

Akhirnya kebenaran itu
terungkai jua. Muktamar PAS menjadi tempat segala diluahkan.
Cita-cita besar dari parti
terkecil dalam Pakatan Pembangkang supaya pemimpin mereka diangkat menjadi
Perdana Menteri akhirnya didengarkan oleh perwakilan PAS melalui muktamar
mereka baru-baru ini.
Seperti yang kita semua
sedia maklum, Pakatan Pembangkang selama ini hanya mahu Anwar Ibrahim sebagai
Perdana Menteri sekiranya mereka menang dalam PRU13.
Kelantangan perwakilan PAS
bukan sahaja membuat membuktikan PAS sudah gila kuasa, tapi membuktikan satu
perkara yang lebih besar dari itu.
Ini membukti ada
pertelingkahan yang dasyat sedang berlaku di dalam kepimpinan Pakatan
Pembangkang. Wujud perebutan kuasa sesama mereka di dalam Pakatan.
Ini juga membukti bahawa
Pakatan Pembangkang masih belum bersedia untuk menghadapi PRU 13.
Mana tidaknya, jika calon
Perdana Menteri Kerajaan Pakatan pun masih belum berjaya diputuskan mana
mungkin mereka boleh duduk semeja berunding untuk berkongsi kuasa bila mereka
menang kelak.
Jadi, yang mana satu calon
Perdana Menteri Pakatan Pembangkang?
