Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label Raja Petra Kamarudin. Show all posts
Showing posts with label Raja Petra Kamarudin. Show all posts

Thursday, April 14, 2011

MISTERI MENGAPA RPK SEBUT NAMA DIN MERICAN????



1- Raja Petra, pakar pembohong, telah berpusing arah dan membuat tuduhan terbaru kepada 4 orang sahabat beliau. Beliau menyatakan mereka lah yang sebenarnya membuat tuduhan terhadap Najib/Rosmah yang dikatakan terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Bukannya beliau. Beliau hanya menyampai dan memaklum seperti di dalam Akuan Bersumpah. Kata Raja Petra, mereka berempat lah yang sepatutnya disiasat dan ditangkap, bukannya beliau.






credit to HHALEM

Wednesday, April 13, 2011

ANWAR TELAH MENOPAUSE!!!!


ALHAMDULILAH...
KEBENARAN AKHIRNYA SAMPAI JUGA...
TIKANG FITNAH KINI BERKATA BENAR...
TUKANG SURUH SEMAKIN SESAK...
IDEA SEMAKIN KURANG...
NAFAS SEMAKIN PENDEK....
MASA SEMAKIN SINGKAT...

ANWAR...
RASAKAN BALASAN PERBUATAN JAHAT ENGKAU TIDAK LAMA LAGI...
MASANYA SEMAKIN HAMPIR UNTUK ENGKAU BERAKHIR....
SIAP SEDIALAH UNTUK MENIKMATINYA!!!!
HAHAHAHHAHA

JPX

Saya tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan kes Altantuya Sharibuu.

Itu pengakuan pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamarudin yang muncul buat pertama kali setelah sekian lama menghilangkan diri.

Raja Petra berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil-alih sebagai Perdana Menteri.

Dalam satu temubual eksklusif bersama Ashraf Abdullah yang menjejaki beliau di Perth, Australia baru-baru ini, Raja Petra berkata, akuan bersumpah yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008, hanyalah bersandarkan maklumat yang diperolehi daripada beberapa individu ini

Menurut Raja Petra, ramai orang termasuk polis, membuat tuduhan tanpa meneliti akuan bersumpahnya.

Dalam akuan bersumpah itu Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

RAJA PETRA KAMARUDIN, PENGENDALI BLOG MALAYSIA TODAY

"Di dalam sd saya tadi saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita. Dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini. Itu yang saya tulis dalam sd. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian. Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi dan untuk orang-orang ini kedepan. Dan saya sebut nama-nama orang ini. Saya sebut semasa siasatan polis."

Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat berkenaan, daripada beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka ialah Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican.

Menurut Raja Petra seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.

"Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil kot. Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi tempat itu kerana tempat itu kerana kawasan itu tempat hutan dan saya dok fikir dia nak panjat bukit, masuk hutan tengah tengah malam, pukul 12 malam, saya ingat mustahil kot."

Tambah Raja Petera, tujuan mereka ialah untuk memastikan Datuk Seri Najib tidak mengambil alih sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan.

Menurutnya dalam pertemuan dengan Nik Azmi, beliau bertanya kenapa beliau didesak untuk membuat akuan bersumpah itu.

"what do you hope to achieve? Dia kata pak lah akan letak jawatan, kalau kita tak block Najib, Najib akan menjadi Perdana Menteri, ganti Pak Lah"

Menurut Raja Petra, beliau kemudian meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan Datuk Seri Anwar.

"Din Merican pun contact saya balik dia kata dia dah cakap dengan anwar dan anwar pun bagi green light. Dia kata ok, orang ini no problem, apa dia cakap kita boleh percaya. Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa anwar…leftenan kolonel ini. Dan dia pun banyak bercerita kepada anwar tentang isu ini…dia kata proceed. Saya pun proceed."

Beliau berkata, kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau di dakwa di mahkamah.

Ikuti bahagian kedua temubual ini dalam Buletin Utama esok.

SUMBER LAMAN WEB TV3

Monday, December 13, 2010

RAJA PETRA KAMARUDIN PULA NAK JADI PRESIDEN MALAYSIA???


Penulis blog Raja Petra Kamaruddin (RPK) hari ini mengumumkan bahawa "kuasa ketiganya" - dikenali sebagai Gerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM) - tidak akan mencuri undi dari Pakatan, tetapi sebaliknya bermatlamat untuk "memperbaiki" apa yang rosak di Malaysia.

"Apakah MCLM ini? Nah, jawapan saya ialah KISS: Keep it simple, stupid. Kami adalah sekumpulan tukang-baiki. Dan anda mengatakan ada beberapa perkara yang rosak di Malaysia, seperti parlimen. Kami akan memperbaikinya," katanya semasa siaran langsung webcast dari London malam ini.

Beliau bercakap di satu forum yang kelihatan berlangsung di sebuah hotel di London, anjuran MCLM untuk menjelaskan mengenai gerakan itu dan misinya.

Menurut RPK (kanan), MCLM merupakan satu kumpulan yang dikumpul olehnya dan orang lain yang berpusat di Malaysia, seperti peguam yang juga penulis blog, Harris Ibrahim.

RPK mengetuai gerakan itu, dengan Yolanda Augustines (bawah) sebagai setiausaha manakala Farouk A Peru mengetuai inisiatif maklumatnya. Haris dan yang lainnya menganggotai jawatan MCLM.

Menurut MCLM, ia akan memulakan satu kempen untuk mendidik rakyat
Malaysia mengenai kebebasan awam mereka, yang juga akan merangkumi penerbitan sebuah akhbar rasmi yang akan diedarkan kepada masyarakat.

RPK menjelaskan bahawa MCLM tidak akan 'mencuri undi' sepertimana yang dibimbangi oleh sesetengah parti politik, tetapi sebaliknya ia akan membantu parti-parti politik untuk mengetengahkan calon-calon terbaik dengan mencadangkan mereka yang mampu berkhidmat dan mendidik masyarakat.

"Mereka mengeluh yang mereka tidak dapat mencari calon yang tepat. Nah, kita memberi mereka calon yang tepat," katanya.

Dengan cara ini, beliau percaya ia akan "memperbaiki" situasi di Malaysia di mana calon-calon yang berkhidmat di Parlimen, menurutnya, kini berkualiti rendah.

"Tujuan kami bukanlah untuk memenangi pilihan raya. Tujuan kami adalah membawa pembaharuan kepada sistem politik," tegasnya.

Tuesday, November 16, 2010

RAJA PETRA KAMARUDIN: ANJING GIGIT TUAN


1. Raja Petra Kamarudin, blogger upahan Sang Peliwat "makan tuan" sendiri apabila menghentam Anwar Ibrahim dalam tulisannya. >>>BACA TULISAN PENUH RPK DI SINI<<<

2. Antara punca utama anjing gigit tuan apabila tidak diberikan makan dengan cukup. RPK yang dikesan di London dilihat mula bekerja sebagai pelayan restoran dan terakhir dilihat sedang menyelongkar tong sampah untuk mencari sarapan pagi.

3. Allah Maha Kuasa, kalau dulu RPK sanggup menabur fitnah hanya untuk membela Sang Peliwat, hari RPK sendiri membuka pekung di dada Anwar Ibrahim dan dirinya sendiri. Itulah watak sebenar Anwar Ibrahim, masa dia memerlukan seseoarng itu, sanggup buat apa sahaja. Habis madu sepah dibuang!!!

4. Sama-sama kita berdoa agar Malaysia ini terhindar dari pemimpin begini dan tukang fitnah yang jahat!!!

JPX


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa