Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label HIMPUNAN MELAYU BERSATU. Show all posts
Showing posts with label HIMPUNAN MELAYU BERSATU. Show all posts

Thursday, September 17, 2015

BACAAN UNTUK BAGI MELAYU YANG DENGKI KEPADA MELAYU YANG BERHIMPUN SEMALAM!!!


BERPULUH-PULUH ribu orang Melayu semalam berkumpul di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Mereka datang dari seluruh pelosok negara. Berbanding Bersih, pihak-pihak tertentu khususnya propembangkang melihat Himpunan Rakyat Bersatu seolah-olah ancaman kepada keselamatan negara. 

Pelbagai tafsiran, andaian dan tuduhan dibuat termasuklah himpunan itu akan membawa petaka kepada negara. Malah ia juga didakwa boleh menggugat perpaduan kaum di negara ini.

Persoalannya, tidakkah perhimpunan secara aman dibenarkan oleh undang-undang? Bukankah Akta Perhimpunan Aman 2012 diwujudkan bagi memberi ruang rakyat berkumpul? Tidakkah akta itu wujud hasil desakan parti-parti pembangkang dengan alasan ia amalan demokrasi dan hak kebebasan bersuara?

Oleh itu kenapakah apabila Himpunan Rakyat Bersatu mahu diadakan pelbagai tafsiran dibuat? Apakah kerana ia dihadiri oleh majoriti orang Melayu, maka segalanya buruk belaka? Kenapa perlu memandang serong apabila orang Melayu berhimpun?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa