Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label KJ. Show all posts
Showing posts with label KJ. Show all posts

Friday, May 08, 2015

APA KJ KATA PASAL KES TABUNG HAJI-1MDB...


Kenyataan Rasmi YB Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) ingin menzahirkan kebimbangan kami berkenaan pembelian sebidang tanah bernilai RM188.5 juta di Tun Razak Exchange (TRX) oleh Tabung Haji (TH) daripada 1MDB.

Pembelian tanah ini dikatakan sebagai pelaburan bagi TH yang melalui proses penilaian yang wajar disetiap peringkat.
PPUM tidak menafikan keperluan TH untuk membuat pelaburan. Pelaburan dalam pasaran modal (pembelian saham) dan sektor hartanah harus dibuat oleh TH bagi menjana pulangan yang dapat diagih kepada para pendeposit TH dalam bentuk dividen.

Yang menjadi pertikaian dalam pembelian tanah TRX ini adalah cara bagaimana transaksi ini dilaksana.

Thursday, August 29, 2013

KISAH PERIBADI KJ SUDAH TERSEBAR!!!


Khairy Jamaluddin dianggap sebagai seorang yang unik dari dulu lagi. Beliau lebih tinggi, tampan (hitam manis) dan bijak daripada kebanyakan ahli politik di Malaysia. Pada pendapat saya, hanya Rafizi Ramli (yang perlu menurunkan berat badan beliau dengan segera) mampu bersaing dengan beliau dari segi politik mahupun intelek.

Bagi ahli politik yang lain pula, tidak kira kalau mereka dari PR atau BN, mereka setakat pemerhati dalam apa yang bakal berkembang untuk menjadi pertarungan untuk masa depan kepimpinan kaum Melayu dan akhirnya, Malaysia. 

Memandangkan Ketua Pemuda Pas Nasruddin Hassan Tantawi, semakin tidak relevan dalam arena politik nasional (kecuali dalam menggesa pembatalan konsert!), jelas bahawa dua pemimpin muda ini akan terus menjadi pesaing politik untuk beberapa dekad. 

TERUS BACA >>>DI SINI<<<

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa