Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label GST. Show all posts
Showing posts with label GST. Show all posts

Thursday, April 02, 2015

APA KATA MAT RODI PASAL GST:BAHAGIAN 2


Mengikut teori, barangan yang sudah mengenakan cukai SST sebelum ini tidak seharusnya dinaikkan harganya. Ini kerana cukai SST 10%-16% akan digantikan dengan GST 6%.

Jika ada barangan yang boleh naik, ia adalah barangan dan servis yang sebelum ini tidak mengenakan cukai SST.

Itupun, kenaikan tersebut tidaklah sampai 6% kerana ada komponen kos barangan tersebut yang tidak semestinya naik.

Tetapi sebagaimana yang kita tahu, sebilangan besar peniaga Malaysia adalah peniaga yang begitu cekap dari segi mengira kos mereka.

Sebab itu apabila harga minyak naik 5 sen sekalipun, harga barangan mereka akan naik dalam masa satu malam.

Malangnya kecekapan ini tidak terjadi apabila harga minyak turun berpuluh sen.

Oleh yang demikian- kita tahu, di akhirnya peniagalah yang menentukan perlaksanaan GST. Baik buruk imej kerajaan bergantung bagaimana peniaga memahami dan melaksanakan cukai ini.

Malangnya- kerajaan terlalu bersangka baik dengan peniaga-peniaga di Malaysia. Walaupun kebanyakannya adalah peniaga yang jujur, ramai juga yang 'opportunis'/

Sebab itu kerajaan tidak sepatutnya memberikan gambaran ‘semuanya indah’ dengan pengenalan GST. Sebaliknya, mereka perlu memberi amaran kepada orang ramai bahawa terdapat kemungkinan harga barang akan naik.

Jika kerajaan sedikit licik, mereka boleh sahaja ‘play the victim card’ dengan mengalihkan amarah rakyat kepada peniaga yang mengambil kesempatan.

Dalam hal ini, tidak ada salahnya jika mereka belajar daripada Pakatan Rakyat yang melaksanakan polisi tidak popular dengan menyalahkan kerajaan persekutuan.

Hakikat bahawa kerajaan Selangor dan Penang yang cukup gemar menjual tanah negeri atas alasan dianaktirikan oleh kerajaan persekutuan membuktikan kelicikan mereka.

Ini sememangnya strategi yang ‘low-class’ tetapi kerajaan juga tidak mendapat nasihat yang bijak. Jadi apa salahnya menjadi ‘low-class’ jika tidak mampu menjadi ‘high-class’?

Berbalik kepada GST; kerajaan mempunyai masa selama 18 bulan untuk menyediakan rakyat kepada sebarang kenaikan harga.

Kempen yang sepatutnya diguna pakai adalah terdapat barang yang akan naik. Ini adalah barang yang tidak mengenakan cukai SST sebelum ini.

Bagi barangan yang sudah sedia tertakluk dengan SST, sepatutnya harga barang tersebut mestilah turun kerana kadar SST adalah 6-10% yang mana lebih tinggi berbanding dengan GST 6%.

Mengambil kira perangai orang Malaysia yang ‘mudah dan cepat lupa’, tidak ada salahnya jika GST diperkenalkan dengan ‘positioning’ bahawa ia akan menaikkan kos sara hidup.

Sepanjang 18 bulan itulah sepatutnya kerajaan mendedahkan penyelewengan sebilangan syarikat yang menipu memasukkan cukai SST ke dalam harga barangan tetapi tidak disiarkan di dalam resit.

Senarai syarikat-syarikat yang ‘under-declared’ jualan bagi mendapatkan kadar cukai yang rendah juga wajar disiarkan. Ini sekaligus menguatkan alasan mengapa cukai SST perlu dimansuhkan dan digantikan dengan GST.

Kejatuhan harga minyak yang mendadak sepatutnya menjadi rahmat kepada pengenalan GST.

Ini membuka mata kepada rakyat bahawa terdapat peniaga yang memang tidak akan menurunkan harga barangan waima apa yang berlaku sekalipun.

Mereka ini wajar diboikot dan kerajaan boleh menggunakan alasan ini untuk memberi amaran kepada orang ramai untuk lebih berwaspada apabila GST berkuatkuasa.

Tetapi malangnya, seorang menteri telah terperangkap dengan saranan memboikot barangan sesuatu bangsa.

Tindakan perlu diambil bagi peniaga yang melakukan jualan pra-GST. Peniaga yang membuat jualan 'pra-GST' seharusnya dikenakan audit menyeluruh kerana secara terang-terangan memperlekehkan polisi kerajaan.

Mereka ini secara tidak langsung menanamkan benih ke dalam minda orang ramai bahawa kerajaanlah yang menyebabkan harga barangan naik.

Adalah lebih cantik jika tindakan ini digerakkan oleh penyokong atau ahli politik parti pemerintah. Ini penting untuk menunjukkan bahawa penyokong kerajaan juga tidak suka barang naik.

Bukankah ahli UMNO sahaja berjumlah 3 juta orang? Di manakah mereka semua?

Barisan kabinet juga tampak seperti tidak bekerja dalam pasukan. Pengenalan GST bukanlah tanggungjawab Kementerian Kewangan dan KPDNKK semata-mata.

Ia adalah polisi yang memerlukan kesemua menteri menjawab, bersemuka dan menerangkan kepada orang ramai kerana GST tertakluk bagi kesemua sektor kementerian.

Setakat ini,GST seolah-olah dilihat seperti polisi Ahmad Maslan. Adakah ini strategi barisan kabinet? Atau menteri-menteri yang lain risau untuk menjadi lebih tidak popular?

Sebenarnya ada pelbagai lagi cara bagi mendapatkan ‘buy-in’ daripada orang ramai. Kerajaan tidak semestinya melakukan kesemua perkara yang disebutkan di atas.

Saya percaya terdapat lebih ramai bijak pandai di luar sana yang boleh memberikan cadangan yang jauh lebih bernas.

Tetapi melihatkan kempen ‘pacak billboard kartun GST’, lagu GST oleh kastam dan mantera ‘harga barang tidak naik’ oleh sesetengah menteri membuktikan kerajaan mempunyai masalah mendapatkan nasihat dan strategi yang tepat.

Bagaimana masih ada yang percaya bahawa kerajaan sekarang begitu licik dalam melakukan konspirasi liwat kepada idola mereka sedangkan polisi sebagus GST ini tidak mampu diatur dan dicatur dengan lancar?

MatRodi

APA MAT RODI CAKAP PASAL GST:BAHAGIAN 1


Kos mentadbir dan mengurus negara semakin meningkat. Ianya begitu kerana populasi penduduk yang kian bertambah.

Ini menyebabkan kos seperti perubatan, pendidikan, duit pencen dan subsidi juga bertambah.

Dan perkara ini bukan sahaja berlaku di Malaysia.

Di UK misalnya, pelajar antarabangsa sudah dikenakan surcaj perubatan. Ini antara langkah yang diambil oleh Britain bagi mengelakkan berlakunya defisit belanjawan sebanyak RM165 billion menjelang 2020.

Setiap kerajaan mempunyai pelbagai cara bagi menambahkan pendapatan mereka dalam memenuhi keperluan di masa akan datang.

Malaysia memilih dengan memperkenalkan cukai GST.

Memperkenalkan cukai baru bukanlah bermakna kerajaan sekarang boros, tamak, zalim dan muflis.

Tuesday, March 31, 2015

SEMUA KENA BAYAR CUKAI, TERMASUK BURUH KASAR DAN PENCUCI TANDAS


Memanglah kalau boleh kita nak bayar cukai paling rendah, mendapat manfaat paling banyak dan kalau boleh tiada rasuah pun. Semua hidup aman damai, sejahtera, makmur dan sentosa. Tapi kat mana boleh dapat macam tu? Brunei, Arab Saudi atau di syurga nanti barangkali?

German yang disebutkan dalam contoh ni, GST 19.9 peratus dan dapat menikmati pelbagai kemudahan. Ya memang betul. Tapi berapa income tax yang rakyat dia kena bayar?

Semua level kena bayar 40peratus cukai pendapatan termasuk buruh kasar dan pencuci tandas. Tapi di Malaysia berapa yang kena bayar cukai pendapatan (income tax)? Paling tinggi adalah 21 peratus sahaja dan hanya sekian peratus dari rakyat yang kena bayar cukai ini.

Singapura pula wajar laksanakan GST sebab mereka sudah kaya raya? Memang betul pendapatan per kapita mereka tinggi. Apa sebab?

Faktor utamanya adalah meritokrasi. Malaysia masih ada kuota pribumi yang secara tak langsung me’nombordua’kan kompetensi. Yang mana lebih bagus? Kalau majoriti rakyat mampu bersaing, meritokrasi adalah yang terbaik. Persoalannya, 60% Melayu dan pribumi sudah bersediakah dengan meritokrasi 100 peratus ala Singapura?

Adakah ratusan negara miskin yang lain belum laksanakan GST? Bahkan negara-negara seperti Laos, Kemboja, Filipina, Bangladesh dan lain-lain sudah melaksanakan GST dengan kadar yang lebih tinggi sejak lama dahulu. Jadi GST TIADA hubungan sama sekali dengan pendapatan per capita rakyat. Ia hanya sebuah bentuk cukai yang lebih efisien berbanding SST.

Nak cegah rasuah, ketirisan? Ya, memang semua nak bersih, telus dan mulus. Apa cara Singapura buat? Naikkan gaji Perdana Menteri, menteri-menteri, penjawat awam dan sebagainya.

Untuk makluman kepada yang belum tahu, gaji Perdana Menteri Singapura adalah yang tertinggi di dunia, iaitu USD 2 juta setahun (40 kali ganda pendapatan majoriti rakyatnya). Gaji Perdana Menteri Hong Kong pula, sebanyak USD 530,000 (12 kali ganda pendapatan majoriti rakyatnya).

Gaji Presiden Obama pula, sebanyak USD 400,000 dan seterusnya. Bahkan gaji Presiden Indonesia pun berjumlah USD 120,000 setahun, sedangkan puluhan juta rakyatnya hanya mampu memperoleh pendapatan di bawah paras USD 5,000 setahun.

Tapi berapa gaji Perdana Menteri, Najib? RM 360,000 (USD 100,000 ) setahun dengan pendapatan per-kapita rakyat di atas paras USD 10,000 per tahun. Gaji sebesar ini bahkan lebih rendah daripada sebahagian doktor spesialis di hospital swasta yang mampu menghasilkan RM 100,000 sebulan!

Bila Perdana Menteri umum untuk mengantikan jet kerajaan bagi kegunaan pelbagai pihak, sebahagian orang jadi tidak cerdik, dengan menuduh ia sebagai jet peribadi untuk berfoya-foya dengan keluarganya. Itu belum lagi kalau PM umumkan untuk tambah gaji dirinya dan para menteri.

Memanglah kalau boleh kita ingin pemimpin macam Umar al-Khattab dan lain-lain yang sanggup ikat perut seperti rakyat jelata. Tapi ada lagikah, pada zaman sekarang orang yang begitu? Anwar Ibrahim? Lim Kit Siang? Guan Eng? Rafizi Ramli? MIMPI~

Rumus yang mengatakan menaikkan gaji untuk menurunkan rasuah dan ketirisan adalah standard di mana-mana negara atau perusahaan.

Hutang negara 500 billion? Baca tak bahagian hutang ini bagaimana?

Majoritinya adalah hutang domestik atau hutang oleh rakyat sendiri, sama ada untuk keperluan ataupun untuk berfoya-foya atau dalam bahasa mudah biar papa asal bergaya! Sebelum tuduh kerajaan membazir itu dan ini, lebih baik periksa dulu isi rumah masing-masing, hutang dah berapa peratus berbanding pendapatan (termasuk saya).

Soal sumber daya alam yang melimpah ruah, ya memang betul. Lupakah tukang kritik sembrono bahawa selama ini petroleum menyumbangkan lebih sepertiga daripada bajet tahunan? Cukupkah dengan mengharapkan itu saja?

Lihat apa terjadi bila harga minyak turun di bawah USD 50 per barrel. Income negara pun turun berpuluh billion! Sebab itu lah GST dibuat, supaya sistem percukaian lebih efisien, tiada taikun yang lari daripada cukai sekaligus menambahkan penghasilan negara.

Ya, kita ingin penambahbaikan di sana sini. Pendidikan murah, kesihatan murah, kemudahan awam bagus seperti negara maju, ketirisan berkurang dll. Kita harapkan setelah GST, kerajaan dapat menyalurkannya untuk hal-hal yang memberikan manfaat kepada rakyat jelata.

Sebab itu, kritik lah dengan fakta, bukan dengan auta.--Nabieh Rahmat

Tuesday, May 06, 2014

GST:BUKTI SAHIH PENYOKONG PEMBANGKANG ADALAH MANGSA LIWATAN ANWAR IBRAHIM!!!


SEMALAM penulis beri sedikit penjelasan mengenai GST dalam bahasa yang mudah orang faham. Menariknya, ada komen yang menyalahkan kerajaan kerana tidak menjelaskan tentang GST walaupun dah berbagai kempen dijalankan, dari papan tanda, sesi penerangan, iklan TV/Radio, Internet jangan cakaplah, bersepah.

Orang ini macam komunis baru keluar hutan, dunia dah berubah, dia macam itu jugaklah lagi.

Dalam konteks Malaysia hari ini, komen yang sebegitu menunjukkan, isunya bukan tak faham, tapi sengaja taknak faham.  Yang kerajaan dengan pelbagai kempen dikatakan tidak memberi penjelasan kepada rakyat, tapi yang Anwar dengan satu dua ceramah, dikata memberi penjelasan kepada rakyat maka itu terima saja apa dia cakap?

Bodoh jenis macam manakah ini?

Friday, May 02, 2014

WAJIB TONTON:VIDEO MACAI PEMBANGGANG BOGELKAN DIRI SENDIRI SEMALAM!!!



HAHAHA...
SUMPAH LAWAK...
DIA SENDIRI TAK TAHU APA YANG DIBANGKANG...
MANUSIA NI...
KALAU DISURUH MAKAN TAIK PUN DIA BUAT AGAKNYA...
KALAU NAK JADI PEMBANGKANG...
JADILAH YANG ADA ILMU..
KALAU TAKDE ILMU BANYAK, SIKIT PUN JADIK LER...
KALAU TAK TAHU...
JAWAB AJA LER TAK TAHU...
INI DAH JADI VIDEO, SATU DUNIA TONTON...
SATU DUNIA DAH TAHU YANG PENYOKONG PEMBANGKANG INI BANGGANG!!!
KASIHAN KORANG SEMUA JADI MANUSIA...

JPX

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa