Betapa hinanya Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak apabila Tiga Sayap UMNO Kedah membuat desakan supaya Perhubungan UMNO Negeri Kedah tidak membuat sebarang kenyataan menyokong kepimpinan beliau pada minggu hadapan seperti yang diumumkan sebelum ini.
Ketia-tiga ketua sayap ini, Ketua Pemuda UMNO Kedah Dato Shaiful Hazizy, Ketua Wanita, Datuk Maznah Hamid dan Datin Noorhashimah, Ketua Puteri UMNO Kedah baru beberapa hari lalu bersama Pergerakan Pemuda UMNO, Wanita dan Puteri membawa usul menyokong kepimpinan Perdana Menteri.
Hari ini, selepas berjumpa dengan Mneteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mereka mendesak supaya UMNO Kedah tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong kepimpinan Mohd Najib.
Sebelum ini ADUN Bukit Lada (Kedah) Datuk Ahmad Lebai Sudin mendesak Mukhriz melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah jika beliau tidak lagi menyokong kepimpinan Mohd Najib.
Desakan ini berikutan keengganan Mukhriz mengeluarkan kenyataan segera menyokong Najib setelah Tun Mahathir mengisytiharkan beliau menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri.
Kita faham penghormatan dan kasih sayang semua pihak kepada Tun Mahathir. Menyokong Mohd Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO bukan bermakna kita menghina Tun M. Ia sekadar berbeza pendapat dalam menyokong siapa dalam parti.
Mereka juga boleh berbeza pendapat dengan Presiden parti dalam isu, namun mendesak Pengerusi Perhubungan Negeri tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong Presiden merupakan isyarat jelas bahawa mereka menolak kepimpinan Najib.
Ketiga-tiga mereka merupakan jawatan lantikan Ketua-ketua sayap. Terserah kepada Khairy Jamaluddin, Shahrizat Abdul Jalil dan Mas Eirmayatie.
Memang benar Mukhriz berada dalam serba salah dan memerlukan masa untuk menyelesaikan kekusutan krisis antara bapanya, Tun Mahathir dan Perdana Menteri Najib Razak. Namun untuk ketiga-tiga sayap muncul membuat desakan ini sama ada diarahkan oleh Mukhriz atau tidak merupakan satu keputusan untuk menentang kepimpinan Pusat.
Inilah balasan UMNO Kedah kepada Najib Razak setelah pelbagai permintaan semasa pilihan raya dan selepas pilihan raya dipenuhi oleh Najib.
Apa yang UMNO Kedah minta tidak diberi oleh Mohd Najib?
Malah permintaan untuk membina lapangan terbang ketiga telah dipersetujui oleh Mohd Najib walaupun banyak pihak mempertikaikan keperluannya.
Mohd Najib bukan sahaja memenuhi banyak permintaan Kedah, malah ia juga memenuhi permintaan Tun Mahathir agar mengumumkan Mukhriz sebagai calon Menteri Besar yang baharu sebelum pilihan raya lagi.
Memang ada faktor tarikan dalam pengumuman Mukhriz sebagai bakal Menteri Besar.
Namun faktor Mukhriz semata tanpa sokongan dan dokongan UMNO kedah yang digerakkan oleh Datuk Ahmad Bashah dan bantuan kewangan yang besar dari Pusat, mustahil hari ini beliau menjadi Menteri Besar Kedah.
Selepas dua tahun setengah menjadi Menteri Besar, rakyat belum merasai apa-apa yang jelas kecuali kelibat Menteri Besar Kedah memakai jubah turun ke surau-surau dan kampung-kampung. Mukhriz memang mudah didampingi, tapi soal pentadbiran isu yang lain boleh dibahaskan.
Anehnya Menteri Besar dan pimpinan UMNO Kedah lebih berminat untuk menghakimi pencapaian kepimpinan pusat tanpa melihat pentadbiran sendiri.
Jangan nanti orang kata kita “berkokok sekampung tapi ekor penuh tahi.”
26 comments:
tajuk tu macam ayat laga !
Sila pergi ke Kedah untuk ;
1.pembangunan yg telah dilakukam oleh mukhriz
2.tanya rakyat kedah adakah mereka berpuashati mukhriz?
Janganlah sekadar duduk atas kerusi sahaja sambil menabur fitnah....apasal? Boss tak beri lagi allowance kah? Kasi UP lagi lah....
Ini bukannya penghinaan, tetapi mencari kebenaran. Bukanlah kesemua sayap UMNO di Kedah tidak memberikan sokongan kepada Najib, tetapi perkara ini tidak perlu dibabitkan dengan Mukhriz Mahathir pun, kerana isunya sekarang ini bukanlah melibatkan Mukhriz Mahathir, tetapi isu yang perlu dijawab oleh Najib sendiri.
Saya tak mahu menuduh motif blogger Jiwa Paradox ini, tetapi dari apa yang dilihat dan diamati, blogger Jiwa Paradox ini adalah salah seorang pengampu membawa rebah kepada UMNO dan Barisan Nasional nampaknya.
Tak pasal-pasal pula Mukhriz Mahathir dipaksa letak jawatan, lepas tu dituduh menghina Najib, sedangkan tak ada sebab untuk Mukhriz Mahathir meletak jawatan pun, malahan ada komen yang menunjukkan penghinaan kepada Najibkah yang dibuat oelh Mukhriz Mahathir?
Apakah kerana tidak menyatakan pendirian mengenai sokongan kepada Najib maka Mukhriz Mahathir yang tak ada masalah apa-apa itu perlu meletakkan jawatan?
Mukhriz Mahathir kalau dia tak menyokong Najib, maka dia akan sekat Najib datang ke Kedah rasmikan konvensyen UMNO Kedah di Alor Setar baru-baru ini.
Mukhriz Mahathir sendiri tak tahu apa yang yang ditanyakan terhadap Najib itu apakah benar atau salah, malahan Najib sendiri tak berikan penjelasan yang wajar, apakah perlu sokong perkara yang tak pasti?
Apakah perlu menyatakan sokongan seperti Pemuda, Wanita dan 154 Ketua Bahagian serta pimpinan parti komponen dan ahli parlimen yang juga tak tahu apa-apa hanya beri sokongan, sokongan untuk apa pun mereka tak tahu, hanya mereka tahu perlu beri sokongan, apa benda ini semua?
Sedarlah bahawa gerakan di akar umbi masyarakat sangat memerlukan penjelasan dari Najib sendiri. Tetapi penjelasan dari blogger yang kononnya RM 42 bilion itu digunakan untuk beli janakuasa di bangladesh, mesir, lepas tu buat projek itu dan ini, apakah ini benar? Penjelasan patutnya dari Najib sendiri.
Walaupun para blogger itu memperincikan penggunaan RM 42 bilion untuk beli itu dan ini yang mereka nyatakan itu, tetapi kemusykilan masyarakat adalah apakah 1MDB ini mendapat keuntungan atau kerugian yang menggunung dari pelaburannya sekarang ini?
Kita mahu tahu apakah 1MDB mampu untuk jalankan projek-projek yang dinyatakan itu sedangkan sekarang ini kantung 1MDB sendiri dipercayai sudah kering kontang, malahan USD 1.103 bilion yang dikatakan ditebus di Cayman Island itu pun tak tahulah masih ada lagi wangnya ataupun hanya tinggal angka sahaja.
Kita mahu jelas mengenai komisen 10% yang diberikan oleh 1MDB kepada Goldman Sachs hanya untuk menguruskan hutang, perlu diingat 10% itu bukannya bayaran faedah, tetapi kos pengurusan hutang, apakah gila kos pengurusan hutang sampai 10%?
Selain itu pendedahan mengenai Jho Low, malahan Jho Low baru-baru ini pun mendedahkan apa yang berlaku di 1MDB, rakyat mahukan penjelasan berhubung perkara ini.
Jangan hanya tahu menyokong sedangkan tak tahu apa yang disokong itu, itu sokong membawa rebah namanya.
Dulu aku penyokong tegar Tun sekeluarga......sekarang, tengokkan perangai masing2...semakin MENYAMPAH tengok keluarga yang perasan macam diorang ni lebih bagus dari semua orang lain.
Tengok perangai Tun, perangai Mukhriz, Mokhzani, Marina!!!! Semenjak bila Malaysia ni jadi milik keluarga depa?
Sudah sudah lah jangan di perbodohkan oleh evangelista DAP. Musoh UMMO sebenar ialah DAP yg di kuasai oleh evangelista keristian yang memulakan segala huru hara drp kalimah Allah sampai lah ke GST.
Barang di naikan harga oleh taukeh2 yang tamak dan haloba sepatutnya dgn GST (6%) harga lebih rendah drp masa pemakaiaan sistem SST (10%).
Tapi DAP evangelista ni gunakan orang Melayu tunjuk dan bangkang GST. Kini cuba melaga2kan pemimpin UMNO dgn Tun DrM.
Orang Melayu kurang ilmu sebab malas membaca dan suka dok buang masa tengok Astro dgn drama Melayu yg tak memberi pengajaran. Samalah drama Indon dan Korea yg tak berguna tu.
Lebih baik forgive and forget kalau boleh dan perkuatkan balik UMNO and move on. Pemimpin yg ada sekarang pun janganlah asik nak projek aje dan nak balun banyak2 untung melampau2.
Dapat cara tak berkat pun tak kan tahan lama dan kemana.
saya harap admin jangan jadi batu api, merosakkan lagi keadaan.
Firestone numero uno!
Tuan blogger, tak payah nak ampu sangat PM Najib. Masalah Kedah biarkan orang Kedah.
Kita di Melaka ni tengok dulu CM baru kita ni. Jauh beza dengan Tan Sri Ali Rustam.
Cakap-cakap pun dah banyak. Apa dah buat kat Melaka lepas menang, nak masuk 2 tahun ni.
Melaka Maju Fasa 2 perincian pun takda...habuk.
Berdiam tidak semestinya tidak menyokong... sebaiknya berdiam dan teruskan berkhidmat untuk negara berbanding menjawab yang akan mengundang perpecahan. Di luar sana team A dan B sedang menunggu untuk serangan seterusnya.
Kesimpulannya, penulis janganlah hendak spin – Ini hak masing2.. Kalau PM pun takleh jawap soalan apa lah mentri kabinet Najib......
Pendesak yg GILA KUASA. DSMM dh bagi tau..."Tunggu 24hb"...itu pun x reti bahasa ka?
Cukup2la nak guna senjata persepsi untuk lemahkan musuh seperti yg rba guna selama ini. Nnt makan diri dan bangsa sendiri.
Salam, saya amat setuju dengan artikel ini. DS Najib banyak membuang ego sebagai ketua negara dan Presiden UMNO apabila banyak mengikut nafsu telunjuk Tun Mahathir yang tak kenal erti terima kasih.
Mukhriz sebenarnya tiada tanjak pun untuk jadi MB Kedah, kering idea, tiada wibawa, sehingga banyak terlepas peluang. Isu KUIN benchmark penting kewibawaan MB tp malang dia gagal. Isu Pulau Langkawi yang bermasaalah termasuk pembatalan status Geopark UNESCO.
Sbrnya Dato Ahmad Bashah paling layak jadi MB, tapi kerana kroni Tun M masih bersepah dalam UMNO kedah, angan2 mat jenin mereka telah mengubah semua ini.Dato Ahmad Bashah DICANTAS oleh Tun demi kuasa untuk anaknya yang lembik n uncapable tu.
Tun takpernah insaf dan rasa bersalah, sebaliknya terus cari salah org lain seperti Najib, KJ dan PakLah.
Kedah diambang krisis akibat ketamakan Tun, dan Mukhriz jadi boneka bapanya akan rosak kerjaya dan masa depan politiknya yang dicengkam bapanya.
Tun takboleh mengenakan dan menjatuhkan Najib untuk memaksa laluan ekspress kpada Mukhriz yang lembik dan tiada kekuatan itu.
Saya juga menarik semua sokongan kpd Tun Mahathir dn anaknya krn mendapati Tun melakukan perpecahan yg serius pd UMNO, mengalihkn musuh sebenar DAP PR kpd mnjatuhkan Najib.
Tun takkn diberkati,,
Salam, saya amat setuju dengan artikel ini. DS Najib banyak membuang ego sebagai ketua negara dan Presiden UMNO apabila banyak mengikut nafsu telunjuk Tun Mahathir yang tak kenal erti terima kasih.
Mukhriz sebenarnya tiada tanjak pun untuk jadi MB Kedah, kering idea, tiada wibawa, sehingga banyak terlepas peluang. Isu KUIN benchmark penting kewibawaan MB tp malang dia gagal. Isu Pulau Langkawi yang bermasaalah termasuk pembatalan status Geopark UNESCO.
Sbrnya Dato Ahmad Bashah paling layak jadi MB, tapi kerana kroni Tun M masih bersepah dalam UMNO kedah, angan2 mat jenin mereka telah mengubah semua ini.Dato Ahmad Bashah DICANTAS oleh Tun demi kuasa untuk anaknya yang lembik n uncapable tu.
Tun takpernah insaf dan rasa bersalah, sebaliknya terus cari salah org lain seperti Najib, KJ dan PakLah.
Kedah diambang krisis akibat ketamakan Tun, dan Mukhriz jadi boneka bapanya akan rosak kerjaya dan masa depan politiknya yang dicengkam bapanya.
Tun takboleh mengenakan dan menjatuhkan Najib untuk memaksa laluan ekspress kpada Mukhriz yang lembik dan tiada kekuatan itu.
Saya juga menarik semua sokongan kpd Tun Mahathir dn anaknya krn mendapati Tun melakukan perpecahan yg serius pd UMNO, mengalihkn musuh sebenar DAP PR kpd mnjatuhkan Najib.
Tun takkn diberkati,,
mana komen saya jiwa paradox, takut nak tunjuk ke?
Batu api.....ckup2 la melaga2kann diorg nie...nk umm pndrian @x trpulang kt diorg laa..xyh la sbuk nk ngapi2 sgt...letih dh tgk mlayu brgaduh...
Ingat! Kalau Najib dan pemimpin UMNO berdegil masih nak pertahankan Najib yg failed as a leader, UMNO buka shj berdepan dengan pembangkang tapi rakyat biasa yg sebelum ini masih menyokong UMNO. Najib yg kita pisahkan dari kuasa bukannya UMNO yg kita pisahkan dari berkuasa.
betapa hinanya kau blogger yg pernah di gelar "bangang" oleh najib nak melagakan anak dan bapak
Apa masalahnya...sdgkan Tun M yang terlalu banyak jasanya pun diserang dan diperlekeh jemuan Najib...adakah admin salah seorang jemuan ....perkara pokok...Tun M menyuarakan kegelisahan masyarakat marhaein yg tidak mempunyai saluran untuk menyuarakannya...nak harapakan siapa..ketua bahagian dan ajknya...ketua cawangan dan ajknya...tunggu PRU..setelah semuanya jadi debu
makk oooiiii.....umno nijam dah jadi hakmilik najib ke ?
....dah tak boleh tegur lagi !
dah tak benarkan berbeza pendapat ??
habis seluruh keturunan nak dihalau keluar dari umno !!
benci dengan pembodek..
makk oooiiii.....umno nijam dah jadi hakmilik najib ke ?
....dah tak boleh tegur lagi !
dah tak benarkan berbeza pendapat ??
habis seluruh keturunan nak dihalau keluar dari umno !!
benci dengan pembodek..
kih..kih umno..umno
sapa yg dok dlm circle umno dpd ketua bahagian hingga ke cawangan akan tau how they play their game...bukan semua tapi kebanyakan macam tu...menggunakan UMNO utk cari makan...perjuangan orang lama tidak sama dgn perjuangan orang sekarang bagi langit dan bumi
Konpem2 ko dlm paylist ah jib kn?
SAPA SOKONG NAJIB MMANG LEMBOOO MASLAN...BUTA MATA HATI N MATA NYATA..BEBAL X SUDAH...
Woi yo! Tun dan keluarga nya di paria kan secukup nya oleh blogger penjilat tegar Ah jib gor ni. Kalu nak jilat pun pada pada la kawe oi! mu ingat rakyat ni buta kayu ke?
UMNO Selangor minta lagi banyak dan dapat lagi banyak. Tapi apa jadi? tak payahlah nak ungkit pasal Kedah.Patut berterima kasih UMNO dapat tawan Kedah.
Post a Comment