Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label prk n25 DUN kajang. Show all posts
Showing posts with label prk n25 DUN kajang. Show all posts

Wednesday, February 05, 2014

TARIKH PENTING PRK DUN KAJANG



• TARIKH PENAMAAN CALON 11 MAC 2014, TARIKH PENGUNDIAN AWAL 19 MAC, TARIKH HARI MENGUNDI 23 MAC 2014.

• GUNA DAFTAR INDUK PEMILIH 2013 DAN SUKU KETIGA 2013 KEMAS KINI SEHINGGA 26 JANUARI 2013. 39,278 PENGUNDI BERDAFTAR. 1,197 PENGUNDI AWAL.

• KOS PILIHAN RAYA BERGANTUNG KEPADA LOKASI DAN JUMLAH PETUGAS. JUMLAH SALURAN DAN PUSAT PENGUNDIAN. SPR BERUSAHA UNTUK KURANGKAN KOS.

• SEBELUM TARIKH PENAMAAN CALON BUKAN TUGAS SPR UNTUK MEMANTAU KEMPEN. DAKWAT KEKAL AKAN DIGUNAKAN PADA PILIHAN RAYA INI.

• MAC DIPILIH KERANA PERLU MEMBUAT PERSEDIAN LENGKAP. KITA KENA BERSIHKAN SENARAI NAMA PENGUNDI.


Monday, February 03, 2014

PANAS:KISAH SEBENAR DI SEBALIK PRK KAJANG


Ada seorang bekas orang kanan PKR selalu suka bercerita kepada rakan-rakan bagaimana dia merasa 'cukup terhibur' tengok gelagat budak-budak baru penyokong tegar parti itu yang berlagak hebat seolah pernah tidur baring dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dakwanya lebih melucukan ialah adanya puak-puak bijak pandai dalam parti itu yang terus menerus membiarkan diri mereka kena kelentong hidup-hidup.

Sebaliknya kalau tengok senarai yang sudah cabut,ramai yang terdiri dari mereka yang sudah cukup kenal siapa dan tahu 'lubang' Ketua Umum PKR itu termasuk staf bekas pejabatnya dan yang pernah jadi balaci.

Kisah-kisah mereka dan pendedahan yang buat mereka 'celik' sudah banyak kali tersiar.Antaranya tentulah Datuk Zulkifli Nordin.

Kelebihan tentang bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu,Kedah ini beliau adalah antara barisan peguam yang pernah terlibat mengendalikan kes liwat pertama Anwar dulu.

Sebab itu sekilas gerak langkah Anwar...awal-awal lagi mereka sudah dapat baca dan buat jangkaan apa sebenarnya nawaitunya.

TIGA KALI RAKYAT DITIPU ANWAR IBRAHIM MELALUI PRK


Pilihanraya bukanlah sesuatu yang boleh dibuat sesuka hati dan pada bila-bila masa. Pilihanraya adalah simbol ‘kepercayaan rakyat’, ‘integriti’ dan ‘keadilan’.

Justeru, sesebuah pilihanraya memakan kos yang begitu tinggi untuk memastikan perjalanannya lancar dan tepat. Bagi sesebuah pilihanraya kecil juga, SPR dan PDRM memerlukan jumlah jutaan ringgit. Contohnya, bagi PRK Kuala Besut yang lalu, perbelanjaan dari SPR sahaja memakan jumlah RM750,000 dan PDRM pula sebanyak RM10.4 juta. Jumlah ini sudah cukup untuk menunjukkan yang ia bukan sesuatu yang boleh dipermudahkan.

Berdasarkan hakikat ini, seseorang wakil rakyat tidak boleh berundur diri dan meletak jawtan sesuka hati, tanpa sebab musabab yang konkrit walaupun atas nama kepentingan parti. Ini kerana tugas utama seorang wakil rakyat adalah untuk mewakili rakyat, bukan parti.

Sunday, February 02, 2014

ANWAR IBRAHIM MENGAKU PRK DUN KAJANG ADALAH RANCANGAN JAHAT MEREKA


BUKIT MERTAJAM: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti-parti sekutu dalam pakatan pembangkang memang telah membuat perancangan untuk mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi memberi laluan kepadanya bertanding di kawasan itu.

Beliau berkata peletakan jawatan ADUN Kajang Lee Chin Cheh pada 27 Januari lepas juga dilakukan menerusi rundingan terlebih dahulu, dan bukan secara mengejut.

"Dia (Lee) meletak jawatan itu bukan tanpa rundingan. Dia letak (jawatan sebagai ADUN) itu memang nak bagi ruang kepada saya untuk bertanding. Kerajaan negeri Selangor juga mengetahui tentang perkara itu.

"Dalam politik kena ada kejutan, dan ini (peletakan jawatan Lee) dianggap sebagai satu strategi kita (Parti Keadilan Rakyat - PKR)," katanya kepada kira-kira 200 ahli jawatankuasa cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan cabang wanita di Yayasan An Nahdoh, Kubang Semang di sini malam Sabtu.

Anwar juga mengakui bahawa kerajaan negeri Selangor memang berhadapan dengan masalah dalaman tetapi ia dalam keadaan terkawal.

"Walaupun kerajaan negeri Selangor ditadbir dengan baik dari aspek urusan ekonomi, tetapi masalah gereja dan bible merupakan masalah yang paling berat di Selangor, jadi saya perlu bantu untuk selesaikan masalah itu," katanya.

Anwar juga berkata beliau akan membuat penjelasan secara terperinci mengenai hasratnya bertanding di DUN Kajang Isnin ini, di Kajang bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Lee memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan Barisan Nasional (BN), Berjasa dan tiga calon bebas.--ASTROAWANI

Saturday, February 01, 2014

PAS TERUS JADI MANGSA DIPERBODOHKAN PKR


KEPIMPINAN Pas di semua peringkat ketika ini menunjukkan keberanian luar biasa apabila mengkritik hebat wayang politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor ekoran peletakan jawatan Lim Chin Cheh sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang.

Apa yang tidak boleh diterima oleh Pas ialah tindakan itu dilakukan tanpa berbincang dengan parti tersebut dan dibuat atas tujuan politik semata-mata demi memberi laluan kepada PKR menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ahli Jawatankuasa Pas pusat, Nasrudin Hassan menyifatkan tindakan wakil rakyat PKR itu haram dan telah mengkhianati amanah serta memudaratkan rakyat.

Dewan Pemuda Pas pula memberi amaran akan memboikot pilihan raya kecil tersebut jika Chin Cheh gagal memberi penjelasan munasabah. Ketua Penerangan Pas Terengganu, Mohd.Nor Hamzah turut menganggap PKR melakukan pengkhianatan terhadap rakan pakatan.

ANWAR IBRAHIM MOHON SIMPATI RAKYAT KERANA KETAGIHAN MELIWAT



DARI sudut mana pun, Anwar hilang fakta untuk menjustifikasikan kekosongan dalam DUN Kajang yang sengaja dibuat bagi membolehkan dia bertanding dan seterusnya berpeluang untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Gamenya sekarang, buat-buat mengaku salah, buat-buat insaf, buat-buat tak boleh elak, divert isu dan yang seumpama dengan itu supaya yang bodoh-bodoh ini (para macai) diakhirnya akan terima sajalah hakikat bahawa Anwar memang perlu bertanding disitu.

Tapi itu hanya jangkaan penulis, mengenali Anwar (bapak pembohong), apa saja boleh berlaku, silap-silap pada hari penamaan calon, orang lain yang muncul mewakili PKR.  Ini semua tidak mustahil, Anwar kan, tahu sajalah.

Thursday, January 30, 2014

JOM BACA:NIK AZIZ SOKONG AMALAN SYAITAN


MEMBAZIRKAN AMALAN SYAITAN...
PUAK NI SELALU MARAH CAKAP KERAJAAN MEMBAZIR...
SEKARANG NI ANWAR PULAK NAK BAZIRKAN DUIT RAKYAT DENGAN SENGAJA ADAKAH PRK...
KALAU ADUN TU MATI LAIN CERITA...
INI ANWAR "BUNUH" ADUN TU  UNTUK KEUNTUNGAN POLITIK DIRI SENDIRI..
ADA KE PATUT...???
ORANG PAS YANG "WARAK" KENA KAJI BETUL-BETUL CERITA PRK KAJANG NI...
ADDAKAH INI AMALAN YANG BAIK DI SISI AGAMA???

JPX 

Setiap kali Anwar Bin Ibrahim melakukan kesalahan maka Nik Aziz akan tampil mempertahankan beliau seolah-olah telah menjadi tugas khas Nik Aziz untuk “mencuci najis” Anwar Bin Ibrahim. Sepatutnya manusia yang berada dipenghujung usia seperti beliau sentiasa mengeluarkan kenyataan yang benar dan adil sahaja tanpa dipengaruhi oleh sebarang kepentingan peribadi.

Dalam keadaan Nik Aziz yang sentiasa uzur beliau dilihat berada dalam keadaan yang cukup terdesak apabila sanggup mencabar Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk tidak meletakkan calon mereka sekiranya menganggap pengosongan kerusi di Dun Kajang itu sebagai satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi.

Mengapa Nik Aziz tidak lantang bersuara mempertahankan kesucian maruah Islam apabila Kalimah Allah dengan jelas cuba diperkotak katikkan oleh rakan-rakan seperjuangan Nik Aziz. Anehnya apabila Nik Aziz yang kononnya mewakili parti Islam Se-Malaysia sebenarnya tidak peduli langsung akan untung nasib bangsa Melayu yang beragama Islam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa