Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label SERANGAN LAHAD DATU. Show all posts
Showing posts with label SERANGAN LAHAD DATU. Show all posts

Wednesday, April 23, 2014

PENGGANAS SULU DITAHAN DI LAHAD DATU

SEKADAR HIASAN
LAHAD DATU - Seorang lelaki yang mengaku dirinya diberi kuasa oleh Sultan Sulu untuk mengurus orang Suluk yang berada di daerah ini diberkas di Kampung Long Danau, Jalan Silabukan, kira-kira 16 kilometer dari bandar Lahad Datu, semalam.

Lelaki berusia 57 tahun itu, ditahan jam 5.30 pagi melibatkan operasi khas diselaraskan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) berdasarkan maklumat Bahagian Pertahanan Esscom.

Ketua Pengarah Esscom, Datuk Mohammad Mentek berkata, lelaki itu ditahan kerana memasang bendera Kesultanan Sulu yang dikhuatiri mempengaruhi semangat patriotik orang Suluk yang menetap atau menjadi warganegara di negeri ini.

Beliau tidak memberi butiran lanjut identiti lelaki berkenaan yang hanya memiliki salinan kad pengenalan atas faktor keselamatan.

Friday, September 27, 2013

TIAN CHUA BAKAL BERGELAR BANDUAN TIDAK LAMA LAGI


Provokasi bencikan UMNO dan semuanya salah UMNO yang cuba didoktrinkan oleh pembangkang telah sampai ke peringkat yang melampaui batas.  Tindakan Tian Chua menuduh  kononnya pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara UMNO dalam portal lidah rasmi PKR, Keadilan Daily tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. 

Selama ini pembangkang menggunakan kekhilafan perundangan dengan bantuan majlis peguam untuk melepaskan diri dari kesalahan dan kejahatan yang mereka lakukan.

Dengan kapasiti kewangan yang cukup besar, pembangkang bersama majlis peguam mampu menangguhkan perbicaraan secara berterusan.  Ini merupakan tindakan pembangkang yang cukup bacul. 

Wednesday, May 22, 2013

ANWAR IBRAHIM JALANI PEMBEDAHAN APENDIKS KERANA TERLALU BANYAK MAKAN CILI



Oleh: Zul Rawi

Anwar semakin pening kepala apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi semalam berkata semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.

Pepatah Melayu ada menyatakan ‘Siapa makan cili, dia yang rasa pedas’. Pepatah ini sangat bertepatan dengan Anwar kerana beliau sudah dapat merasakan dirinya akan sekali lagi dihumban ke dalam penjara walaupun Zahid hanya memberitahu tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah.

Apa yang lebih menarik, maklumat terperinci itu bukan sahaja datang dari pihak polis, malah pihak tentera juga terlibat dalam mengumpulkan segala bukti-bukti yang ada. Berdasarkan laporan tersebut, polis dan tentera akan meneliti dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah. Polis, tentera dan peguam negara akan duduk bermesyuarat untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya.

Rakyat Malaysia nampaknya sudah tidak sabar lagi untuk mengetahui siapakah dua orang dari semenanjung dan seorang dari Sabah yang telah menjadi pengkhianat kepada negara. Bukan sahaja rakyat, tetapi pemimpin pembangkang iaitu bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee semalam turut mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.

Memandang pilihan raya umum telah berakhir dengan jayanya, adalah amat tepat dan masa yang terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut kerana jika pendedahan dibuat sebelum PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik.

Selepas dibebaskan dari penjara, Anwar sepatutnya menjadi seorang Muslim yang baik dan berguna untuk masyarakat Islam di negara ini dan berhenti daripada menjadi seorang pengkhianat yang melampaui batas.

Anwar sepatutnya bermuhasabah diri dengan apa yang telah beliau lakukan selama ini dan bukannya menjadi pengkhianat bertindak menghasut rakyat serta menyalahkan pihak lain di atas kejahilan diri sendiri. Anwar harus kembali ke pangkal jalan, bermuhasabah diri dan memperbaiki diri untuk menjadi seorang Muslim yang baik dan bermanfaat kepada ummah.

Anwar perlu sedar, sudah ramai rakan-rakannya yang ikhlas dalam perjuangan, yang dulunya sanggup berkorban apa saja untuk beliau, kini seorang demi seorang telah meninggalkan beliau. Apakah rakan-rakan yang meninggalkan Anwar itu salah semuanya dan Anwar saja yang betul?

Sudah tentu ada sebab musabab yang menyebabkan mereka meninggalkan perjuangan Anwar walaupun sudah ada yang berpuluh tahun bersama dengan beliau. Anwar perlu sedar hakikat ini dan rakyat juga perlu melihat perkara ini dengan fikiran yang terbuka dan belajar menerima hakikat.

Thursday, April 18, 2013

PENGLIBATAN ANWAR IBRAHIM DENGAN PENGGANAS SULU SEMAKIN JELAS





Desas-desus mengaitkan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dalam insiden pencerobohan di Sabah ternyata benar apabila hasil siasatan polis mendapati pengganas Kiram menyewa senjata api daripada kumpulan itu.Menurut sumber,perkara itu didedahkan sendiri oleh kumpulan pengganas terbabit yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) baru-baru ini. 

“Di Pulau Jolo,kumpulan pengganas Kiram merupakan kelompok yang paling lemah dari segi kewangan serta kekuatan senjata api berbanding kumpulan lain seperti MNLF,kumpulan Abu Sayyaf,Jemaah Islamiah,lanun dan kumpulan penculik.Oleh sebab itu,mereka terpaksa meminjam senjata api daripada MNLF serta mendapatkan pembiayaan daripada kumpulan-kumpulan penyeludup,” katanya ketika ditemui semalam. 

Sumber itu berkata,selain pembongkaran itu,polis turut menemui carta organisasi ‘kerajaan’ pilihan mereka yang menampilkan Sultan serta Perdana Menteri pilihan mereka sekiranya berjaya menakluk Sabah. “Carta itu ditemui ketika polis menahan Clarence Luing Karl @ Muhammad Khali,57,di Kota Kinabalu pada 4 April lalu,” ujarnya. 

Menurut sumber itu lagi,kumpulan pengganas yang miskin tersebut mendapat pembiayaan daripada kumpulan-kumpulan penyeludup selain menjual pingat ‘Darjah Kebesaran’ mereka. “Mereka menjual pingat kebesaran tersebut dengan harga antara RM10,000 ke RM15,000 mengikut kedudukan.Dianggarkan berpuluh individu daripada pelbagai latar belakang seperti peniaga yang membeli pingat Datuk atau Datuk Seri daripada mereka.Dipercayai wang hasil penjualan pingat itu turut digunakan bagi membiayai gerakan kumpulan pengganas,” ujarnya. Kata sumber itu lagi, kumpulan pengganas Kiram yang menggelarkan diri mereka Tentera Diraja Sulu (RSF) ini, sanggup berbuat apa saja termasuk menceroboh Sabah demi mendapatkan pengiktirafan. “Mereka ini hanya ada nama sahaja namun tiada daulat,” ujarnya – Utusan

Tuesday, April 09, 2013

RAKAN SUBAHAT ANWAR IBRAHIM DITAHAN BAWA SENAPANG M-16






















Tiga puluh dua individu yang menaiki sebuah bot ditahan di perairan Sabah, kira-kira 12 batu nautika dari Tambisan, Lahad Datu awal pagi ini.

Pasukan keselamatan turut merampas pelbagai senjata seperti senjata api, barong dan kapak serta beberapa dokumen yang dibawa kumpulan lelaki itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata setakat ini kesemua mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

"Kami belum mengenal pasti bangsa mereka," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kota Kinabalu, di Kota Kinabalu hari ini.

Beliau berkata bot yang dikenali sebagai 'kumpit' yang dinaiki kumpulan lelaki itu ditunda ke Sandakan untuk siasatan lanjut.

Hamza sekali lagi memberi jaminan keadaan di semua daerah di Sabah terkawal dan menafikan dakwaan terdapat 100 pengganas bersenjata memasuki negeri ini.

"Pasukan keselamatan sentiasa mengawal keadaan dengan kawalan ketat di kawasan perairan Sabah," katanya.

Sementara itu, pasukan Forensik menemui 15 lagi mayat di Kampung Tanduo, dekat Lahad Datu dan kesemua mayat itu akan dibawa keluar dari kawasan yang menjadi kubu militan dari selatan Filipina itu petang ini.

Beliau berkata kesemua mayat itu adalah daripada pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan yang sebelum ini tidak dapat dibawa keluar atas faktor keselamatan.

- Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa