. Sedangkan pada peringkat akar umbi, para penyokong PAS tidak kelihatan berarak bersama-sama Wan Azizah sekaligus menjadikan proses penamaan calon bagi pihak PKR, begitu hambar dan kurang mendapat perhatian.

PAS walaupun tidak secara rasmi, tetapi kenyataan-kenyataan daripada beberapa orang pemimpin termasuklah oleh Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat, mencemuh PRK DUN Kajang yang sengaja diadakan oleh Anwar Ibrahim bagi membantunya mengatasi beberapa masalah dan melindungi beberapa tindakan ‘terlarang’. Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat turut mengeji PRK tersebut dan menyifatkannya sebagai menyusahkan rakyat di sebalik laungan kononnya Pakatan Rakyat adalah pembela rakyat.

Tuesday, March 11, 2014

MAJLIS PEGUAM SAHKAN SUAMI CALON PRK KAJANG PELIWAT


Puak pembangkang nampaknya cukup tidak puas hati apabila berita kehilangan pesawat MH370 mengalihkan perhatian dari Ketua Pembangkang yang telah didapati bersalah Jumaat lepas. Rata-rata komen mereka di media sosial tidak segan silu memperlekeh tragedi kehilangan ini sambil mengutuk kerajaan.

Berbagai-bagai teori dikemukakan bagi mengaitkan tragedi tersebut dengan kes Anwar Ibrahim. Mereka juga merungut kononnya kerajaan lambat bertindak, lambat mengumumkan perkembangan terkini, sengaja menyembunyikan fakta dan berbagai-bagai lagi. Mereka mempersoal langkah mencari dan menyelamat dan aset yang digunakan. Malah mereka mencemuh keprihatinan para pemimpin kerajaan, terutama Datin Seri Rosmah sebagai lakonan.

Kesimpulannya, mereka hanya ingin mengutuk kerajaan, dan langsung tidak prihatin terhadap mangsa MH370 . Mungkin dengan memaki hamun kerajaan setiap hari memberikan mereka satu kepuasan jiwa yang tidak terhingga. Oleh itu, segala kemarahan atas keputusan mahkamah yang mendapati Anwar bersalah dihamburkan sepenuhnya dalam memperkatakan tragedi MH370.

Anwar sendiri, di dalam blognya langsung tidak prihatin dengan apa yang terjadi terhadap MH370. Anwar terlalu sibuk cuba membela diri dan mencari publisiti. Anwar benar-benar kecewa apabila demonstrasi yang dirancang semalam tidak menjadi mungkin kerana rakyat terlalu sibuk risaukan MH370. Penafian Anwar yang beliau tidak pernah meliwat telah ditenggelamkan berita tragedy tersebut.

Monday, March 10, 2014

BN GUNA ORANG GAJI SEBAGAI CALON PRK KAJANG???


Datin Paduka Chew Mei Fun mengecam tindakan Anggota Parlimen Taiping Nga Khor Ming yang menghina dirinya sebagai 'pembantu rumah' menerusi laman sosial Twitter.

Calon Barisan Nasional bagi pilihanraya kecil DUN Kajang itu menyifatkan tindakan Nga mengutuknya hanya kerana kad ucapan sempena Hari Wanita Sedunia sebagai satu diskriminasi dan pemimpin DAP itu harus meminta maaf kepada semua wanita di negara ini.

"Saya hanya mengedarkan kad ucapan khas kepada pengundi wanita sekitar DUN Kajang semalam bagi memberi penghormatan kepada mereka sempena Hari Wanita Sedunia dengan menggunakan gambar sebuah seterika antik.

"Penggunaan gambar seterika dalam kad ucapan itu adalah melambangkan kuasa wanita untuk meringankan kesakitan dan perjuangan dalam keluarga seperti menghilangkan kedutan pada kain, bukannya sebagai pembantu rumah seperti yang didakwa beliau (Nga)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden MCA yang diadakan di Kajang.

Sunday, March 02, 2014

LIM KIT SIANG SABOTAJ ANWAR IBRAHIM DALAM PKR KAJANG


Kenyataan  penasihat DAP, Lim Kit Siang  yang  musuh sebenar calon PKR di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah daripada kalangan dalam PKR dan Pakatan Rakyat (PR) yang bercakaran sesama sendiri  seolah-olah mahu “check mate” bangsa Melayu 100%. 

Dengan ertikata lain  bahawa di dalam pakatan pembangkang tidak ada sesiapa yang lebih layak  untuk meneraju mereka melainkan DAP.

Tambahan pula  Menteri Besar Selangor,  Khalid Ibrahim juga bersetuju dengan kenyataan  Lim Kit Siang  tersebut memandangkan beliau telah dan sedang menerima tekanan hebat dari dalam PKR untuk  memuaskan “nafsu politik”  pemimpin PKR yang rakus mengejar kuasa dan pangkat. 

“Pemberontakan terbuka” yang  berlaku di dalam PKR menyebabkan rakyat yang tidak bersalah terpaksa menanggung beban  yang sia-sia dengan menanggung kos PRK Kajang dengan menggunakan duit rakyat yang sepatutnya boleh digunakan untuk tujuan yang lebih berfaedah.

Friday, February 28, 2014

PANAS:GAMBAR TERBARU ANWAR IBRAHIM DIJEPUN SUDAH TERSEBAR


Oleh Zul Rawi

Jurugambar sebuah portal berita mengecam tindakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang dilihat cuba menipu masyarakat dengan publisiti murahan apabila menggunakan gambar ‘recycle’ bagi menunjukkan kononnya dia mendapat sambutan yang luar biasa ketika lawatannya di Jepun baru-baru ini.

Anwar Kantoi 5Menurut Shaik Mohamad Amin, 28 gambar tersebut sebenarnya berlaku ketika pembacaan keputusan kes liwat yang membabitkan Ketua Pembangkang itu pada 9 Januari 2012. Sebagai salah seorang jurugambar yang bertugas dia turut berada di tempat kejadian pada ketika itu.

“Tindakan, Anwar yang sengaja menyebarkan ‘gambar recycle’ itu untuk menunjukkan seolah-olah dia mendapat sambutan hangat dan luar biasa ketika berada di Jepun, adalah satu cubaan untuk memperbodoh-bodohkan masyarakat.

kantoi 4

“Sebagai seorang pemimpin yang kononnya ‘anugerah tuhan’, dia tidak sepatutnya menggunakan pendekatan murahan seperti itu,” ujarnya.

Monday, February 17, 2014

AHMAD MASLAN CALON BN DI PRK KAJANG???


Pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) diharap dapat membuat keputusan segera sama ada akan bertanding atau tidak dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini.

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan berkata, keputusan perlu dibuat untuk memudahkan perancangan gerak kerja jentera parti memandangkan setakat ini ahli akar umbi masih tertanya-tanya.

"Sekarang ini, ada kenyataan minta BN bertanding dan ada pula cakap jangan. Jadi, kedudukan jentera parti ada yang bersemangat tetapi ada juga yang masih separuh hati.

"Sebab itulah, saya berharap pucuk pimpinan BN akan buat keputusan segera sama ada bertanding atau tidak dan soal siapa akan jadi calon itu nanti boleh diputuskan," katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Batu 10 dan mengunjungi rumah beberapa penduduk di sini hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa