Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label SELANGOR. Show all posts
Showing posts with label SELANGOR. Show all posts

Tuesday, August 19, 2014

PEMIMPIN PAS TIDAK KLIMAKS SEJAK DULU LAGI


PEMIMPIN, penyokong dan ahli Pas yang pro golongan ulama perlu mengakui bahawa penguasaan mereka dalam parti itu sudah berakhir, bersedialah untuk transformasi melalui laungan reformasi yang bakal menyaksikan golongan itu sekadar 'penghias organisasi.'

Kegagalan golongan itu menahan arus kuat dalam menentukan pencalonan Menteri Besar (MB) Selangor pada mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat, kelmarin sudah menjadi isyarat awal bahawa Pas kini bukan lagi 'milik ahli Pas'.

Sebaliknya Pas ibarat sekadar sebuah parti yang segala keputusan harus mendapat restu dan kelulusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Tanpa izin kedua-dua parti itu segala kehendak, kemahuan dan keputusan Pas hanyalah ibarat buih di tengah lautan, banyak tetapi tidak membawa apa-apa manfaat.

Bayangkanlah, maruah Pas bagaikan diinjak-injak apabila keputusan parti itu mencalonkan dua nama iaitu Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali ditolak mentah-mentah oleh PKR dan DAP. Sebaliknya Pas dipaksa untuk akur dengan kehendak kedua-dua parti tersebut yang hanya mahu Wan Azizah sahaja dicalonkan.

Perasaan hormat terhadap Pas seolah-olah tidak wujud memandangkan cadangan Pas diketepikan tidak sampai enam jam selepas mereka membuat keputusan dalam satu mesyuarat yang menjadi tumpuan seluruh negara.

Monday, August 11, 2014

KHALID KEKAL MB SELANGOR DAN WUJUD KERAJAAN PERPADUAN MELAYU!!!


Khalid Ibrahim Senyum Lebar bila masuk ke Istana.Sultan turut Senyum , apa maksud?

Menurut sumber yang rapat dengan Pejabat Khalid Ibrahim, beberapa orang ADUN BN sudah mula mengorak langkah untuk menubuhkan "Kerajaan Perpaduan Melayu" di Selangor. Ekoran sikap lantang DAP yang menyerang Khalid kerana isu Bible dan isu isu yang berkaitan agama Islam maka ada beberapa ADUN sudah mula memikirkan langkah untuk bersatu demi agama Islam.

Khalid Ibrahim dikatakan berunding secara senyap dengan beberapa orang ADUN PAS dan beberapa orang ADUN PKR yang tidak lagi setuju dengan sikap kuku besi Anwar Ibrahim.

Ada ADUN PKR yang berbangsa Melayu tidak lagi berasa senang dengan campur tangan berlebihan DAP dalam menyingkirkan Khalid sebagai ahli PKR. Mereka tidak lagi pandang wang dan ugutan sebagai cara penyelesaian. Mereka takut nasib yang akan terjadi kepada orang Melayu Selangor jika Wan Azizah naik sebagai MB Selangor.

Wan Azizah disifatkan sebagai seorang yang lembik dan boleh dibuli oleh DAP. Anwar sudah dipenjara, oleh itu apa lagi yang Wan Azizah boleh buat? Siapa yang nasihat Wan Azizah? Sudah tentulah orang itu adalah Kit Siang.

Mereka berpendapat bahawa DAP juga boleh buat perkara yang sama untuk menjatuhkan Wan Azizah di Selangor suatu hari nanti. Perkara itu boleh berlaku dan akan berulang kembali kepada Wan Azizah. Lagipun Wan Azizah bertanding di kerusi yang majoritinya pengundi Cina.

Keputusan besar dijangka dicapai dalam mesyuarat khas Majlis Dewan Diraja Selangor yang sedang berlangsung di Istana Alam Shah, Klang hari ini. Apakah akan ada satu berita baik untuk orang Melayu di Selangor hari ini?--BERUANG BIRU

Monday, January 13, 2014

KRISTIAN AKAN JADI AGAMA RASMI SELANGOR TIDAK LAMA LAGI...


Saya difahamkan bahawa MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan agar 351 Bible menggunakan kalimah “Allah” yang dirampas JAIS baru-baru ini supaya dipulangkan pada Persatuan Bible Malaysia. Malah JAIS juga diarahkan agar memberitahu Kerajaan Pakatan Haram Selangor terlebih dahulu sebelum melaksanaka sebarang operasi di negeri itu…

Setakat ini, itulah saja tindakan dari Khalid Ibrahim. Mungkin itulah saja yang terdaya dia lakukan sebagai MB Selangor yang dipercayai berbangsa Melayu dan beragama Islam. Saya tidak tahu apa lagi yang dia mampu lakukan selepas ini berkenaan kes tersebut…

Sebagaimana maklum, JAIS merampas naskhah-naskhah Bible tersebut bukanlah disebabkan ia dicetak berbahasa Melayu. Tapi ia dirampas atas kesalahan menggunakan kalimah “Allah” tercetak di dalamnya bertepatan sebagaimana yang dilarang di dalam Enakmen 1988.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa