Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label petronas. Show all posts
Showing posts with label petronas. Show all posts

Friday, June 27, 2014

ORANG KUAT PETRONAS ADALAH TALI BARUT KOMUNIS!!!


MEMBACA rungutan CEO Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas dalam temubualnya dengan majalah The Edge, penulis mula rasa orang Melayu ini seakan tidak boleh diberikan jawatan tinggi, mesti lupa daratan sebab dah anggap diri tu macam besar sangat walaupun jawatan itu sebetulnya atas ehsan kerajaan yang memerinah.

Yang buat penulis berpandangan begitu sebab antara lain, Shamsul secara terbuka menyalahkan pemimpin-pemimpin UMNO kerana kononnya campur tangan dalam urusan Petronas, terutama bila Petronas dibawah pentadbirannya, menghadkan dividen yang dibayar syarikat itu kepada kerajaan, pada kadar 30% setahun walaupun keputusan itu mendapat bantahan beberapa pemimpin UMNO yang ikut katanya mahu ‘lebih lagi’.

Siapakah pemimpin yang dimaksudkan, tidak pula disebutkan Shamsul tapi yang nyata bukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disahkan oleh Shamsul sendiri dalam temubual tersebut tidak banyak campur tangan dalam urusan Petronas.  Shamsul hanya mengkategorikan mereka ini sebagai birokrat politik dari kerajaan.

Persoalannya sekarang, Shamsul sudah lupakah bahawa Petronas adalah syarikat milik kerajaan?  Kalau kerajaan tidak boleh masuk campur dalam syarikat yang dimilikinya sendiri terutama dalam soal polisi, siapa yang boleh?

Wednesday, December 18, 2013

TNB JUAL PISANG GORENG!!!???


Kenapa tarif elektrik naik?

TNB hasilkan elektrik daripada bahanapi (gas, arang batu, diesel). Tapi bukan tnb shj hasilkan elektrik di malaysia, IPP pun hasilkan juga dan jual kepada TNB.  

TNB terpaksa beli elektrik daripada ipp mengikut perjanjian yang ditetapkan kerajaan dulu. TNB beli bahanapi ni, bukan saja untuk tnb hasilkan elektrik sendiri, tapi untuk IPP hasilkan elektrik jugak. 

Mengapa? 

Dalam perjanjian dulu kerajaan dah cakap macam tu dan kerajaan janji akan bagi subsidi bahan api kepada TNB  dan TNB mesti ikut tarif yang kerajaan kawal untuk rakyat.

Daripada dulu lagi, TNB beli bahanapi (gas) daripada Petronas. Kenapa daripada Petronas dan bukan Shell/Esso/BHP/dll? 

Sebab Kerajaan nak bantu Petronas. TNB ikut cakap kerajaan dan beli bahanapi ikut harga yang Petronas minta. 

Kerajaan selalu semak cara TNB uruskan perniagaan, harga minyak pasaran, dan kawal tarif supaya selari dengan subsidi yang kerajaan berikan.

Akan tetapi, untuk budget 2014 kerajaan dah ubah strategi. Kerajaan nak kurangkan subsidi tertentu untuk naikkan kewangan Malaysia. 

Bermula dengan subsidi  RON 95, kemudian subsidi gula, kemudian mulai 1 Januari 2014, subsidi bahanapi pun akan ditarik balik, jadi dah tentu lah Kerajaan akan naikkan tarif elektrik.

Kerajaan dah panggil banyak overseas consultant untuk study pasal tarif ini sebelum kerajaan umumkan pengurangan subsidi.

Sebenarnya itu explaination mudah yang ramai orang tak tahu, perumpamaan antara Kerajaan, Petronas dan TNB dalah macam tuan punya kebun pisang, penjaga kebun pisang dan peniaga pisang.

Kerajaan         = Tuan punya kebun pisang
Petronas         = Penjaga kebun pisang
TNB                = Penjual goreng pisang

Kerajaan ada kebun pisang yang pisang dah siap tanam, dan berbuah sentiasa. 

Kerajaan suruh Petronas jaga. Dulu-dulu, Kerajaan jual goreng pisang sendiri, tapi selalu rugi. 

Lepas tu, Kerajaan suruh TNB jual goreng pisang, ownership terbesar masih kerajaan tapi dengan syarat, TNB mesti beli pisang daripada kebun kerajaan.

Jadi harga pisang akan ikut harga market, tapi, sebab ni kan macam kerajaan punya, jadi kerajaan bagi la diskaun (subsidi) untuk beli pisang. 

Harga goreng pisang pulak kerajaan yang boleh tetapkan, TNB hanya uruskan sahaja kedai pisang goreng tu. 

Lama kelamaan, kerajaan rasa dia patut kurangkan diskaun, tapi dia tahu, ini akan bagi kesan  kepada penjualan goreng pisang, dia pun bagi la 2 kelulusan bersama, iaitu, diskaun pisang mentah akan dikurangkan, dan dalam masa yang sama, harga pisang akan dinaikkan. 

DAN PERLU DIINGAT 

70.7% pelanggan TNB atau 4.56 juta rumah yang guna kurang 300kWj atau bil RM77 sebulan tidak akan terlibat dgn kenaikan tarif letrik. 

1 juta pelanggan yg bil RM20 ke bawah dibayar oleh Kerajaan dgn kos RM150juta setahun.


ADA FAHAM SEMUA???

JPX

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa