Persoalan sama ada Pas akan terus bersama pakatan pembangkang atau sebaliknya yang dibayangkan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bakal terjawab selepas Muktamar Tahunan yang bakal berlangsung pada 4 hingga 6 Jun ini.
Abdul Hadi berkata, beliau ketika ini mengambil pendekatan tunggu dan lihat dalam konflik hubungan antara DAP dengan parti itu.
Katanya, fokus utama beliau kini adalah terhadap pemilihan parti kerana apa juga keputusan akan ditentukan selepas tamat muktamar nanti.
