Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label HUDUD. Show all posts
Showing posts with label HUDUD. Show all posts

Monday, May 12, 2014

HADI AWANG LONGLAI DI KAKI KOMUNIS


Penentangan oleh DAP terhadap hudud PAS telah disertai oleh MCA dan GERAKAN. Ketiga-tiga parti tersebut mempunyai persamaan dan terlibat secara langsung di PRK Parlimen Bukit Gelugor mahupun di PRK Parlimen Teluk Intan. MCA bagaimanapun, menarik diri daripada bertanding di PRK Parlimen Bukit Gelugor dengan alasan mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada isu hudud yang dilihat mampu menarik sokongan kaum Cina kepada MCA semula.

Manakala GERAKAN mengambil sikap berhati-hati dan telah pun menarik brek lebih awal walaupun Ketua Pemuda GERAKAN, Tan Keng Liang telah mengadakan pertemuan dan berdialog dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berhubung isu yang sama.

PAS kelihatan tersepit walaupun isu hudud sebenarnya dimulakan oleh PAS semenjak dari tahun 1994 lagi. PAS telah lama menggunakan hudud sebagai senjata politik mereka untuk menghentam UMNO, bahkan mengkafirkan UMNO dan para pemimpin parti asal sebelum kelahiran PAS pada tahun 1951 itu. Selepas PAS mengumumkan kerjasama politik yang diistilahkan sebagai TAHALUF SIYASI dengan DAP dan PKR pada tahun 2008, PAS kembali merancakkan serangan terhadap UMNO dengan menggunakan isu hudud dengan harapan dapat menarik sebanyak mungkin sokongan Melayu-Islam kepada parti itu menjelang PRU-13.

Monday, May 05, 2014

PERLAKSANAAN HUDUD:SIAPA YANG PERLU IKHLAS


KESEPAKATAN yang dicapai antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Pas Kelantan untuk menubuhkan jawatankuasa teknikal khas peringkat kebangsaan bagi memastikan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 atau hudud dapat dilaksanakan di negeri itu seharusnya melegakan seluruh umat Islam.

Justeru sekarang adalah masa untuk semua umat Islam tidak kira daripada UMNO atau Pas, atas pagar atau tidak untuk memberi ruang dan kesempatan kepada jawatankuasa itu melaksanakan tugasnya. Janganlah mempolitikkan usaha yang sedang dilakukan.

Selama ini sudah cukup pelbagai toh­mahan dilemparkan kepada UMNO dan Kerajaan Pusat kononnya menghalang pelaksanaan hukum hudud di Kelantan. Tetapi sekarang laluan sudah dibuka dan ia kini berada di tahap permulaan yang cukup baik bagi merealisasikan impian pemimpin dan penyokong Pas yang selama ini begitu mendambakan pelaksanaan hukum itu di negeri Cik Siti Wan Kembang.

Bagi merealisasikan impian itu, semua pihak perlu ikhlas khususnya dalam kalangan sesetengah pemimpin Pas yang terus membuat kenyataan mengandungi sindiran kepada UMNO dan mempertikaikan keikhlasan UMNO.

Pemimpin-pemimpin Pas seumpama itu perlu faham bahawa sebaik sahaja kerajaan Pas Kelantan melalui Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menyatakan hasrat kerajaan negeri itu untuk melaksanakan hukum hudud, tidak ada satu pun kenyataan daripada pemimpin-pemimpin UMNO menolak hasrat Pas.

Atas kesediaan itulah Kerajaan Pas Kelantan melalui Timbalan Menteri Besarnya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah membuat persediaan untuk membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri tersebut.

Ia sekali gus membuktikan tuduhan ko­nonnya UMNO konsisten menolak hudud adalah tidak benar sama sekali tetapi sebaliknya apa yang terserlah ialah penentangan secara konsisten, keras dan tegas daripada sekutu Pas sendiri iaitu PKR dan DAP.

Bagaimanapun keadaan itu masih belum memuaskan hati sesetengah pemimpin Pas yang terus menonjolkan diri melalui kenya­taan yang penuh dengan madah berhelah. Selain menegaskan Pas akan kekal bersama pakatan pembangkang, pemimpin tersebut juga secara berkias masih mahu mempertikaikan keikhlasan UMNO.

Sepatutnya, bukan soal keikhlasan UMNO yang harus dipersoalkan. Kalau UMNO tidak ikhlas sudah pasti parti itu tidak akan membuka laluan untuk Pas membentang rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat dan kalau UMNO tidak ikhlas awal-awal lagi UMNO akan menolak keingin­an Kerajaan Pas Kelantan.

Tetapi apa yang kita saksikan, UMNO terus menyokong hasrat Pas dengan hanya meminta ia perlu diperincikan demi menjaga kesucian Islam memandangkan pelaksanaan hukum hudud tidak harus menimbulkan kekeliruan apatah lagi kebimbangan dalam kalangan bukan Islam.

Thursday, April 24, 2014

HADI AWANG PERLU LANGKAH MAYAT ANAK BERANAK LIM UNTUK LAKSANA HUDUD!!!


SELEPAS ketiadaan bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh, tumpuan kini beralih kepada siapa di dalam parti itu yang akan menentang pelaksanaan hukum hudud Pas.

Umum mengetahui selama ini hanya Karpal yang begitu lantang bersuara membantah cadangan Pas itu.

Sebagai seorang ahli politik yang mempunyai prinsip sendiri, Karpal tidak bermuka-muka dalam menyatakan pendiriannya meskipun mengetahui kesannya terhadap kesepakatan dalam pembangkang.

Keberanian serupa tidak mungkin dapat dilihat daripada mana-mana pemimpin DAP termasuk penasihatnya, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung parti itu yang belum disahkan, Lim Guan Eng.

Di sebalik pelbagai desakan banyak pihak supaya Dinasti Lim itu menyatakan pendirian, mereka sebaliknya selesa memilih untuk membisu.

Wednesday, April 23, 2014

PAS KANTOI BODOH BOHONG PADA DAP!!!


KIKIKI...
HANDAU JER...
BARU CERITA SIKIT PASAL HUDUD...
BIG BOSS DAH MULA MARAH...
TAPI ADA BAIK JUGA CINA DAP PEMAKAN BABI NI BISING...
BOLEH JUGAK KITA TAHU DI MANA PENDIRIAN PAS...
ADAKAH ORANG PAS BERANI JAWAB BALIK APA YANG CINA DAP  PEMAKAN BABI NI CAKAP??
ADAKAH PAS BETUL  IKHLAS NAK LAKSANA HUDUD ATAU SEKADAR CAKAP POLITIK???
MANA LEBIH BESAR...
AGAMA ALLAH ATAU PERINTAH DAP???
BANYAK YANG KITA BOLEH TAHU BILA CINA DAP PEMAKAN BABI INI MULA BERCAKAP PASAL HUDUD...
ITU PUN KALAU PAS BERANI JAWAB BALIK...
KIKIKIKI...

JPX

IPOH - Pas disaran kembali memberi fokus penubuhan Negara Berkebajikan sebagaimana yang dipersetujui bersama dengan parti komponen PR sebelum ini.

Timbalan Setiausaha Publisiti DAP, Nga Kor Ming berkata, penubuhan Negara Berkebajikan itu juga turut terkandung sebagai polisi dalam Buku Jingga PR, malah ia sudah diluluskan sempena muktamar Pas yang lalu.

“DAP memang tidak setuju dengan hasrat Pas menubuhkan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud. Kita juga tidak mahu penubuhan negara Kristian, Buddha atau Hindu.

“Apa yang penting adalah semua pihak perlu hidup aman damai dengan saling hormat menghormati selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Malah, pada 1998 Mahkamah Persekutuan juga telah memutuskan bahawa Malaysia bukan negara Islam, tetapi negara sekular yang berpaksikan kepada Perlembagaan Persekutuan. Malaysia juga adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen dan raja
berperlembagaan,” katanya pada sidang media, semalam.

Friday, April 11, 2014

SERBAN ORANG PAS LOKOS KENA KENCING DENGAN PELIWAT DAN KOMUNIS!!!


SEPANJANG menjalinkan persahabatan atau tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang yang turut disertai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, Pas telah menunjukkan semangat kesetiaan yang cukup luar biasa.

Disebabkan kesetiaan dan pengorbanan Pas ia memungkinkan pakatan pembangkang terus mengekalkan pemerintahan di Pulau Pinang dan Selangor, selain terus menguasai Kelantan.

Tiada siapa pun dalam kalangan pemimpin mahupun penyokong PKR atau DAP boleh mempertikaikan pengorbanan besar yang dilakukan oleh Pas dalam memantapkan pakatan pembangkang sehinggakan sejak 2008, pakatan itu berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat.

Tidak cukup dengan itu, Pas juga merupakan penyumbang penyokong terbesar apabila ada himpunan jalanan yang hendak dilakukan oleh pembangkang dan jentera parti itu bertungkus lumus siang dan malam apabila ada pilihan raya bagi memastikan kemenangan sama ada calon Pas, PKR mahupun DAP.

Tuesday, April 08, 2014

BERITA BAIK UNTUK PAS:ANWAR IBRAHIM UMUM TOLAK HUDUD SECARA TOTAL!!!


TAHNIAH KEPADA PAS...
SIANG MALAM PAGI PETANG SUBUH SENJA CERITA PASAL NAK LAKSANA HUDUD...
ANWAR PULAK SELAMBER JER CAKAP MACAM NI...
KORANG ORANG PAS SEMUA TAK RASA BERBULU KE DENGAN PELIWAT SEKOR NI???
APA PUN...
PADAN MUKA KORANG...
KORANG YANG KEMARUK SANGAT SOKONG PELIWAT SEKOR NI KAN...
HAHAHAHAHA

JPX

Walaupun PAS berkeras untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan, tetapi ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada masyarakat Cina bahawa undang-undang kontroversi itu tidak ada tempat sama ada dalam konsensus atau dasar Pakatan Rakyat.

Semasa berdialog dengan lebih 200 pemimpin masyarakat daripada
kira-kira 65 persatuan dan dewan perniagaan Cina di Subang Jaya malam tadi, ketua pembangkang itu berjanji untuk menyampaikan kebimbangan masyarakat berkenaan mengenai perkara itu kepada parti Islam tersebut.


Anwar mengulangi bahawa Pakatan berfungsi atas dasar bahawa sebarang keputusan mesti mendapat konsensus kesemua ketiga-tiga parti komponennya dan mengikut perlembagaan persekutuan, atau jika tidak, ia tidak akan dilaksanakan.

Katanya, apabila orang bertanya tentang pendiriannya mengenai undang-undang hudud, beliau memberitahu mereka bahawa pendirian PKR dan Pakatan Rakyat adalah untuk menyokong perlembagaan.

Friday, November 02, 2012

KESAH SEBENAR PERJUANGAN HUDUD PAS








Asal sahaja tiba musim pilihanraya umum atau pilihanraya kecil, isu perlaksanaan hudud seringkali didendangkan semula oleh pemimpin PAS terutama sekali bila mana mereka berhadapan dengan orang Melayu Islam.

Sekitar dekad 1990-an, isu hudud boleh dikatakan sebagai satu senjata yang cukup ampuh bagi PAS dalam mengekang penghijrahan ahli dan penyokongnya di masa yang sama isu itu juga sedikit sebanyak telah menggoncang kedudukan UMNO di sesetengah kawasan terutama di Pantai Timur.

Ramai yang percaya bahawa PAS benar-benar serius untuk melaksanakan hudud sekalipun draf hudud yang dibentangkan oleh PAS di DUN Kelantan pada November 1993 bercanggah dengan hudud yang dimasukkan dalam manisfesto PAS sempena pilihanraya 1986.

Dalam manifesto PAS 1986, hukum hudud yang mahu dibentangkan meliputi semua rakyat tanpa mengira orang Islam ataupun bukan Islam. Manakala draf hudud PAS tahun 1993 pula hanya terhad kepada umat Islam sahaja.

Walau apapun percanggahannya, hakikat yang sebenar-benarnya, untuk melaksanakan hudud dalam konteks pemerintahan negara kita, mahu tidak mahu memerlukan pindaan perlembagaan. Untuk meminda perlembagaan melibatkan akta undang-undang seperti hukum hudud bermakna memerlukan sokongan 2/3 majoriti dalam dewan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada 27 Ogos 2012 yang lalu dalam satu kenyataan media ada menyatakan bahawasanya, PAS bersedia untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang (PR) berjaya mengambil alih pentadbiran negara daripada tangan BN.

Kenyataan Mat Sabu itu telah dipetik oleh akhbar Sin Chew Daily yang kemudiannya disiarkan dalam edisi petang Isnin bertarikh 27 Ogos 2012, antaranya berbunyi, “PAS akan mencadangkan agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan selepas pembangkang (PR) berjaya membentuk kerajaan”.

Mat Sabu juga menjelaskan, “hudud hanya boleh dilaksanakan sekiranya mendapat sokongan dua pertiga di Dewan Rakyat.”

Bagaimanapun tidak berapa lama kemudiannya, Mat Sabu menafikan telah bercakap demikian sebaliknya mendakwa kenyataannya telah diputar belit oleh wartawan Sin Chew Daily.

Kata Mat Sabu, “Ketika wartawan surat khabar itu (Sin Chew Daily) menghubungi saya, perkataan tentang hudud langsung tidak keluar. Apa sekalipun yang ingin dibuat oleh PAS, perlu mendapat persetujuan PR.”

Penafian Mat Sabu itu ada disiarkan dalam portal Malaysia Insider namun di pihak editor dan wartawan akhbar Sin Chew Daily pula mereka tetap berpegang pada kenyataan awal oleh Mat Sabu yang meluahkan niatnya untuk mengusulkan pindaan perlembagaan sekiranya PR menguasai kerajaan pusat.

Persoalan sekarang, apa perlunya Timbalan Presiden PAS itu menafikan berita yang tersiar dalam akhbar Sin Chew Daily sedangkan tiada sebarang kesalahan pun dari kenyataan tersebut? Bukankah sudah diketahui umum sejak sekian lama PAS begitu bersungguh-sungguh mencanangkan angan-angan mereka untuk merealisasikan perlaksanaan hudud di negara ini?

Kecualilah, sebenarnya segala gembar gembur perlaksanaan hudud yang sering disebut-sebut oleh PAS terutama sekali sewaktu berceramah di hadapan khalayak Melayu Islam hanyalah temberang kosong untuk mengaut undi kepartian sahaja.

Ataupun sebenarnya Mat Sabu sudah terpengaruh dengan kata-kata Setiausaha Agung PKR yang mengandaikan polemik isu hudud sebenarnya adalah perangkap UMNO untuk memecahkan PR?

“Hudud adalah contoh perangkap yang diperkatakan kerana isu berkenaan adalah dalam kategori agama. Isu berkenaan dilihat sebagai satu titik akhir yang digunakan Umno untuk jejaskan sokongan rakyat terhadap PR,” demikian kata Saifuddin Nasution pada Ogos lalu ketika diminta mengulas polemik hudud yang kembali mewarnai politik tanahair.

Apapun, sebagaimana kata Mat Sabu, untuk PAS melakukan sesuatu ia memerlukan persetujuan PR termasuklah DAP. Manakala sejak dulu hingga sekarang, DAP tetap membantah perlaksanaan hudud PAS malah konsisten menolak idea Negara Islam yang pernah mendasari arah tuju perjuangan PAS.

Bab kata Anwar Ibrahim pula, “Kita menghormati hak (Pas) untuk menyuarakan dan mengambil inisiatif (melaksanakan hudud) tetapi pendirian kami adalah jelas, tanpa ragu-ragu, sekarang (hudud) bukan merupakan dasar Pakatan Rakyat (pakatan pembangkang) dan penentangan DAP perlu dihormati dan diambil kira.”

Apa yang penting, selepas membaca penafian oleh Mat Sabu serta diperkukuhkan lagi dengan dasar PR melalui Buku Jingga yang meminggirkan perlaksanaan hukum hudud, maka kita semakin faham bahawa sekiranya PR diberi peluang menguasai peringkat pusat, hukum hudud tetap tidak dilaksanakan. Itu pendirian sebenar PAS dan PR. Noktah.

Pusing kot mana sekalipun, gembar gembur PAS berkaitan hudud hanyalah sekadar propaganda politik yang berselindung disebalik sentimen agama. Nawaitu utama tetap untuk mengejar manfaat duniawi untuk kepentingan diri dan puak, itu sahaja.--SUMBER

Tuesday, August 28, 2012

TERKINI:PENYAKIT KARPAL SINGH SEMAKIN TERUK!!!



Mungkinkah Karpal Singh belum pulih sepenuhnya setelah jatuh sakit tempoh hari sehingga meracau-racau?  Mungkinkah beliau masih berhalunisasi apabila berkata bahawa Tun Salleh Abbas pernah memutuskan bahawa Malaysia adalah negara sekular dalam kes Che’ Omar Che Soh.

Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara hanya menyatakan bahawa terdapat undang-undang di negara ini yang berunsur sekular dan beliau tidak pernah sekali-kali memutuskan negara ini sebagai negara sekular.

Tun Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia telah pun menegaskan bahawa negara ini adalah negara Islam kerana ia diperintah oleh orang Islam, meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan di masa yang sama tidak pernah menyekat amalan agama-agama lain.

Untuk itu, Perlembagaan Perseketuan mewajibkan Pemerintah dan rakyat keseluruhannya memelihara kesucian dan kedaulatan Agama Islam melalui Perkara 37 dengan mewajibkan Ketua Utama Negara Yang di-Pertuan Agong untuk bersumpah atas nama suci Allah bagi memlihara agama Islam pada semua masa.

Selain itu, semua cabang pemerintahan negara sama ada Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman terikat dengan sumpah Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan kesucian dan kedaulatan Agama Islam setiap masa.

Tindakan Karpal Singh membangkitkan hal ini dalam pertelagahannya dengan Pas tentang hudud menyerlahkan lagi agenda jahat DAP yang menentang kedaulatan Islam sebagai agama rasmi.  Tindakan Karpal Singh juga dilihat sebagai menentang prinsip Rukun Negara.

Nampaknya, pertelagahan mengenai hudud antara DAP dan Pas semakin mengganggu dan mengelirukan rakyat, malah mampu mencetus ketegangan.

Rakyat perlu faham bahawa sesebuah negara Islam tidak semestinya melaksanakan hudud.  Sedangkan Mesir negara yang memusatkan semua Ulama-ulama tersohor juga tidak melaksanakan hudud.

Perlaksanaan hudud dalam negara juga tidak menjamin syurga kepada umat Islam di dalamnya.  Ini kerana, syurga-neraka adalah tertakluk kepada amalan peribadi iaitu antara hubungan seorang hamba dengan Allah S.W.T dan juga antara sesama manusia.  Kerajaan dan undang-undang tidak akan mempengaruhi kedudukan seseorang Islam di sisi Allah S.W.T.

Hudud adalah undang-undang yang terlalu tinggi yang memerlukan keikhlasan dan ketakwaan yang mantap di kalangan para pelaksananya.  Ia juga memerlukan kedudukan negara dan umah dalam keadaan sempurna dari segi ekonomi, pendidikan dan sosial sebelum hudud boleh dilaksanakan.

Hudud yang dilaksanakan tanpa memenuhi syarat di atas akan berakhir dengan ketidakadilan.  Lihat saja antara negara yang mengamalkan hudud seperti Pakistan, Afghanistan, Sudan, Somalia, dan Nigeria.

Keadaan rakyat mereka menyedihkan, kekejaman terhadap wanita berleluasa, manakala kaum lelaki bermaharajalela menjamu nafsu.  Negara mereka juga semakin mundur dan tidak pernah aman.

Keadaan ini berlaku apabila undang-undang diletakkan lebih tinggi dari keadilan itu sendiri.  Atau dalam beberapa kes, mungkin juga lebih tinggi dari keperluan asas seperti makanan, pakaian, pendidikan dan keselesaan. Sedangkan, hudud adalah berkenaan keadilan dan kesempurnaan, bukan undang-undang semata-mata.

Lebih dari itu, adalah bahaya untuk melaksanakan hudud di kala keadaaan hampir mustahil untuk mencari pelaksana atau hakim yang benar-benar mantap takwanya dan keikhlasannya serta mampu pula mengambilkira semua aspek teknologi canggih di zaman ini dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam berbagai bidang termasuk psikologi malah mungkin juga sains, sebelum menjatuhkan hukuman.

Lebih buruk lagi jika si penggubal, pelaksana dan hakim mempunyai kecenderungan bersifat ‘chauvinis’ dan masih berpegang kepada fahaman jahiliah iaitu memandang rendah pada wanita atau suka membiarkan diri terpengaruh dengan sesuatu golongan atau pandangan tertentu.

Jika ini berlaku, bagaimana kita boleh memastikan yang beliau benar-benar menjatuhkan hukuman dengan hukum Allah S.W.T atau hanya dengan pendapat, pandangan dan kecenderungan peribadinya?

Menghakimi hitam atau putih sesuatu perkara mungkin mudah tetapi malangnya keadilan itu tidak semudah hitam atau putih.   Kadangkala, hitam yang dilihat adalah tumpahan warna dari beberapa punca.  Maka, sang hakim perlu menilai perkara dari puncanya agar tidak berlaku kejam terhadap sesiapa.

Karpal jelas tidak memahami perkara ini tetapi begitu juga sebahagian umat Islam yang kononnya hidup demi hudud.

Namun, sama ada Karpal faham atau tidak, adalah amat tidak bertanggungjawab bagi beliau, untuk membangkitkan perkara ini dengan menolak prinsip Rukunegara dan perlembagaan negara yang meletakkan negara ini sebagai Negara Islam.

Mungkinkah, Karpal sanggup memperbodohkan dirinya dengan menidakkan pengetahuan mengenai perlembagaan negara semata-mata kerana menentang hudud dan segala-galanya yang berkaitan dengan Islam?

Walau apapun tindakan dan kenyataan Karpal, yang pasti Pas telah berikrar akan sehidup semati dengan Karpal dan DAP sementara ‘hudud’ akan terus menjadi nyanyian rasmi Pas sekadar untuk memancing undi.

Mirza Mahamood

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa