Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label ISRAEL. Show all posts
Showing posts with label ISRAEL. Show all posts

Tuesday, August 05, 2014

ANWAR IBRAHIM DIARAAH SENYAP OLEH YAHUDI TENTANG ISU PALESTIN???


Hentaman yang dibuat oleh para pemimpin pembangkang yang menuduh kerajaan dan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak menyokong Israel perlu dikembalikan kepada pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersabit isu kekejaman Israel ke atas Palestin.

Ini kerana, dunia mengetahui, Anwar pernah mengeluarkan kenyataan menyokong penuh Israel yang melakukan serangan terhadap negara Islam, Palestin dan membunuh umat Islam negara itu sebagai usaha mempertahankan keselamatan negara Zionis.

Dari sehari ke sehari, angka kematian umat Islam Palestin semakin meningkat dan keadaan ini benar-benar memberikan kesedihan dan kekecewaan yang mendalam kepada umat Islam di negara lain termasuk Malaysia. Ramai pemimpin negara lain meluahkan rasa kesal di atas tindakan Israel yang tidak berperikemanusiaan.

Malah, pemimpin-pemimpin Malaysia juga mengutuk tindakan Israel yang nyatanya memberikan sokongan supaya sifat kejam mereka dihentikan. Dalam isu ini, para pemimpin pembangkang sibuk mahukan pemimpin Islam di negara ini terutamanya dari barisan kerajaan agar lantang bersuara kepada dunia tidak memberikan sokongan kepada Israel. Persoalannya, dimanakah kedudukan pemimpin mereka, Anwar yang merupakan pemimpin Islam dalam isu Palestin ditindas oleh Israel?

Sejak berita dan laporan mengenai Palestin dibedil setiap hari, sehingga kini, Anwar masih lagi berdiam diri dan tidak memberikan sebarang kenyataan sokongan kepada negara Palestin. Justeru itu, mengapakah pemimpin pembangkang tidak langsung menegur dan menggesa Anwar untuk berbuat demikian?

Anwar selama ini cukup terkenal sebagai individu yang bijak berbicara mengenai Islam apatah lagi bercerita mengenai kegemilangan zaman Islam. Tetapi, apabila isu Palestin, beliau hanya mendiamkan diri dan tidak menyokong mana-mana pemimpin Islam yang sebaris mengutuk Israel. Tidakkah ia menimbulkan rasa pelik mengenai isu ini.

Kerajaan sentiasa berfikiran telus untuk membantu negara Palestin dan sentiasa positif mewujudkan tabung bantuan untuk disalurkan kepada rakyat Palestin. Ia termasuklah dari segi bantuan kewangan, makanan juga bantuan perubatan. Dilaporkan juga Biro Kebajikan UMNO akan bergerak ke Gaza pada esok hari dalam misi kemanusiaan membantu Palestin.

Untuk itu, dimanakah sumbangan para pemimpin pembangkang untuk membantu Palestin selain dari hanya pandai bercakap tetapi tidak ada sebarang tindakan dilakukan? Nampaknya, Anwar perlu ‘dibasuh’ oleh pemimpin-pemimpin dari parti pembangkan sendiri agar sedar mengenai isu Palestin.

Yang pasti, sebagai rakyat Malaysia yang masih lagi waras dan beriman kepada Tuhan yang satu, sama-samalah kita berdoa agar perjuangan umat Islam di Palestin akan terbela satu hari nanti. Sama ada ekonomi Israel tumbang ataupun tidak dengan boikot kita, itu bukanlah kayu ukurannya yang paling besar. Tetapi yakinlah bahawa usaha kita walaupun sedikit sudah pasti ada kebaikannya.

Thursday, April 03, 2014

BACAAN PETANG:JANJI YAHUDI KEPADA PALESTIN


ISRAEL dinisbahkan sebagai bangsa Yahudi yang disebutkan dalam al-Quran, terkenal dalam sejarah sebagai bangsa yang kejam, ganas dan biadab. Mereka banyak membunuh utusan Allah termasuk para anbia-Nya.

Mereka juga telah disumpah Allah sebagai kera yang hina dina dalam kisah tersohor pelanggaran hari Sabat (Sabtu).

Sejak peristiwa tersebut, sehingga menjelang tahun 1948, dengan disokong oleh kuasa-kuasa besar dunia, mereka mulai merampas dan mengganyang bumi Palestin dari pendudukan bangsa Arab sehinggalah sekarang.

Hal ini telah dirakamkan al-Quran yang bermaksud: Orang Yahudi dan Nasarani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka. (al-Baqarah: 120).

Sikap Perdana Menteri Israel dalam isu Palestin

Berikut adalah pernyataan dari para Perdana Menteri Israel sejak dahulu hinggalah ke hari ini, kesinambungan sifat-sifat dan kriteria peribadi mereka.

*DAVID BEN GURION (1948- 1954 dan 1955 -1963).

–Kita harus mengusir orang-orang Arab dan mengambil tempat mereka. (Ben Gurion and the Palestine Arabs, Oxford University Press, 1985).

–Kita harus menggunakan keganasan, pembunuhan, intimidasi, penyitaan tanah, dan penebangan semua layanan sosial untuk membersihkan Ghoyim dari penduduk Arabnya. (Mei 1948, untuk Staf Umum. Dari Ben Gurion, A Biography, oleh Michael Ben Zohor, Declacorte, 1978, New York).

Tuesday, April 30, 2013

MALAYSIA KINI RAKAN KARIB ISRAEL???!!!





AMBIL SIKIT MASA UNTUK TONTON VIDEO INI...
TANYA PADA DIRI KITA...
KENAPA ISRAEL BERSUNGGUH KEMPEN PASAL PRU13 MALAYSIA???
SIAPA YANG ISRAEL TOLONG???
SIAPA YANG MINTAK TOLONG PADA ISRAEL???
PEMIMPIN PARTI MANA YANG ADA HUBUNGKAIT DENGAN ISRAEL???
KENAPA PEMIMPIN ITU MINTAK TOLONG PADA ISRAEL??
KENAPA PULAK ISRAEL BERSUNGGUH TOLONG PEMIMPIN PARTI ITU???
ADA PERJANJIAN SULIT KE???
ADA APA-APA IMBUHAN KE ATAS BANTUAN ISRAEL ITU???
APA YANG DITAWARKAN DAN YANG TELAH DIJANJIKAN DI ATAS BANTUAN ITU???
TAHUKAH KITA SIAPA DIA ISRAEL??
ISRAEL, YAHUDI ADALAH MUSUH ISLAM YANG NYATA!!!

TEKADKAN HATI , BULATKAN SEMANGAT UNTUK MENGUNDI BARISAN NASIONAL UNTUK MALAYSIA YANG LEBIH MAKMUR DAN SELAMAT DARI HARI INI!!

JPX

Tuesday, February 21, 2012

WAJIB BACA:KESAH COCA-COLA DAN ISRAEL






Semenjak tahun 1966, Coca-Cola telah menjadi penaja besar kepada Israel. Pada tahun 1997, Kumpulan Misi Ekonomi Israel telah menganugerahkan Coca-Cola dengan penghargaan tertinggi kerana sokongan padu selama 30 tahun kepada pembangunan Israel.

Saban tahun, Coca-Cola menaja Dewan Perniagaan Amerika-Israel dengan menaja anugerah untuk diberikam  kepada syarikat  menyumbang kepada pembangunan  serta pembinaan ekonomi Israel. Pada 2009, Coca-Cola menaja anugerah untuk diberikan kepada  American Israel Public Affairs Committee (AIPAC) yang berjaya melobi Dewan Senat Amerika untuk menolak cadangan UN supaya diadakan gencatan senjata di Gaza. Malahan, AIPAC menggesa agar tentera Israel dibenarkan untuk melakukan keganasan bersenjata ke atas bumi dan penduduk Gaza.

Pada tahun 2009, Coca-Cola telah menganjurkan satu upacara gilang gemilang di ibu pejabatnya untuk meraikan dan menghargai Brigadier Jeneral Ben-Eliezer. Ben-Elizer ada orang yang dikehendaki kerana bertanggungjawab di atas pembunuhan lebih 300 orang tentera Mesir yang dijadikan tahanan perang  semasa Perang Enam Hari. Semasa dibawahan pentadbiran Sharon, Ben-Eliezer adalah Menteri Pertahanan yang mengarahkan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di Jenin.

Bagi dua dekad yang lalu,  setiap tahun Coca-Cola yelah menaja Sukan JCC Maccabi yang mana tujuan utama sukan ini adalah memupuk semangat para remaja Yahudi untuk mengenali dan mencintai kewujudan Negara Isreal. Selain itu,Coca-Cola juga menaja kanak-kanak dan para remaja Yahudi melawat ke kem tentera bagi golongan ini mengenali dan memahami perjuangan menubuhkan Negara Israel.

Coca-Cola Israel, perusahaan makanan dan minuman ke tiga terbesar di Israel mempunyai kilang pengeluarannya sendiri di penempatan haram Israel di Shadmot Mechola terletak di Lembah Jordan dan kawasan perindustrian di Katzerin terletak di kawasan yang mereka ceroboh behampiran Bukit Golan.



Jika anda teringin mahu minum Coca-Cola, fikir sejenak. Setiap sen yang anda belanjakan untuk membeli minuman ini adalah sama seperti anda memberikan sumbangan kepada kepada Yahudi untuk membeli peluru bagi membunuh saudara Islam kita dan anak-anak kecil di Palestin.


JPX

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa