Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label PEMILIHAN UMNO 2013. Show all posts
Showing posts with label PEMILIHAN UMNO 2013. Show all posts

Monday, October 21, 2013

WAJIB DIBACA OLEH MEREKA YANG DIPILIH DALAM PEMILIHAN UMNO!!!


SALAH satu sebab kenapa penulis tidak begitu canggung dengan keputusan pemilihan UMNO kelmarin (walaupun ada yang tidak memuaskan hati), adalah kerana penulis diyakinkan bahawa tahun 2016 nanti akan ada pemilihan lagi – tidak akan ditangguh seperti mana yang berlaku dalam beberapa penggal yang lepas.

2004 – 2008 sepatutnya ada 2 pemilihan, begitu juga tempoh 2009 – 2013.  Tapi sebab alasan pilihanraya, maka kita menerimalah keputusan untuk tidak mengadakan pemilihan setiap 3 tahun sekali.

Pada penulis, pemilihan 3 tahun lagi itulah yang penting kerana ia akan menyediakan parti dan BN untuk PRU14 pada tahun 2018.  Pemilihan jawatan tertinggi yang tamat semalam (kalau tidak ada masalah dengan RoS), sudah selesai.

TERUS BACA >>>DI SINI<<<

Tuesday, October 08, 2013

Wednesday, September 25, 2013

MENGAPA PEMILIHAN UMNO KALI INI AMAT PENTING UNTUK MELAYU???


Dua penggal yang lepas kita menyaksikan bagaimana setiap kali pemimpin UMNO menyuarakan relevannya ketuanan Melayu maka mereka akan dikecam hebat dan dituduh rasis. Maka mereka pun memohon maaf ke atas kesalahan yang tidak mereka lakukan hanya kerana terlalu lemah dan bertolak ansur dalam perjuangkan bangsa Melayu.

Harus kita sentiasa ingat bahawa Pilihanraya Umum ke13 baru-baru ini telah membuktikan bahawa kaum Cina tidak menyokong langsung Barisan Nasional walaupun para pemimpin UMNO begitu bertolak ansur dengan mereka.

Rakyat dan ahli UMNO sudah muak dengan pemimpin yang terlalu mengikut rentak mereka yang cuba menindas bangsa Melayu secara terang-terangan dan cuba menakluk Tanah Melayu ini dengan hujah KONONnya kesamarataan yang nyata tidak adil terhadap tuan Tanah Melayu.

Tuesday, September 24, 2013

PERWAKILAN UMNO TOLONG INGAT BENDA INI!!!


Kalau lupa elok juga ahli-ahli UMNO yang akan bertanding pada Pemilihan UMNO dari peringkat cawangan hingga ke Majlis Tertinggi (MT) mengingati dan bermuhasabah bagi mengenang keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 dan PRU-13 baru-baru ini.

Apa yang perlu difikirkan oleh pemimpin-pemimpin yang terlibat, adakah mereka sekadar mahu ahli UMNO memilih dan bukannya memulihkan UMNO yang begitu terkesan akibat kehilangan majoriti dua pertiga dalam kedua-dua PRU.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti, Oktober ini. Menurut Perdana Menteri, keputusan itu dibuat berdasarkan sokongan dan kepercayaan yang disuarakan anggota parti di semua peringkat.

Namun soalnya sejauh mana pemimpin-pemimpin UMNO di akar umbi dapat menyelami suara hati ahli-ahli mereka sama ada masih mahukan mereka kekal di tampuk bahagian atau mahukan muka baru yang lebih berkarisma untuk bakal menjadi pemimpin pelapis.

TERUS BACA >>>DI SINI<<<

Sunday, September 22, 2013

WAJIB BACA:SIAPA PILIHAN ANDA???


Seperti yang dijangka, Presiden UMNO, Najib Tun Razak dan timbalannya, Muhyiddin Yassin terus diberi mandat menerajui parti itu.

Kedua-duanya diisytiharkan menang tanpa bertanding selepas pendaftaran pencalonan bagi pemilihan UMNO ditutup petang semalam.

Awang mengucapkan tahniah kepada Najib dan Muhyiddin. Pemilihan semula mereka adalah isyarat pengiktirafan UMNO di semua peringkat kepada kepimpinan Najib yang dibantu oleh Muhyiddin.

Friday, August 16, 2013

BACAAN PAGI JUMAAT:APA YANG AHLI UMNO WAJIB TAHU DAN LAKUKAN SEMASA PEMILIHAN!!!



Pemilihan Agung UMNO merupakan event yang paling dinanti-nantikan, baik oleh orang UMNO mahupun orang bukan UMNO. Bahkan pemilihan baru pemegang-pemegang jawatan turut mendapat perhatian dunia memandangkan sebarang perubahan dalam UMNO, turut mempengaruhi perubahan pentadbiran negara.

Di Perak, Menteri Besarnya, Zambry Abdul Kadir sudah pun memaklumkan bahawa dia tidak akan bertanding bagi sebarang jawatan Majlis Tertinggi (MT). Alasan yang diberikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak itu ialah, sebagai Menteri Besar, secara automatik dia akan dilantik sebagai ahli MT. Katanya lagi, dia boleh berkongsi memberikan buah fikiran dan menerima pandangan dalam mesyuarat MT sekalipun tumpuan utamanya adalah pentadbiran negeri.

Menteri Kewangan Kedua yang juga merupakan pemimpin UMNO Perak, Ahmad Husni Hanadzlah, juga tidak akan mempertahankan kedudukannya dalam MT bagi memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin muda.

Itu contoh yang diberikan. Namun adakah contoh daripada kedua-dua orang pemimpin tertinggi UMNO Perak itu akan dituruti oleh pemimpin-pemimpin peringkat bawahan?

UMNO sudah terlalu lama menjadi gudang ternak manusia serakah yang tidak sedar diri dan tidak tahu diuntung. Kebanyakan daripada mereka sangat bijak bermain politik dalam UMNO tetapi apabila kepandaian dan kepintaran politik mereka diterjemahkan ke dalam bentuk Pilihanraya, mereka tidak ubah seperti pondan yang tercekik putik durian. Haram tak bertelur malah tiba-tiba sahaja menjadi manusia paling bongok yang terpegun melihat peruntukan besar untuk operasi dan aktiviti pilihanraya.

TERUS BACA >>>DI SINI<<<

Monday, August 12, 2013

GEMPAR:GAY BOY DAN PENYOKONG PELIWAT TAWAR DIRI JAWATAN TERTINGGI PEMUDA UMNO???!!!


Pengumuman telah pun dibuat. Tarikh pemilihan telah dipinda dari 5 Oktober menjadi 19 Oktober. Sekaligus memberikan ruang yang lebih besar kepada pelahap-pelahap kuasa, berkempen sakan untuk diri mereka sendiri.

Paling menarik ialah apabila puak-puak yang dahulunya beria-ia menentang UMNO, kemudian masuk UMNO kerana tidak berpuas hati dengan Anwar Ibrahim, sedang mengatur pelbagai langkah untuk membolot jawatan-jawatan yang dipertandingkan dalam pemilihan agung UMNO nanti.

Siapakah mereka? Rasa-rasanya ramai yang dapat mengenalpasti individu-individu terbabit yang sekarang ini sudah pun mula menggerakkan kempen sama ada menggunakan media Internet mahupun dari mulut ke mulut.

Ketiadaan individu-individu untuk jawatan-jawatan utama yang dipertandingkan, dijadikan alasan paling wajar untuk mereka meletakkan nama dan berbangga-bangga. Kononnya mereka lebih berpengalaman, lebih berkelayakan dan lebih tahu serba-serbi.

Malangnya, mereka tidak sedar yang segala gerak-geri mereka selama ini, terutama sebelum tahun 2004, diperhatikan dan masih diingati dengan jelas oleh kebanyakan ahli UMNO yang setia dan berfikiran waras. Sebaliknya mereka beranggapan, semua orang telah melupakan dan memaafkan perbuatan khianat yang mereka lakukan sebelum masuk UMNO semula demi mengejar keuntungan, pangkat dan kedudukan.

Pemilihan Agung UMNO seharusnya menjadi wadah terbaik untuk memilih pemimpin-pemimpin berkualiti untuk memimpin UMNO dan meletakkan UMNO pada kedudukan sebenar, terutama sekali untuk menambahluaskan lagi pengaruh UMNO yang kian terhakis semenjak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kalau ditanya kepada para pemimpin yang mencalonkan diri untuk jawatan-jawatan tertentu dalam UMNO, kesemua mereka menyatakan, mereka mampu membawa pembaharuan kepada UMNO. Mereka akan menyatakan bahawa UMNO memerlukan pemimpin seperti mereka. Konon-kononnya mereka ada idea dan mereka juga mempunyai kaedah terbaik untuk menjayakan UMNO.

Hampir kesemua janji-janji yang dibuat sepanjang kempen pencalonan merupakan janji-janji palsu.  Perhatikan sahajalah apa yang berlaku kepada Pergerakan Pemuda UMNO dan Pergerakan Puteri UMNO. Kedua-dua pergerakan tersebut tidak ubah seperti mayat hidup atau dedalu di dahan pokok. Ada mereka tidak menambah baik, bahkan kedua-dua pergerakan tersebut terlalu pincang dalam menggerakkan usaha menambahkan bilangan sokongan golongan muda kepada UMNO, khususnya dan Barisan Nasional amnya.

TERUS BACA >>>DI SINI<<<

Sunday, August 04, 2013

TERKINI:TOK ALI UMUM BERTANDING NAIB PRESIDEN UMNO!!!???


STEADY TOK ALI!!!
SEBAGAI SEORANG ANAK JATI MELAKA...
AKU SOKONG TOK ALI NAK BERTANDING JAWATAN NAIB PRESIDEN UMNO...
HARI BELOM KIAMAT, ESOK SIAPA TAHU....
HARAP AHLI UMNO DAPAT BERIKAN SOKONGAN DAN UNDI PADA TOK ALI PADA PEMILIHAN PADA KALI INI!!!

JPX


KUALA LUMPUR 4 Ogos - Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam memberi isyarat jelas yang beliau hampir pasti akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti Oktober ini.

Walaupun berulang kali mengelak untuk mengesahkan perkara itu, beliau menyokong jawatan Presiden serta Timbalan Presiden yang kini disandang Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dipertandingkan.

Beliau yang ditemui di sini hari ini turut mengesahkan sudah banyak bahagian UMNO yang menyatakan sokongan terbuka kepada beliau untuk bertanding jawatan Naib Presiden termasuk terbaru daripada UMNO Bahagian Bandar Tun Razak.

Terdahulu beliau merasmikan majlis sumbangan Ramadan kepada 500 anak yatim, warga tua dan golongan kurang bernasib baik anjuran Wanita UMNO Cawangan Kampung Seri Hujung, Bahagian Bandar Tun Razak di sini hari ini.

Dalam pada itu, ditanya apakah perubahan pada sistem pemilihan kali ini yang membenarkan 150,000 perwakilan mengundi memberi kelebihan kepadanya, Mohd. Ali berkata, semua pihak mempunyai peluang yang sama.

Kepada soalan apa yang akan diperjuangkan jika terpilih sebagai salah seorang Naib Presiden pula, Mohd. Ali menegaskan, beliau akan mempertahankan hak-hak orang Melayu dan Islam yang kini dicabuli pihak tertentu.

"Sekarang ini banyak pihak cuba rampas hak orang Melayu dan Islam yang kita semua telah persetujui semasa mula-mula menuntut kemerdekaan dulu. Mereka ini hendak ubah Perlembagaan negara dan nak tulis semula undang-undang," katanya. - UTUSAN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa