Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, May 08, 2015

APA KJ KATA PASAL KES TABUNG HAJI-1MDB...


Kenyataan Rasmi YB Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) ingin menzahirkan kebimbangan kami berkenaan pembelian sebidang tanah bernilai RM188.5 juta di Tun Razak Exchange (TRX) oleh Tabung Haji (TH) daripada 1MDB.

Pembelian tanah ini dikatakan sebagai pelaburan bagi TH yang melalui proses penilaian yang wajar disetiap peringkat.
PPUM tidak menafikan keperluan TH untuk membuat pelaburan. Pelaburan dalam pasaran modal (pembelian saham) dan sektor hartanah harus dibuat oleh TH bagi menjana pulangan yang dapat diagih kepada para pendeposit TH dalam bentuk dividen.

Yang menjadi pertikaian dalam pembelian tanah TRX ini adalah cara bagaimana transaksi ini dilaksana.

Di sini PPUM memohon penjelasan daripada pihak Kementerian Kewangan (MOF) dan juga TH dalam beberapa perkara:

Soalan kepada MOF

1) Berapakah harga yang dibayar oleh 1MDB untuk tanah keseluruhan TRX dan daripada itu berapa harga yang dibayar oleh 1MDB secara pro rata bagi tanah yang dijual kepada TH sebesar 1.56 ekar ini?

2) Apakah benar perancangan awal sebelum tanah TRX dijual kepada 1MDB, adalah untuk kerajaan menjual tanah inikepada Pelaburan Hartanah Berhad, iaitu sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk meningkatkan pemilikan hartanah dikalangan mesyarakat Bumiputera?

3) 1MDB akan menerima RM188.5 juta daripada penjualan tanah ini kepada TH. Duit ini akan diguna untuk tujuan apa?

Soalan kepada TH

1) Tidakkah berlaku satu konflik kepentingan dalam transaksi ini memandangkan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail, juga merupakan Ahli Lembaga 1MDB? Apakah wujud konflik kepentingan lain yang melibatkan pegawai kanan TH dalam transkaksi ini?

2) Adakah benar, diskaun yang kononnya diberi oleh 1MDB dalam penjualan tanah ini, sebenarnya ditawarkan kepada TH atas persetujuan TH membayar 100% daripada harga tanah ini sebaik sahaja Perjanjian Jual Beli dimeterai? 

Adakah TH pernah menyelesaikan pembayaran 100% bagi mana-mana bidang tanah yang dibeli sebaik sahaja SPA ditandatangani sebelum ini?

3) Apa asas penilaian yang dibuat oleh Panel Pelaburan TH yang meluluskan pembelian ini? Apakah benar laporan risiko yang dibuat merumuskan pelaburan ini sebagai berisiko tinggi? Apakah benar pembelian bidang-bidang tanah terkini yang dibuat di kawasan berhampiran dibuat pada harga yang lebih redah daripada apa yang dibayar oleh TH untuk tanah ini?

PPUM menggesa agar soalan-soalan diatas dijawab dengan segera. Tujuan soalan-soalan ini ditanya adalah untuk mendapat pencerahan yang lebih lanjut memandangkan pembelian yang dibuat oleh TH ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi yang mengudang kemarahan rakyat.

Umum mengetahui isu 1MDB ini sudah menjadi semakin runcing. PPUM amat risau sekiranya institusi seperti TH digunakan untuk menyelamatkan 1MDB.

Sebarang usaha untuk menyelamatkan 1MDB yang boleh merugikan rakyat tidak boleh diterima.

8 Mei, 2015

4 comments:

Anonymous said...

jika benar..ini merupakan TH bagi duit free kpd 1MDb*bi.

Kenapa tak beli terus dari GOMEn dgn harga yg sama dgn 1Mbab*.
Kata dah untung bilion2, !MDb&bi sedekah lah kepada TH lagi baik, buat Darul Haji, Asia tenggara.

pelik betul pandai ekonomi, BILA KAYA BERBILION2 hasil PERROLIUM SAUDI tak mahu sedekah, dahlah beli murah, nak jual mahal2.

pengundi UMNO Permatang Pauh said...

Untuk pertama kali aku sebagai ahli UMNO bersetuju dan menyokong Saudara Khairi!..Tapi jangan terus diam selepas penjelasan diberikan..

Unknown said...

Dia ni pandai masuk daun, tapi buah tadak.buah semua org punya.

Anonymous said...

kj ini adalah menteri paling bangang sekali yang ade dalam kebinet. dulu pegang kelab sukan hancur, pegang kementerian sukan langsung satu benda pun tak berjaya. hang menteri pegi lah jumpa najib tanya elok elok. kadang2 tepikir gak adekah semua isu yang berlaku arahan najib. kwsp naik umur najib gak, th beli tanah najib gak, anwar masuk penjara najib gak, air asia najib gak. kalau betul lah najib ni betul betul hebat dan gila. boleh pikir sume tu. hairan aku najib ade di singapore masa bila dia suruh th beli tanah. mungkin talipon je kot. ini keretapi laju ni tak de ke nak songlap dokumen dgn singapore mane tau ade penyelewangan projek billion2 wei. punya lah baral orang melayu ni ditipu sampai tak tau guna otak. sepanjang kerajaan melayu ni memerintah dari dulu ade ke duit pencarum kwsp tak leh keluar masa umur 55. ade ke orang hilang duit yang simpan di tabung haji. kj ni bagi menari zumba boleh lah baik aku yang ganti tempat dia aku ingat 2 tahun malaysia mesti baguih dalam sukan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa