Sebuah badan perisik Amerika Syarikat (AS) sedang mengikuti perkembangan Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) secara dekat apabila usaha NGO Malaysia itu mahu menubuhkan parti Islam baharu untuk bergabung dengan DAP dan PKR mendapat liputan CSIS (Chair for Southeast Asia Studies).
Kenyataan CSIS dalam Facebooknya tertarik dengan kenyataan Presiden PASMA Datuk Phahrolrazi Zawawi yang menjelaskan bahawa parti Islam baharu itu akan menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang.
Pemerhatian secara dekat CSIS terhadap PASMA di Malaysia turut menimbulkan tanda tanya pemikir Islam, Wan Ahmad Fayhsal.
“Salah satu think tank tersohor AS – Centre for Strategic and International Studies (CSIS) telah mengikuti perkembangan PASMA dengan lebih dekat seperti yang dinyatakan dalam laman Facebook mereka.
“Mengapa agaknya? Apa maksud semua ini?
“Adakah perulangan peristiwa MASYUMI yang digunakan menentang Sukarno bakal berlaku kelak di pentas politik Malaysia?,”soalnya.