Hello Nurul Izzah…sila siapkan jawapan yang meyakinkan untuk bela diri dalam isu pertemuan dengan Jacel Kiram di Manila pada 9 November lalu.
Kini sudah rasmi dan tidak ada ding dong lagi Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai itu akan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said yag jaga urusan Parlimen dalam satu kenyataan Rabu kata Nurul Izzah ke jawatankuasa berkenaan mengikut Peraturan Mesyuarat (27 (3) dan 80.
Usul itu sudah masuk dalam jadual mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.Kata Azalina permohonan maaf Naib Presiden PKR itu tidak dapat diterima kerana sebagai Ahli Parlimen tindak tanduk itu bertentangan dengan sumpah mempertahankan negara dan perlembagaan.

