Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label PRU 13. Show all posts
Showing posts with label PRU 13. Show all posts

Tuesday, May 28, 2013

WAJIB BACA:90% CINA DI MALAYSIA ADALAH PENIPU BESAR!!!


ah-jib-cor

Fakta dari PDM-PDM pada PRU ke-13 ini jelas membuktikan bahawa hampir 90% pengundi Cina tidak menyokong BN dan sebaliknya berpatah arah menyokong Pakatan Haram. Saya yakin, tidak ada sesiapa yang tidak bersetuju dengan fakta tersebut.

Ekoran itu maka PRU ke-13 tempohari dikatakan telah dilanda “tsunami Cina”. Bila disebut mengenai trend pengundi Cina yang menyokong Pakatan Haram dan istilah “tsunami Cina”, maka ia bukanlah sesuatu yang boleh dilabel sebagai perkauman.

Ini adalah kerana fakta tidak mengenal kaum dan tidak mengeluarkan kenyataan yang berunsur perkauman. Jadi, tidak ada soal “perkauman” sebagaimana yang didakwa DAP dan PKR baru-baru ini.

Soalnya sekarang mengapa 90% masyarakat Cina beralih arah menyokong pembangkang? Jangan cakap soal rasuah, seleweng atau tipu undi. Itu semua cuma alasan bodoh untuk mengabui mata rakyat. Malah pemimpin mereka lebih hebat rasuah, seleweng dan menipu rakyat selama ini!

Dari itu, hanya 10% dari kalangan masyarakat Tiong Hua di negara ini yang masih kita boleh pertimbangkan untuk percaya, manakala 90% lagi wajar untuk kita tolak ketepi dan tidak lagi percaya pada mereka.

Pada saya, mangsa sebenar dalam hal ini ialah Datuk Seri Najib Tun Razak. Apa yang beliau tidak lakukan untuk membuktikan bahawa beliau adalah “The Best PM Candidate” berbanding Anwar Ibrahim.

Beliau tahu orang Cina pentingkan ekonomi. Maka sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri, Najib kerja lebih teruk dari “bangla” siang malam tanpa rehat. Hasilnya, ekonomi negara stabil dan semakin kukuh meningkat berbanding negara dunia lain.

Bukan senang nak buat semua itu. Hanya mereka yang berlatar belakangkan pengurusan ekonomi yang hebat dan tabah saja dapat buat begitu. Kalau nak diharapkan pemegang ijazah am Pengajian Melayu, maka awal-awal lagi dia akan jual negara ini pada IMF. Ketika itu, tahulah orang Cina laingit itu tinggi atau rendah…

Untuk mengambil hati orang Cina, beliau sanggup bersusah payah mengucapkan ucapan Selamat Tahun Baru Cina dalam iklan, satu pendekatan yang kreatif dan berkesan. Tapi tiada pun ucapan “selamat” buat beliau dari orang Cina pada PRU ke-13?

Malah beliau juga sanggup bertemu dengan Dong Zhong walaupun kita semua tahu betapa persatuan itu berpegang teguh pada sifat “chauvinis ultra kiasu” yang sering meminta-minta perkara yang tidak wajar diberikan. Demi pendidikan orang Cina, Najib sedia bertemu mereka…

Ah Jib Gor buat macam-macam perkara baik kepada orang Cina dan seluruh rakyat di negara ini. Tapi ini balasan 90% orang Cina pada beliau?

Pada saya, Najib tidak wajar langsung dipersalahkan. Beliau berjaya buktikan bahawa beliau adalah PM Malaysia yang terbaik berbanding Anwar yang gagal semua perkara ketika menjawat jawatan TPM dulu.

Dan saya yakin, semua ini adalah pelan terancang masyarakat Cina yang telah berjaya dipesongkan fahaman dan pendirian mereka oleh DAP.

Dulu negara kita diserang komunis bintang tiga dan mereka telah berjaya dilaksa letak senjata. Tapi sekarang mereka serang secara propaganda siber menggunakan Red Bean Army yang tidak bersenjata api, tapi bersenjatakan fitnah dan tipu helah untuk mempengaruhi minda rakyat.

Mujurlah masih ramai bangsa Melayu Islam di negara ini yang teguh dan benar-benar punya jatidiri yang kental untuk menyelamatkan maruah agama, bangsa dan tanahair. Melayu bangkit menjadi faktor penyebab kemenangan BN pada PRU ke-13!

Jangan terkejut jika saya katakan bahawa 90% golongan “atas pagar” berbangsa Melayu mengundi BN kali ini. Malah boleh dikatakan hampir 40% Melayu PAS turut sedar dengan agenda DAP dan PKR itu tidak keluar mengundi, rosakkan undi dan sanggup mengundi BN..!!!

Pada saya, cukuplah Datuk Seri Najib beri muka pada 90% kaum Cina di negara ini. Kita sewajarnya ambil iktibar bahawa jika 90% kaum Cina di negara ini tidak mengundi BN, bangsa Melayu yang masih mampu untuk mempertahankan negara ini dari dirampas “agen Yahudi” dan “komunis alaf baru”…

Apa yang penting sekarang, kita wajar memberikan sepenuh kekuatan bagi menyokong Najib sebagai PM untuk memastikan negara ini makmur, terus maju dan gah dimata dunia, mahupun tanpa orang Cina. Saya yakin, kita semua mampu..!

Friday, May 10, 2013

WAJUB BACA PETANG JUMAAT: KENAPA ANWAR IBRAHIM TAK TERIMA KEKALAHAN???



Oleh Nor Azlina Shaari

Sikap tidak boleh menerima kekalahan parti Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu masih lagi ditonjolkan oleh puak-puak pembangkang.

Bukan sahaja pemimpin-pemimpin tertinggi dalam pembangkang tidak dapat menerima keputusan pengiraan undi oleh SPR, tetapi juga tidak dapat ditelan oleh penyokong PR.

Nampak sangat mereka masih lagi mencuba untuk mencipta situasi tegang dan huru-hara dalam negara.

Ketika ini, penyokong PR sedang kecoh menyebarkan berita-berita palsu dan penipuan yang sengaja dicipta supaya rakyat Malaysia terus percaya dan marahkan parti Barisan Nasional (BN).

Semuanya kerana apa, kerana BN adalah parti yang tetap mampu mentadbir negara dalam keadaan baik sama ada menjaga kestabilan ekonomi, keamanan bahkan mampu menjaga kebajikan rakyat. Perkara-perkara inilah yang tidak mampu diterima penyokong PR, lalu melipat kali gandakan usaha menyebarkan penipuan demi penipuan.

Lihat sahaja dalam media sosial seperti Facebook dan Twitter, pelbagai penipuan, rekaan cerita dan sumpah seranah dilemparkan oleh penyokong-penyokong PR. Belum lagi termasuk dalam blog-blog PR.

Penipuan yang hangat dibuat oleh penyokong PR adalah isu kononnya BN membawa masuk warga asing seramai 600,000 orang ke Malaysia sebagai pengundi hantu.

Mereka juga menuduh kerajaan BN telah menyediakan kad pengenalan ‘ekspress’ kepada warga asing ini supaya mengundi BN dalam PRU13.

Penipuan ini dibuat ketika semua rakyat Malaysia sedang sibuk keluar untuk mengundi pada 5 Mei lalu.

Ia terus dihangatkan dengan perbuatan memuat naik gambar-gambar individu-individu yang berwajah seperti warga asing, Bangladesh atau Pakistan di Facebook supaya membuatkan orang ramai lebih percaya dan termakan dengan agenda penipuan ini.

Jadi, sementara semua orang menunggu giliran untuk membuang undi, sempatlah untuk melihat ‘perkembangan’ penipuan penyokong tegar PR. Secara tidak langsung ia dapat mengubah pendirian pengundi. Penipuan ini adalah langkah terdesak PR untuk meraih undi dari rakyat Malaysia sementalah mereka sendiri sudah mengetahui akan menghadapi kekalahan teruk.

Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak juga sudah menegaskan tidak ada pengundi hantu langsung dalam PRU13 dan ia disokong kuat oleh SPR. Jadi mengapakah PR dan penyokong-penyokong mereka terlalu tuli dan pekak untuk meneima kebenaran?

Malangnya, ramai rakyat Malaysia yang terus mempercayai penipuan ini tanpa usul periksa. Jika benar ada pengundi hantu seramai 600,000 orang, mana buktinya? Adakah masuk akal 600,000 pengundi hantu membantu BN dalam PRU13 sedangkan BN menang tipis dan tewas undi popular?

Ternyata, PR memang kalah dalam PRU13 dan membuktikan matlamat mereka untuk menawan Putrajaya tidak berhasil. Itulah kebenaran dan hakikat yang pahit untuk penyokong PR terima.

Tidak cukup dengan penipuan kononnya BN membawa pegundi hantu, mereka sekali lagi sebarkan penipuan dengan mengatakan berlakunya salah kira undi dengan terjadinya ‘blackout’.

Walhal, insiden ‘blackout’ langsung tidak terjadi! Dan ia disahkan sendiri oleh pemimpin DAP dan wartawan pro-PR.

Apa yang pelik, penyokong PR menuduh BN sengaja adakan ‘blackout’ supaya salah kira undi berlaku tetapi bagaimana mereka cepat-cepat menyediakan lampu suluh? Alasan, takut berlakunya terputus bekalan elektrik.

Reformasi berbentuk menukar ‘Default Picture’ di Facebook dan Twitter dengan gambar hitam juga dibuat sebagai tanda protes dan mogok dengan keputusan PRU13.

Nampaknya, taktik Anwar menggunakan agenda penipuan telah diturunkan kepada penyokong-penyokong tergarnya yang telah buta hati dan akal.

Padahal, pemerhati-pemerhati asing memuji perlaksanaan PRU13 di Malaysia ini.

Paling tidak pun, fikirlah secara logik, jika benar keputusan tidak adil, mengapa BN masih tewas di tangan pembangkang untuk negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan?

Benarlah kata Tunku Aziz, Anwar dan pengikutnya tak akan pernah kering akal untuk mencipta kekacauan dalam negara. Mungkin strateginya untuk menimbulkan huru-hara sewaktu hari mengundi tidak berjaya dan dikesan awal-awal, sebab itu Anwar lancarkan ‘senjata’ penipuan seperti ini.

Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang masih ada akal fikiran yang waras, jangalah kita menjadi seperti lembu dicucuk hidung, menuruti sahaja kata-kata yang tidak berasaskan fakta dan kebenaran.

Tuesday, May 07, 2013

GEMPAR:ORANG CINA MENGAMUK!!!




PRU ke-13 sudah berakhir dan mandat sekali lagi diberikan rakyat kepada BN untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. Walaupun gagal merampas Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang, setidak-tidaknya kemenangan BN di Kedah agak melegakan para penyokong BN di seluruh negara.

Namun dalam kelegaan itu, seorang rakan yang bukan berbangsa Melayu kelam kabut menghubungi saya, katanya ada cerita “menarik” untuk diceritakan. Kami bertemu dan “ngeteh tarik” bersama.

Katanya, Timbalan Pengerusi DAP Kedah/Perlis baru saja menghubungi rakannya dalam keadaan yang sangat marah dan kecewa. Katanya, pemimpin DAP itu begitu marah dan kecewa terhadap Anwar yang dikatakan telah menipu bangsa Cina di seluruh negara!

Menarik! Saya minta dia teruskan cerita tersebut…

Katanya, sebelum PRU ke-13, Anwar telah meyakinkan DAP dan rakyat berbangsa Cina di seluruh negara bahawa dia akan menjadi Perdana Menteri pada PRU kali ini. Kata-kata Anwar itu sangat meyakinkan mereka…

Dalam pada masa yang sama, Anwar turut menjelaskan bahawa undi-undi majoriti bangsa Melayu sudah ada di dalam tangannya. Katanya, hampir seluruh bangsa Melayu di negara ini sudah memihak pada PKR dan PAS. Anwar jamin Melayu akan beri undi pada Pakatan Haram.

Dalam ertikata lain, DAP uruskan kaum Cina, Anwar uruskan bangsa Melayu. Dan pada 6 Mei, kononnya bolehlah dia angkat sumpah menjadi PM…(mujurlah saya tak muntah masa tu!)

Rakan saya memberitahu bahawa jaringan masyarakat Cina telah bersepakat untuk berkempen secara besar-besaran dan “all out” habis pada PRU ke-13 ini.

Buktinya, kedai-kedai Cina di Kedah sebelum ini tidak pernah ditutup pada setiap kali PRU diadakan. Tapi berlainan pada PRU ke-13 ini, boleh dikatakan hampir seluruh kedai Cina tutup dan mereka beramai-ramai berkempen dan mengerah anak beranak mereka untuk mengundi Pakatan Haram.

Apabila tiba hari mengundi, boleh dikatakan hampir seluruh bangsa Cina memang memberikan undi pada Pakatan Haram. Hanya segelintir saja yang tidak percaya pada Anwar sanggup untuk menongkah arus memberikan undi pada BN…

Malangnya, kaum Cina dan DAP tidak sedar bahawa Anwar sekali lagi telah menipu mereka. Anwar gagal memastikan bangsa Melayu memberikan undi pada Pakatan Haram.

Malah bangsa Melayu, khususnya golongan atas pagar, pada 5 Mei lalu tidak sabar-sabar keluar mengundi BN di seluruh negara! Lebih menyakitkan Anwar lagi, boleh dikatakan semua masalah dalaman UMNO selesai dan seluruh orang ahlinya setia memberikan undi pada BN..!

Kini fahamlah saya. Anwar berbohong pada DAP dengan memberi harapan palsu kepada kaum Cina di seluruh negara. Kaum Cina pula “terlalu bijak pandai” sehingga termakan pembohongan Anwar itu dan kini mereka marah pada Anwar kerana merasakan diri mereka tertipu.

Lebih teruk lagi, kaum Cina kini dikatakan turut marah pada DAP yang turut dituduh berbohong dan memberikan harapan palsu pada PRU ke-13. Dan ketika itulah senyuman saya bertukar menjadi ketawa besar yang bergema di ruang restoran tersebut.

Saya ulangi, ini bukan cerita tipu. Ini adalah kisah benar. Namun ia tidak dapat dibuktikan kerana rakan kepada rakan saya itu tidak merakam perbualan telefon yang melucukan dengan Timbalan Pengerusi DAP Kedah/Perlis itu.

Merah padam muka rakan saya itu. Dia berbangsa Cina. Walaupun memberikan undi pada BN pada PRU baru-baru ini, dia malu besar mengenangkan kebodohan kaumnya sendiri.

Katanya, sampai bilakah kaum Cina nak percaya pada Anwar? Melayu sudah sedar betapa pembohongnya Anwar. Tapi masyarakat Cina pula yang kononnya “bijak” telah ditipu secara “mega” oleh “chameleon” itu. Nasiblah! Siapa suruh percaya, kan? Padan muka..!

ANALISA PRU-13:MUHASABAH MESTI DARI ATAS




Oleh Ab Jalil Backer (jalil74@myjaring.net)

(*Pandangan ini mungkin sekadar pandangan daripada seorang ahli UMNO biasa yang tidak mempunyai akses menyeluruh kepada jentera parti. Apa yang dinyatakan datang dari pemerhatian bukan penyelidikan. Justeru ia sekadar pandangan. Ini boleh jadi benar dan boleh jadi salah!)

Keputusan Pilihan Raya UMUM ke-13 yang diumumkan semalam bukanlah sesuatu yang mengejutkan seperti yang cuba digambarkan oleh beberapa pihak. Adalah merupakan fenomena global untuk sesebuah kerajaan dalam bentuk demokrasi ala Britain ini tidak memperolehi kerajaan majoriti 2/3. Ia bersangkutan soal masyarakat yang semakin terpisah, berpecah, tiada tolak ansur dan nihilis.

Sudah hampir pupus kerajaan yang memerintah dengan majoriti 2/3. Namun ia bukanlah satu yang boleh memberi keselesaan atau kegirangan kepada kepimpinan Barisan Nasional. Mana-mana parti harus berusaha mendapatkan majoriti 2/3 untuk membentuk kerajaan yang stabil. Dalam makna inilah kepimpinan Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bergerak seperti mesin yang tidak kenal penat siang dan malam untuk menarik sokongan rakyat.

Saya pernah menyatakan bahawa ketika mengambil alih UMNO dan Negara, Mohd Najib umpama “orang lemas yang cuba mencapai apa-apa sahaja.” Boleh dikatakan setiap cadangan yang dicadangkan kepada beliau akan dilakukan segera sekiranya beliau percaya boleh membawa sokongan positif kepada BN.

Saya pernah berbicara, melihat dan memerhati tiga Perdana Menteri, saya fikir Mohd Najib merupakan Perdana Menteri paling cepat memberi tindak balas yang bersifat politik. Dalam masa yang sama beliau menjadi terbuka dan membenarkan kumpulan-kumpulan badan bukan kerajaan yang pro-BN dan pro- Pakatan bermaharajalela tanpa mempedulikan keharmonian dan keamanan negara.

Mohd Najib cuba melayan dan memenuhi tuntutan Perkasa, Hindraf, Dong Jia Zhong dan BERSIH. Secara teorinya, langkah Mohd Najib ini merupakan langkah popular dan boleh membantu kemenangan BN.

Namun kerana terlalu banyak menerima dan melaksanakan apa sahaja cadangan yang beliau anggap boleh menarik sokongan kepada BN, Mohd Najib berhadapan dengan satu persepsi baru. Beliau dilihat lemah dan terdesak untuk menang dalam pilihan raya. Ini mendedahkan dirinya kepada ugutan politik kawan dan lawan dan mengurangkan keyakinan orang ramai sama ada BN akan menang atau tidak dalam pilihan raya.

Kepimpinan Pra dan Pasca 2008

Mohd Najib berhadapan dengan pelbagai cabaran sejak beliau mengambil alih pentadbiran negara dan parti. Sama ada beliau sedar atau tidak bahawa penolakan terhadap BN pada 2008 disebabkan oleh kepimpinan lemah Tun Abdullah Ahmad Badawi dan polisi-polisi yang tidak disukai rakyat walaupun mungkin baik dari segi teori.

Mohd Najib mempunyai aura dan imej kepimpinan yang lebih baik daripada Abdullah dalam beberapa segi. Beliau dilihat lebih kotemporari, mempunyai kebijaksanaan pentadbiran dan menguasai isu-isu semasa yang lebih baik.

Namun di hati kecil ramai orang, kepimpinan Najib tidak banyak berbeza dengan beberapa hal membabitkan persepsi. Orang Melayu masih tidak merasai terdapat perubahan besar dalam agenda Melayu dan Islam. Orang Cina masih merasakan mereka boleh mengugut BN dan orang India masih menjadi lalang.

Seorang pemimpin UMNO bertanya saya, “Apakah yang tidak kena lagi? Najib telah melakukan bermacam perkara dalam tempoh 3 tahun ini. Jika dulu kita seperti naik keretapi arang, sekarang kita macam naik keretapi elektrik. Tapi orang masih tidak mengundi kita.”

Jawapan saya ialah, jika Mohd Najib tidak melakukan semua ini kita mungkin akan kehilangan lebih banyak kerusi atau hilang terus kuasa. Jadi apa yang Mohd Najib lakukan ini mempunyai kesan yang sangat baik tetapi tidak cukup besar untuk mengubah persepsi.

Namun pertanyaan itu sangat relevan dan signifikan. Memang Najib melakukan bermacam-macam perkara. Terlalu banyak yang dibuat, dilancarkan dan dirancang sehinggakan rakyat sendiri pun sudah keliru dan tidak sempat memahami segala pengumuman yang dibuat. Akhirnya kerana terlalu banyak yang dilontarkan, rakyat sudah tidak merasa apa-apa makna lagi.

Kerajaan bercakap soal transformasi, ETP, GTP, Rakyat berpendapatan tinggi, pembanterasan rasuah, kenaikan gaji sektor awam, gaji minimum dan sebagainya. Namun rakyat bercakap soal tarif elektrik, harga barang, harga kereta, kadar faedah, pinjaman pengajian yang lebih baik dan kualiti kehidupan.

Apa yang Mohd Najib lakukan baik tetapi tidak seiring dengan apa yang kumpulan pendapatan rendah dan menengah harapkan.

Para Menteri Kabinet juga tidak banyak membantu Mohd Najib. Isu kalimah Allah, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), pengurusan Pasukan Keselamatan, dan cara kerajaan menangani hal-hal membabitkan keamanan, keselamatan dan badan bukan kerajaan menimbulkan pergolakan emosi dan hilang kepercayaan di kalangan penyokong tradisonal UMNO.

Faktor Orang Sekeliling

Antara punca kemarahan ramai orang kepada Pak Lah ialah faktor orang terdekat. Jika Pak Lah menjadi mangsa kerana kemarahan orang terhadap Khairy, Kamaluddin dan Kalimullah, Mohd Najib akan berhadapan dengan perkara yang sama jika ia dibiar berlarutan.

Ramai orang sudah melihat bahawa terdapat pembabitan aktif ahli keluarga Najib dalam hal-hal membabitkan politik dan pentadbiran.

Sama ada suka atau tidak, terdapat banyak kumpulan yang percaya Datin Seri Rosmah terbabit dalam membuat pelbagai keputusan parti dan kerajaan. Ia boleh jadi hanyalah fitnah dan persepsi buruk semata. Namun fitnah dan persepsi buruk ini sukar dikikis dan boleh menjadi barah jika tidak dibetulkan.

Kita tidak boleh menyalahkan Rosmah atas persepsi negatif ke atasnya. Manusia yang mahu berfikiran negatif akan sentiasa mencari keburukan orang. Walaupun terdapat ribuan program membantu masyarakat yang dibuat oleh Rosmah, namun persepsi buruk juga yang dikatakan orang.

Bagaimanapun kita harus menguruskan persepsi. Pendedahan media yang keterlaluan terhadap Datin Seri memberi kesan yang agak negatif imej beliau terhadap rakyat. Beliau boleh sahaja melakukan pelbagai program masyarakat tanpa muncul secara keterlaluan dalam media massa.

Namun apabila sering terdedah kepada media, rakyat melihat beliau antara orang yang berkuasa, ini sekaligus membenarkan persepsi-persepsi negatif yang diwujudkan parti lawan ke atas beliau.

Selain itu, Mohd Najib juga dilihat membelakangi parti apabila meletak terlalu banyak para pegawai pejabat Perdana Menteri menjadi calon pilihan raya walaupun tanpa merit. Ini telah menimbulkan rasa kurang senang aktivis parti.

Sama ada suka atau tidak, ramai yang bercakap relevan apa Mohd Najib meletakkan Setiausaha Politiknya, Datuk Shafie Abdullah bertanding di Wangsa Maju yang merupakan kerusi MCA. Ini khabarnya menjadi pertikaian MCA Wangsa Maju. Demikian juga dengan meletakkan Datuk Shahlan di Pokok Sena, Datuk Fatmi di Kota Bharu, Irmohizam di Kuala Selangor, Suffian Awang di Kuantan dan Latt Shariman di Kubang Rotan.

Kempen Ala Presiden Amerika Syarikat

Jika dilihat sepanjang tempoh 3 tahun yang lalu, kempen terlalu difokuskan kepada imej Mohd Najib bukannya parti. Ramai pemimpin diperingkat bawah tidak diangkat dan ditonjolkan sebaik mungkin ini menyebabkan BN tidak lagi dilihat sebagai sebuah jentera yang kuat.

Sebaliknya sepanjang tempoh tiga tahun lalu, kita digambarkan seolah-olah ini pilihan raya “one man show”. Semuanya berkenaan Najib Razak. Jenama Najib Razak mengatasai jenama BN. Apabila pilihan raya, BN yang dipertaruhkan bukan Najib Razak. Ini hakikat yang perlu disedari.

Kesimpulan

Hakikat bahawa terdapat kelemahan-kelemahan Mohd Najib bukan bermakna beliau seorang pemimpin yang lemah.

Sebagai pemimpin yang mewarisi parti dan negara dalam keadaan lemah, Mohd Najib telah melakukan yang terdaya untuk memulihkan sokongan dan membetulkan jentera parti dan pentadbiran.

Perjalanan ini memerlukan masa untuk berjaya. Najib berada dilandasan yang betul untuk memulihkan sokongan rakyat kepada BN. Namun ini hanya akan terjadi jika Najib sendiri bersedia membetulkan gaya kepimpinannya terlebih dahulu.

Sama ada Kabinet atau Pejabat Perdana Menteri, Mohd Najib perlu memilih mereka yang boleh bekerja, boleh berfikir dan ada kekuatan politik, bukannya kerana orang itu ada pertalian keluarga atau penyokong kuatnya.

Mohd Najib juga sudah boleh tahu apa nasihat yang betul dan apa yang nasihat yang salah yang diberikan oleh orang sekelilingnya. Jadi beliau sudah tahu siapa yang layak untuk membantu beliau dalam pusingan kedua pentadbirannya.

Selamat Bertugas Dato’ Sri!

Sunday, May 05, 2013

ANWAR IBRAHIM AKAN DITIMPA BALA BILA MENIPU GUNA NAMA ULAMA' MUKTABAR!!!




Aku tak tau nak kata apa lagi dah! Demi nak menang, Yusof Qardhawi punya surat pun depa palsukan! Oi Anwar! kau balik Permatang Pauh nun, Dr Mazlan dah confirm akan menang situ, aku dengar dia akan menang dengan majoriti antara 500 ke 1000. So hentikanlah fitnah murahan macam ni ok?

SUMBER:PARPU KARI

Tuesday, April 30, 2013

APA NAK JADIK:VIDEO "PANAS" CHE'GU BARD PULAK DAH TERSEBAR NI!!!!



KIKIKIKI...
SENDIRI KASI KANTOI BOSS SENDIRI...
TAK BETUL ADALAH DIRI SENDIRI...
TAPI ASYIK NAK TUNDING JARI...
AYUH RAKYAT SEGARA SEDARI
UNDI PAKATAN AMATLAH RUGI...
BARISAN NASIONAL TETAP DI HATI...

JPX

Monday, April 29, 2013

BACAAN PAGI ISNIN:GAJI KOMUNIS ADALAH RM3000 KE RM8000!!!



Red Bean Army iaitu sekumpulan ‘tentera siber’ yang ditaja oleh DAP difahamkan telah wujud sejak 4-6 tahun lepas. Kekuatan mereka dianggarkan berada dalam jumlah 2000 hingga 3000 dan didarabkan dengan 10 hingga 20 jumlah capaian ke internet (Facebook, twitter, email, komen, dll) iaitu sekitar 60,000. Kekuatan ini akan secara semulajadi digandakan sekiranya rakyat yang terpedaya turut ‘menyambung’ kerja mereka melalui media sosial.

Pejabat Operasi utama Red Bean Army ialah di Bangunan Komtar, Pulau Pinang dan satu lagi di Hotel Concorde Kuala Lumpur. Bayaran bagi setiap seorang dari mereka secara puratanya ialah RM3000-RM8000.

Tugas mereka saban hari secara sepenuh masa ialah:

· menyerang laman web pro-kerajaan,

· menyerang laman-laman sosial aktivis yang pro-kerajaan,

· menyebarkan bahan untuk memburukkan kerajaan,

· mematahkan komen-komen pro-kerajaan di media alternatif,

· menghalang penjelasan kerajaan dari sampai kepada rakyat melalui internet,

· mengganggu apa saja program yang dilihat mampu memberi kredit kepada kerajaan,

· menyebarkan maklumat yang memberi kredit kepada DAP

Modus Operandi mereka ialah mencipta fitnah atau fiksyen yang separa benar, memanipulasi maklumat, menghentam dan mencaci kerajaan dan menyebarkannya seluas yang mungkin dan secepat mungkin.

Objektif mereka pula ialah untuk membangkitkan rasa benci yang meluap-luap serta perasaan tidak percaya langsung kepada kerajaan.

Justeru, tidak hairan jika satu isu kecil, contohnya kejadian di KFC di mana pelanggan Cina dikasari oleh pekerja Melayu kerana berang dimaki hamun, telah dijadikan isu rasis dan tersebar di internet dalam masa 24 jam lalu dipetik oleh portal pro-pembangkang seperti Malaysiakini yang kemudiannya menerima beribu-ribu komen pro-pembangkang dalam sekelip mata.

Ia kemudian dipetik dan disebar lagi oleh blog dan laman web sehingga menjadi satu isu besar. Jika kena isunya, maka ia akan dipetik juga oleh pihak asing sehingga menampakkan seolah-olah Malaysia tidak selamat.

Pendek kata, kewujudan beribu-ribu tentera siber DAP tidak wajar dipandang ringan kerana pembunuhan etnik Rohingya di Myanmar juga sebenarnya bermula dengan kebanjiran maklumat tidak tepat secara besar-besaran dan cepat melalui internet seperti ini.

Lebih dahsyat, bagi mencapai objektif mereka, DAP sanggup pergi lebih jauh sehingga ke tahap mengugut dan mengancam.

Bukan hanya orang politik dan rakyat biasa yang menjadi sasaran, tetapi juga para artis dan selebriti yang secara terbuka menyokong kerajaan Barisan Nasional turut menjadi mangsa. Artis Korea popular, Psy, adalah antara mangsa ugutan dan ancaman mereka apabila menerima jemputan MCA untuk membuat persembahan di Pulau Pinang tidak berapa lama dahulu. Antara artis lain yang menerima nasib yang sama ialah artis Cina tempatan Leng Yen, Jackie Chan dan Dato’ Michelle Yeoh. Dua lagi artis dari Taiwan juga tidak terkecuali di mana mereka akhirnya bertindak membatalkan persembahan di sini. Malah tokoh Sami tersohor Buddha, Master Hsing Yun juga tidak terkecuali menjadi sasaran DAP apabila beliau membuat kenyataan memuji kepimpinan Dato’ Seri Najib.

Apa yang penyokong DAP sendiri mungkin sukar untuk percaya ialah, ugutan dan ancaman terhadap mereka ini bukan sekadar secara ‘maya’ tetapi secara langsung juga. Sekiranya mangsa masih berdegil, maka ugutan dan ancaman ini akan ‘dipanjangkan’ kepada keluarga dan periuk nasi mangsa. Ini bermakna, mereka akan mengganggu keluarga mangsa, menyerang tempat kerja atau perniagaan mereka termasuk mengugut para vendor atau pembekal dan sesiapa sahaja dalam rangkaiannya sehingga mangsa berada dalam keadaan ‘tiada pilihan’.

Semua ini didedahkan sendiri oleh Shen Yee Aun, iaitu bekas Setiausaha Pemuda DAP yang kini aktif membantu MCA dalam terlibat langsung dalam NGO yang mesra kerajaan. Yee Aun pada mulanya adalah anak didik Institut Kajian Dasar (IKD) iaitu sebuah organisasi ‘milik’ Anwar Ibrahim. Dari situ, beliau dipujuk oleh DAP agar menyertai mereka dan membantu dalam ‘perang menentang kerajaan’. Sebagai anak muda yang penuh dengan aspirasi dan cita-cita, Yee Aun menjalankan tugasnya dengan dedikasi di bawah DAP dan diberi jawatan yang tinggi.

Namun, sampai satu ketika Yee Aun yang mempunyai jatidiri Malaysia yang kuat tidak mampu lagi mengabaikan kata hatinya yang menyayangi negara ini. Bagi beliau tindakan mengugut dan mengancam keluarga dan periuk nasi orang lain adalah kejam dan beliau tidak sanggup membiarkan negara ini diperintah oleh orang yang kejam.

Beliau pertama kali memberontak menentang DAP sejak 2010 dengan mendedahkan sikap kuku-besi dan tidak telus parti itu dalam menangani isu di Klang pada ketika itu. Sedikit demi sedikit Yee Aun semakin lantang mengkritik DAP dari dalam sebelum mengambil keputusan keluar parti. Beliau kini aktif mendedahkan operasi kotor serta agenda jahat DAP terhadap Malaysia.

Menurutnya, ada kes di mana DAP telah bertindak membuli dan mengugut keluarga sasaran mereka termasuk teman wanitanya. Mereka juga mencuri kereta bapanya dan kemudian ibunya dan berbagai-bagai ancaman lagi bagi menakutkannya dan keluarganya. Ini tidak mengejutkan kerana Tony Pua sendiri tidak menafikan kewujudan tentera Red Bean Army ini dalam satu kenyataan dalam Malaysiakini dan menjelaskan peranan tentera ini adalah untuk ‘membunuh orang’.

Dengan apa yang dilalui Yee Aun, maka kita tidak hairan jika Teoh Beng Hock membunuh diri apabila beliau menjadi masalah kepada DAP.

Apa yang didedahkan ini mungkin sukar untuk diterima terutama dengan beribu-ribu tentera siber DAP yang bersedia menghalang (block) dan membela parti itu di internet. Mana-mana isu yang mendedahkan kelemahan mereka akan dihalang dengan cara beribu-ribu tentera itu akan membuat laporan ‘spam’ supaya kebenaran tidak sampai kepada pembaca internet. Malah, kita boleh melayari sendiri nama Yee Aun dan lihatlah bagaimana giatnya namanya dicemar oleh tentera Red Army di alam siber.

Gerak kerja tentera ini didapati berkesan di kalangan golongan atas pagar, terutamanya. Apabila melihat komen-komen yang begitu ramai membela DAP, maka golongan ini akan mempunyai persepsi seolah-olah DAP berada di pihak yang benar dan orang seperti Yee Aun telah ‘dibeli’ kerajaan.

Namun, sekiranya golongan ini sanggup mengambil sedikit masa untuk mencari kebenaran, mereka tentu tahu bahawa Yee Aun bukan satu-satunya pihak yang mendedahkan sikap kukubesi DAP mahupun agenda jahat mereka. Tunku Abdul Aziz, bekas Pengerusi DAP, bekas Adun DAP Teja R. K. Muthu, bekas ADUN Malim nawar Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh malah bar-baru ini, Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau juga telah bertindak keluar parti atas alasan yang sama, iaitu tidak sanggup lagi menerima pemerintahan kukubesi Lim Kit Siang anak beranak.

Jika itu belum cukup untuk membuat kita berfikir tentang bahayanya DAP, maka fikirkanlah bagaimana DAP membayar sebegitu ramai tentera siber ini?

Tidak lain tidak bukan, wang negeri Selangor dan Pulau Pinang telah dipamkan secara besar-besaran untuk tujuan ini. Bukankah wang tersebut adalah wang rakyat? Wang pembayar cukai? Bukankah ia perlu digunakan untuk negeri dan bukannya parti? Di manakah cekap, amanah dan telus (CAT) yang dilaungkan DAP? Bukankah lebih tepat jika dikatakan kejam, kotor dan korup (KKK)?

Beruang Biru

Saturday, April 27, 2013

WAJIB TONTON DAN SEBARKAN:VIDEO SEDIH KEKEJAMAN KERAJAAN TERHADAP KANAK-KANAK






ALLAHUAKBAR...
NAMA AJA PARTI ISLAM...
PERANGAI LANGSUNG TAK MACAM ISLAM...
HIDUP PENUH DENDAM KESUMAT...
BILA ADA KUASA...
BILA DAPAT BENTUK KERAJAAN...
DAH MACAM ORANG GILA...
ANAK KECIL JADI MANGSA...
APA AGAMA YANG MEREKA AMAL NI???
APA AGAMA AJAR KACAU ANAK KITA MENUNTUT ILMU???
APA DOSA ANAK KECIL INI SAMPAI JADI MANGSA KERAKUSAN KUASA KAU NI???
INI KE CARA KAU TUNJUK HANDAL BILA DAPAT KUASA???
TAPI ALLAH MAHA KAYA...
SEPENGGAL JER KAU ADA KUASA...
LEPAS TU HABIS SEMUA PUNAH BINASA..
RAKYAT TERENGGANU DAH SERIK DENGAN GILA KUASA PAS...
TAK MUNGKIN AKAN BERI KUASA PADA PAS SEMULA...
ORANG MELAKA PUN KENA INGAT SAMA..
ADAKAH KITA MAHU ANAK KITA JADI MANGSA KEGILAAN PUAK GILA KUASA??
BN JUGA KITA PILIH SAMPAI BILA...

ORANG MELAKA UNDI BN LER...

JPX

PANAS SABTU PETANG AHAD: RAHSIA GELAP CALON PAS MELAKA DIBONGKAR!!!


TERUS BACA >>>DI SINI<<<

Friday, April 26, 2013

KECOH PAGI JUMAAT:PKR GUNA PELAKON LUCAH UNTUK RAIH UNDI!!!




BARU-BARU ini pasangan KO-TOR-VERSI, Alvin dan Vivian mencetuskan kegemparan apabila Vivian memuatnaik gambar seksinya sambil memegang bendera Barisan Nasional (BN).
Apalagi ketika itu bersoraklah penyokong pembangkang…dakwa mereka lihatlah betapa murahnya BN hingga pelaku adegan seks seperti Vivian pun menyatakan sokongan terbuka pada parti berkenaan.

Bila Pelakon Seks, Vivian Bersama Nurul Izzah...

Terbaru Vivian memuatnaik dalam FB gambar mesranya dengan Nurul Izzah, jadi sekarang bagaimana pula?
Kami biarkan gambar di atas ‘menceritakan’ segalanya…anda tafsirlah sendiri.

Kalau parti yang diasaskan oleh pengamal seks bebas dan seks luar tabii, memang ramai yang akan ikut.

Vivian ni pelakon porno dan aku yakin ramai lagi yang orang yang hina serta keji ini akan turut sama dalam perjuangan parti yang keji itu.

Demi kuasa dan Putrajaya, pelakon porno punya undi pun mereka kejar. Janji ada kuasa dan undi.

Mahukan kita negara Malaysia menjadi tempat persundalan yang meriah dan ditadbir oleh mereka yang turut sama dalam persundalan ini???

JPX

Thursday, April 25, 2013

SERANGAN KOMUNIS KE ATAS BILIK GERAKAN BN GAGAL



Berlaku cubaan bakar Bilik Gerakan BN DUN Jelapang Parlimen Batu Gajah pada subuh tadi.

Kebetulan Polis sedang membuat rondaan ternampak suspek dalam keadaan mencurigakan sedang menyalakan api.

Suspek melarikan diri dengan sebuah kereta Nissan berwarna merah. Berlaku aksi kejar mengejar. 

Kereta suspek dipercayai terbabas dan ditahan anggota Polis.

Sementara itu kebakaran di Bilik Gerakan BN dapat dipadamkan oleh petugas-petugas dan orang ramai. 

Dalam kereta Nissan merah itu terdapat bom petrol dan 5 bilah parang panjang.

Kejadian berlaku jam 5.30 pagi tadi. Nasib baik tidak ada kemalangan jiwa atau kecederaan pada petugas-petugas Bilik Gerakan BN akibat dari kebakaran tersebut.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, kejadian itu dipercayai dilakukan oleh tiga lelaki sebelum mereka bertindak melarikan diri menaiki kereta Nissan Sentra. -- SUMBER

Wednesday, April 24, 2013

ADUH, KENAPA SURUHANJAYA PILIHANRAYA BUAT MACAM NI???!!!



BLOGGER PEMBANGGANG MEMANG BANGGANG...
KALAU DAH TAKDE ISU SANGAT...
KAU BUAT LER CERITA MACAM-MACAM...
SEMUA CERITA TIPU KAU BUAT...
SEMAU KAU TUDUH TAK TELUS...
ANWAR IBRAHIM TU TELUS SANGAT KER???
PILIHANRAYA PKR TU TELUS SANGAT KER???
LIM KIT SIANG TU TU TELUS SANGAT KER??
PEMILIHAN CEC DAP APA CITER??
LAIN KALI NAK MENIPU STUDY BETUL-BETUL...
JANGAN MAIN HENTAM SAJA...
BILA DAH KANTOI BODO MACAM NI...
KAU JUGAK YANG MALU SENDIRI...
JANGAN KEMARUK SANGAT NAK BUKTIKAN BAHAWA BLOGGER PEMBANGGANG NI MEMANG BANGGANG!!!

JPX


spr pengundi hantu

KENYATAAN MEDIA
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA Malaysia

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ingin merujuk kepada penyebaran maklumat melalui laman sosial kononnya ada seorang pengundi bernama Ab Rapar bin Awang yang memiliki tiga nombor kad pengenalan (MyKad) yang berbeza. Menurut laman sosial itu, oleh kerana individu ini mempunyai tiga nombor kad pengenalan yang berbeza, maka individu ini akan dapat mengundi di tiga tempat yang berbeza. Laman sosial itu juga telah memaparkan paparan semakan Maklumat Pengundian individu itu yang menunjukkan bahawa individu itu adalah seorang pengundi berdaftar dan akan mengundi di tiga Pusat Mengundi yang berbeza, iaitu di Sek. Keb. Balok, Sek. Keb. Bukit Setongkol dan Sek. Keb. LKTP Bukit Kuantan. Kesemua Pusat Mengundi itu adalah di Pahang.

2. Untuk makluman semua, pengenalan diri kepada pengundi atau identifier yang digunakan untuk merekod senarai pengundi di dalam Daftar Pemilih ialah nombor kad pengenalan dan bukannya nama. Ini kerana SPR menyedari bahawa, jika mengunakan nama sebagai identifier pengundi dalam Daftar Pemilih akan menyebabkan kekeliruan kerana memang ada nama-nama pengundi yang ejaannya sama tetapi mempunyai nombor kad pengenalan yang berbeza. 

Sebagai contoh, bagi ejaan nama Ismail bin Ibrahim terdapat 1,507 nama dalam Daftar Pemilih, Fatimah binti Abdullah (1,401 nama), Fatimah binti Ismail (1,377 nama), Fatimah binti Ahmad (1,377 nama) Ismail bin Ahmad (1,368 nama), Azizah binti Ahmad (1,039 nama).

3. Berdasarkan nama-nama ini, semakan SPR mendapati nombor kad pengenalan 12 angka mereka adalah berbeza dan gambar pada kad pengenalan mereka juga berbeza yang menunjukkan bahawa mereka adalah individu yang berbeza, hanya ejaan nama sahaja yang sama. Oleh itu, jika ada ada pihak-pihak yang mendakwa nama yang sama ini adalah merujuk kepada individu yang sama, maka dakwaan itu TIDAK BENAR. Ini kerana adalah mustahil bagi seorang individu bernama Ismail bin Ibrahim ini memiliki 1,507 kad pengenalan kerana nombor kad pengenalan atas nama itu adalah berbeza-beza. Begitu juga jika ada yang mendakwa bahawa individu ini boleh mengundi lebih daripada sekali juga adalah TIDAK BENAR.

4. Bagi kes Ab Rapar bin Awang, semakan SPR mendapati hanya ada tiga nama yang ejaan nama yang sama dalam Daftar Pemilih SPR. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga nama itu mempunyai nombor kad pengenalan yang berbeza, gambar dan cap jari mereka juga berbeza. Begitu juga dalam kes Jarmiah binti Abu Talib, pengundi adik beradik yang mempunyai nama yang sama yang pernah dilaporkan oleh media sebelum ini. Dua adik beradik yang tinggal di satu alamat itu mempunyai dua tarikh lahir yang berbeza, nombor kad pengenalan lama yang berbeza, cap jari yang berbeza dan nombor kad pengenalan 12 angka yang berbeza. Oleh itu, SPR menyeru kepada mana-mana pihak yang menjumpai perkara-perkara yang mencurigakan dalam Daftar Pemilih supaya menghubungi SPR di Call Centre 03-8885 6565 supaya SPR dapat membuat semakan dan memberikan penjelasan.

5. SPR juga ingin memaklumkan bahawa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini, Dakwat kekal akan digunakan dan setiap pengundi wajib dicalit pada jari telunjuk sebelah kirinya dengan dakwat itu. Jika ada
3
pengundi yang enggan jarinya dicalit, maka kertas undi tidak akan diberikan. Tujuan penggunaan Dakwat Kekal ini adalah untuk mencegah cubaan mana-mana individu yang hendak mengundi lebih daripada sekali. Dakwat Kekal yang digunakan bagi Pengundian Awal adalah berbeza warnanya dengan Pengundian Biasa. Oleh itu, SPR menegaskan bahawa untuk PRU Ke-13, tidak akan ada mana-mana individu yang boleh mengundi lebih daripada sekali kerana Dakwat Kekal akan digunakan. Bagi pengundi-pengundi yang telah mengundi, nama mereka akan dipotong dalam buku Daftar Pemilih yang digunakan oleh Kerani SPR semasa proses pengundian.

Sekian dan terima kasih

.........................t.t.............................
(DATUK KAMARUDDIN MOHAMED BARIA)
Setiausaha
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
23 April 2013

KOMUNIS DI PULAU PINANG SUDAH MULA ARAH BUNUH ORANG BARISAN NASIONAL






NIBONG TEBAL 24 April - Ceramah perdana anjuran Barisan Nasional (BN) Parlimen Nibong Tebal di Jawi di sini gempar apabila berlaku letupan misteri mengakibatkan seorang petugas parti cedera.

Letupan pada kira-kira pukul 10.15 malam itu berlaku di longgokan sampah, terletak kira-kira 10 meter dari pentas utama.

Ketika kejadian, Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan sedang berucap di depan hampir 3,000 hadirin.

Antara yang hadir ialah calon BN bagi Parlimen Nibong Tebal, Datuk Zainal Abidin Osman dan Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow.

Seorang saksi, A. Micheal, 39, berkata, dia sedang berdiri berhampiran keretanya yang terletak beberapa meter dari tempat kejadian ketika letupan berlaku.

"Saya terdengar bunyi dentuman yang kuat sebelum nampak sampah berterbangan sebaik letupan berlaku dan ternampak seorang lelaki cedera di bahagian kaki.

"Mujurlah saya dan isteri tidak tercedera namun terkejut dengan kejadian itu," katanya.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kaki kemudiannya dihantar ke Hospital Sungai Bakap bagi mendapat rawatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar ketika ditemui mengesahkan kejadian itu dan tidak menolak kemungkinan ada unsur sabotaj.

Jelasnya, polis masih menyiasat punca kejadian serta bahan letupan yang digunakan.

"Polis akan meningkatkan kawalan di kawasan ceramah di seluruh negeri sepanjang musim kempen pilihan raya ini," ujarnya. - UTUSAN ONLINE




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa