Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label TIMBALAN PERDANA MENTERI. Show all posts
Showing posts with label TIMBALAN PERDANA MENTERI. Show all posts

Thursday, July 09, 2015

BAGAIMANA HUBUNGAN NAJIB DAN TIMBALANNYA SEKARANG???


Dua tiga hari ini beberapa acara yang dihadiri Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri menyaksikan lebih ramai wartawan yang membuat liputan dari biasa. Semua menunggu kalau-kalau ada apa-apa 'breaking news' . Apa lagi kalau bukan pasal isu 1MDB dan sewaktu dengannya.

Pada Rabu, semalam saja, Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu muka dalam tiga acara, sebelah pagi mesyuarat Kabinet, awal petang menyerahkan 81 fellow perdana kepada menteri-menteri Kabinet di Putrajaya (pelajar terpilih bekerja sementara di pejabat menteri) dan lewat petang di program berbuka puasa bersama warga pendidik di Bangi.

Kedua-duanya nampak mesra, relaks dan tidak kekok. Dalam kata mudahnya berlawanan dengan apa yang cuba dipotretkan oleh portal berita dan geng media sosial 'belah sana' yang saban hari cuba melaga-lagakan pemimpin nombor satu dan dua kerajaan dan UMNO itu.

Kemelut melibatkan syarikat pelaburan strategik negara 1MDB cuba dijadikan alasan untuk meretakan hubungan antara Najib dan Muhyiddin.

Saturday, October 26, 2013

SEDIH: MUHYIDDIN YASSIN TAK LAYAK JADI IMAM FARDU ZOHOR!!!???


Kewajipan umat Islam adalah mendirikan solat. Kewajipan seorang lelaki dalam hal bersolat adalah berjamaah, sama ada di rumah tetapi lebih afdal di masjid atau surau. Imam pula sama ada dilantik oleh kariah atau kerajaan, bergantung kepada jenis masjid atau surau. Dan kalau secara persendirian, imam biasanya dipilih dari kalangan mereka yang dihormati, mempunyai bacaan yang baik, arif dengan hukum qauli, fi'li dan qalbi serta yang lebih berusia.

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam rangka kempen untuk calon UMNO-BN di Sungai Limau telah berhenti untuk bersolat Zohor di Masjid Kampung Sungai Dedap. Lebih kurang 250 orang jemaah jadi makmum Muhyiddin Yassin.

PAS seringkali menafikan yang mereka menyuburkan budaya solat dua imam, bermufarakah ketika solat kerana fahaman dan akidah politik yang bertentangan, serta menganggap orang bukan PAS kufur dan tidak sah bersolat di belakang imam UMNO.

Namun di Masjid Kampung Sungai Dedap, perkara yang dinafikan, terbukti BENAR!

TERUS BACA >>>DI SINI<<<

Friday, August 02, 2013

SYABAS TPM:INILAH PEMIMPIN MELAYU YANG KAMI MAHU!!!


INILAH YANG KAMI MAHU...
TUNTAS DAN TEGAS...
KATA ITU KOTA...
BUKAN NAK LAYAN DIA AJA...
SAMPAI DIA RAYA KITA KENA MAIN GENDANG...
BUKAN SEKEJAP CAKAP INI BELAKANG CAKAP ITU...
BUKAN DAH CIUM LEPAS TU NAK MINTAK MAAF...
KALAU LAYAN KAN SANGAT PEMAKAN BABI TU...
SATU BENDA PUN TAK JADI NANTI...
KITA LAYAN DIA PUN...
APA YANG DIA BUAT KAT KITA...
INI MACALAH PEMIMPIN MELAYU YANG KAMI MAHU!!!
SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA TAN SRI..
KALAU RAMAI LAGI PAK MENTERI MACAM TAN SRI KAN ELOK!!!
HARAP-HARAP BENDA NI BERTERUSAN LAH YER...
JANGAN ESOK NAK KAJI LAGI...!!!

JPX

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) akan tetap dilancar 6 September ini walaupun mendapat tentangan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

Beliau yang juga Menteri Pendidikan menegaskan, kerajaan tidak akan tunduk atau berasa takut dengan desakan Dong Zong kononnya PPPM akan menghapuskan bahasa Mandarin dan sekolah-sekolah vernakular.

Thursday, July 18, 2013

JANGAN CABAR ORANG MELAYU:MUHYIDDIN

PAGOH - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak mencabar dan mempersendakan kesucian Islam sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Muhyiddin berkata perbuatan mempersendakan Islam seperti yang dilakukan pasangan Alvin Tan dan Vivin Lee baru-baru ini, semakin timbul kebelakangan ini yang dikhuatiri mencetuskan kemarahan umat Islam sekali gus menjejaskan hubungan kaum di negara ini.

"Kedudukan Islam tidak boleh dipersoal kerana ia sudah termaktub dalam Perlembagaan negara. Saya bimbang kalau hal ini (persenda) berlaku sepanjang masa dan menjadi trend sehingga orang Islam tidak boleh bersabar lagi," katanya.

Thursday, April 05, 2012

WAJIB BACA: TPM DEDAH PEMBOHONGAN DONG ZONG!!!





KEPADA CINA DONG ZONG...
MEH SINI BACA BETUL-BETUL...

KEPADA YANG RASA DONG ZONG TU BETUL...
MEH SINI BACA BETUL-BETUL...

KEPADA YANG NAK TAHU APA KERAJAAN DAH BUAT UNTUK SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA...
MEH SINI BACA BETUL-BETUL...

KEPADA YANG DAH TAHU TAPI NAK TAMBAH PENGETAHUAN...
PUN BOLEH BACA...

JPX

KENYATAAN AKHBAR TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA BERKAIATN ISU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA

Jawatankuasa khas yang telah ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran untuk menangani isu kekurangan guru di SJKC sebagaimana yang diputuskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri adalah bukti Kerajaan benar-benar komited dan serius dalam menyelesaikan isu tersebut dengan segera dan efektif.

Sebagai sebuah Kerajaan yang prihatin, langkah-langkah sistematik, dasar yang seragam dan berterusan telah dan sedang pun diambil untuk menangani isu kekurangan guru di SJKC.

Oleh itu saya berharap masyarakat Cina menyambut baik langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang yang telah diumumkan oleh jawatankuasa tersebut pada 20 Mac lalu kerana sekolah rendah jenis kebangsaan tidak pernah diasingkan daripada sistem pendidikan negara kita.

Langkah yang diambil ini juga bukan kerana tekanan yang dibuat oleh mana-mana pihak dan kesimpulan bahawa Kerajaan telah mengambil langkah tersebut hanya setelah tekanan dibuat oleh pihak-pihak tertentu adalah tidak benar.

Isu ini perlu diperjelaskan agar gambaran sebenar dapat diberikan untuk menangkis dakwaan dan tuduhan yang tidak berasas terhadap Kerajaan dan KPM.

Dalam usaha memastikan proses pembelajaran dan pengajaran SJKC di seluruh Negara berjalan lancar setiap tahun KPM telah berusaha bersungguh-sungguh mengisi kekosongan guru-guru di SJKC.

Pada tahun 2009 terdapat kekurangan guru seramai 4,991, pada tahun berikutnya jumlah ini telah dikurangkan kepada 3,043, pada tahun 2011 jumlahnya menurun kepada 2,720 dan akirnya pada tahun ini kekurangan guru di SJKC adalah hanya seramai 1,874. Daripada jumlah ini, KPM telah melantik sejumlah 1,482 guru interim untuk mengisi kekosongan tersebut. Baki kekurangan di SJKC hanyalah tinggal 392 orang  yang mana Guru Besar SJKC diberi kebenaran mencadangkan calon guru interim untuk dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri.

KPM telah memperuntukkan sejumlah 38,047 jawatan guru bagi SJKC. Sehingga 31 Januari 2012 seramai 36,173 guru terlatih telah ditempatkan  di semua sekolah SJKC.

Sebanyak RM1.8 bilion dibelanjakan setiap tahun untuk membayar gaji guru-guru dan operasi-operasi mengurus di SJKC di seluruh negara.

Pada masa ini terdapat 1,294 buah SJKC di seluruh negara. Dari 1,294 sekolah, sebanyak 455 adalah sekolah kurang murid (kurang 150 murid).

Saya menyeru kepada semua pihak supaya berhenti mempolitikkan isu-isu pendidikan Cina dan sebaliknya menumpukan perhatian kepada usaha meningkatkan kualiti dan kemajuan pendidikan di semua sekolah, sama ada sekolah kebangsaan atau jenis kebangsaan dengan tujuan menambah daya saing kita bagi menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang.

Jawatankuasa khas yang diketuai YB Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong telah mengadakan perbincangan dengan persatuan-persatuan pendidik Cina dan pemegang amanah lain untuk menangani masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah Cina. Ini telah menghasilkan pelan lapan perkara yang telah dipersetujui oleh kerajaan.
Jawatankuasa ini telah empat kali bermesyuarat dengan pihak yang berkepentingan dan telah menerima segala input yang diberikan oleh semua pihak.

Mesyuarat tersebut telah diadakan pada:
5 Mac 2012 bersama-sama Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Bahagian Pendidikan Guru(BPG), Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan(SPP), Institut Pendidikan Guru Malaysia(IPGM), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian(BPSH), Persatuan Guru Besar SJKC

8 Mac 2012, BPPDP, BPG, SPP, IPGM, BPSH, Persatuan Guru Besar SJKC , Dong zhong, Jiao Zhong, HuaZhong, dan National Union of the Teaching Profession (NUTP)
16 Mac 2012, BPPDP, BPG, SPP, IPGM, BPSH, Persatuan Guru Besar SJKC, JiaoZhong, HuaZhong, dan NUTP ( DongZhong- tidak hadir)

23 Mac 2012, BPPDP, BPG, SPP, IPGM, BPSH, Persatuan Guru Besar SJKC,  JiaoZhong, HuaZhong, dan NUTP ( DongZhong- tidak hadir)

2 April 2012, BPPDP, BPG, SPP, IPGM, BPSH, Persatuan Guru Besar SJKC , JiaoZhong, HuaZhong, NUTP  dan DongZhong

Untuk memastikan keputusan Jawatankuasa itu dilaksanakan sepertimana yang dipersetujui, satu mesyuarat penyelarasan tindakan Susulan Jawatankuasa Khas Menangani Guru SJKC telah diadakan pada 27 Mac 2012 bersama-sama BPPDP, BPG, IPM, NUTP, dan BPSH (sebagai urusetia).

Untuk permasalahan kekosongan jawatan guru di SJKC
Bagi mengatasi masalah kekurangan guru, sebanyak 1,482 guru interim telah pun diagihkan kepada semua negeri, manakala baki 392 guru interim dibenarkan dilantik pada 1 April 2012 lalu.

Guru-guru interim ini akan berkhidmat sehingga pengisian oleh guru terlatih dapat dilaksanakan sepenuhnya dan tertakluk kepada kekosongan sebenar berdasarkan Anggaran Belanja Mengurus  Perjawatan diluluskan.

Pada 27 Mac 2012, KPM telah mengeluarkan surat perlanjutan perkhidmatan guru-guru interim di SJKC. Bagi melaksanakan agenda tersebut, pihak guru besar SJKC boleh mencalonkan guru-guru yang memenuhi syarat dan pelantikan akan dilakukan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

Untuk permasalahan guru pemulihan yang tidak mempunyai kelayakan dwibahasa
Tentang permasalahan guru pemulihan yang tidak mempunyai kelayakan  dwibahasa, Lembaga Pengelola SJKC berpendapat tindakan memindahkan 100 guru tersebut adalah wajar kerana guru-guru tersebut tidak boleh bertutur dan menulis menggunakan bahasa itu. Pada mereka persoalannya adalah bagaimanakah guru-guru ini dapat berinteraksi dengan murid-murid pemulihan yang sudah tersedia lemah.

KPM telah membuat penyemakan terperinci di atas dakwaan lebih kurang 100 orang guru pemulihan tiada kelayakan bahasa Cina dan mendapati ada dalam kalangan guru-guru ini mempunyai kredit dalam Bahasa Cina.

Seramai tujuh orang guru didapati mempunyai kelayakan Bahasa Cina iaitu 2 orang di Melaka (SJKC Chabau dan SJKC Pay Hsien, 2 orang di Sarawak (SJKC Chung Hua, Sibuti dan SJKC Chun Hua Serian),  seorang di Selangor (SJKC Hin Hua)  dan 2 orang di Johor (SJKC Sengkang, Kulaijaya dan SJKC Ban Foo)

Oleh itu, KPM menetapkan guru-guru yang mempunyai kelayakan bahasa Cina akan terus kekal di sekolah tersebut sementara guru-guru lain akan ditempatkan semula ke sekolah kebangsaan mulai 16 April 2012 sebagaimana yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kekurangan Guru SJKC pada 2 April 2012.

Untuk permasalahan guru-guru opsyen kajian sosial yang tidak berkelayakan BC
Seramai 17 orang  guru Kajian Sosial dengan minor Bahasa Melayu telah ditempatkan di daerah Klang, Selangor.
Semakan dibuat oleh KPM mendapati seorang daripada mereka mempunyai kelayakan Bahasa Cina dan akan dikekalkan di sekolah sedia ada (SJK(C) Chung Hua).
Sementara itu, 16 orang guru ini akan dipindahkan ke sekolah Kebangsaan. Seorang guru Kajian Sosial yang ditempatkan di Melaka telah diganti dengan seorang guru pengajian Cina (SJKC Chabau) manakala seorang lagi guru di SJK(C) Chung Hwa, Subis. Semua guru ini akan dipindahkan berkuatkuasa pada 16 April 2012.

Untuk permasalahan kelayakan dwibahasa guru opsyen Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Pengajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris  di Tahap 1 di SJKC  Gred A dan B akan diajar oleh guru yang berkelayakan mengajar Bahasa Cina sekurang-kurangnya di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia .

Bagi Sekolah Kurang Murid pula , bagi tahap 1 dan 2 bagi pengajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris akan diajar oleh guru-guru yang berkelayakan Bahasa Cina sekurang-kurangnya peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

Inisiatif Jangka panjang bagi menangani kekurangan guru SJKC
BPG dan IPGM sedang merangka  Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) untuk guru-guru bukan opsyen BM/BI dan  mengajar mata pelajaran selain Bahasa Cina lebih dari 5 tahun.

Kursus ini dijangka bermula selewat-lewatnya akhir tahun ini, supaya tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Kerajaan telah mengemukakan perancangan mengikut keperluan di SJKC dan mekanisme untuk melatih bukan sahaja guru-guru yang terlatih di dalam Bahasa Cina tetapi juga penambahan pensyarah-pensyarah  Pengajian Cina.
Buat masa ini terdapat 72 pensyarah Pengajian Cina di IPG seluruh Malaysia . KPM telah bersetuju untuk mengambil 30 lagi pensyarah Pengajian Cina bagi mempertingkatkan kapasiti latihan guru.

Permohonan  untuk menjadi pensyarah di IPG, termasuk jawatan pensyarah  Pengajian Cina telah dilaksanakan mulai 13 Mac hingga         30 Mac 2012.  Pada ketika ini pihak urusetia di IPGM KPM sedang memproses permohonan dan pengambilan akan dibuat pada 1 Jun 2012. Pengambilan pensyarah  dilaksanakan secara berterusan.

Iklan untuk pengambilan pensyarah ini telah pun ditutup pada 30 Mac  yang lalu.

Sebagai langkah penambahan guru terlatih di SJKC, KPM juga telah menyemak dengan SPP dan mendapati dalam kalangan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari  Institusi Pengajian Tinggi Awam yang telah ditemuduga, terdapat seramai 105 orang yang mempunyai kelayakan BC di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Oleh itu, KPM telah bersetuju akan melantik mereka untuk berkhidmat di SJKC dalam tempoh yang terdekat.

Langkah-langkah yang diambil ini jelas menunjukkan keikhlasan kerajaan dalam menyelesaikan isu yang dianggap berlarutan oleh masyarakat Cina.

Walaubagaimanapun, saya telah mengarahkan supaya Jawatankuasa ini terus mengadakan sesi perbincangan dan maklumbalas serta mengumpul input dengan kesemua pihak yang berkepentingan dan melihat semua pandangan yang diutarakan dengan mengambil kira semua aspek dan mencari jalan penyelesaian jika ada isu-isu lain yang diketengahkan.

SUMBER: GAP

Thursday, September 15, 2011

GEMPAR:MUHYIDDIN YASSIN DISERANG MUSUH DALAM SELIMUT




LAGI CERITA PASAL SI TUA INI
 >>>DI SINI<<<

ZAHARIN MOHD YASIN TURUT SERTA DALAM MEMBANTU KEMPEN CALON PAS DI PARLIMEN BONGEK DALAM SIRI KEMPEN PILIHANRAYA UMUM 2008
>>>LAGI GAMBAR DI SINI<<<

DAH KENAPA DENGAN ORANG TUA...
KALAU DAH TAK SUKA TINGGALKAN AJA...
INI KAN KERJA SUKARELA...
ENGKAU LAGI LAMA MESTI DAH FAHAM SEMUANYA...

KALAU KAU TAK SUKA DIA...
PERGI JUMPA BERSEMUKA DUDUK SEMEJA...
ENGKAU MEYALAK TAK TENTU HALA...
DAH MACAM SI TUA NYANYUK GAMAKNYA...

ENGKAU LAMA MEMANG LER LAMA...
SEMUA YANG HEBAT SAHABAT ENGKAU SEMUANYA..
KAU PUNYA NAMA TAK KURANG HEBATNYA...
BANYAK YANG BURUK DARI BAIKNYA...

CERITA ANAK BERANAK JANGAN DI JAJA...
CERITA ENGKAU PUN BANYAK YANG TAK KENA...
NAK HEMTAN CERMINLAH MUKA...
DAH NAMPAK MUKA TENUNGLAH LAMA-LAMA..

ENGKAU HEBAT TAKAT MANA??
JANGAN INGAT NAK TONGKAT DUNIA...
LETAK JAWATAN PUN KO HEBOH SEDUNIA...
PINGGAN TAK RETAK NASIK TAK DINGIN LER....

UMNO INI ADA ADABNYA...
BUKAN MELALAK TAK TENTU HALA...
INI MASA BUAT KERJA...
BUKAN MASA NAK BERSENGKETA SESAMA KITA...
PILIHANRAYA SEMAKIN TIBA...
KENA KITA SIAP SEDIA...
YANG TUA HIDUP PUN DAH TAK LAMA...
JANGAN KACAU ORANG BUAT KERJA....
KALAU BAGI NASIHAT TAK APA...
MANA YANG BAIK KITA TERIMA...
INI TIDAK....
ENGKAU YANG BETUL AJA...

ZAHARIN KALAU PUN ENGKAU TAK SUKA...
JANGAN KASI UMNO PORAK PERANDA...
ZAHARIN IBARAT SETITIK NILA...
NILA EXPIRED DIBUANG AJA...

JPX MENAIP BUKAN BODEK SEMATA...
TAPI KENANG NASIB ORANG MUDA...
KITA NI MUDA NAK BUAT KERJA...
TAPI YANG MACAM ZAHARIN NI BUAT DURJANA...
HABIS SEMUA BENCI UMNO SEMUANYA!!!

JPX

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa