Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label MUJAHID RAWA. Show all posts
Showing posts with label MUJAHID RAWA. Show all posts

Friday, January 03, 2014

PEMIMPIN PAS TERUS JADI PEMBELA AGAMA KRISTIAN


Sebelum ini, Khalid Samad begitu dikenali sebagai pemimpin PAS yang mempertahankan Gereja Methodist Damansara berhubung isu cubaan memurtadkan umat Islam di Selangor. Ketika itu Khalid Samad “berperang sabil” dengan bekas Exco Agama merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali. Khalid Samad menang…

Pada awal tahun baru 2014 ini, muncul lagi seorang “hero gereja Kristian” yang baru, Mujahid Rawa, namanya. Dia berjawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Parit Buntar…

Semalam, sekumpulan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertindak merampas 321 naskhah Bible berbahasa Melayu di premis Persatuan Bible Malaysia dan dua pegawai persatuan itu ditahan untuk diambil keterangan. Rampasan itu berlaku di Damansara, Selangor.

Tiba-tiba, Mujahid hadir memberi kenyataan membela persatuan yang disyaki mengimport masuk Bible dari Indonesia yang menggunakan kalimah “Allah” di dalamnya. Mujahid betul-betul tak puas hati. Dia pertikai dan persoal tindakan JAIS terhadap persatuan Kristian itu. “Sebijik” macam Khalid Samad..!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa