Apa-apa sahaja di Malaysia, akan dijadikan sebagai pertaruhan. Sehinggakan bolasepak Malaysia yang tidak seberapa pun, turut dilanda masalah bookie dan pengaturan permainan. Judi haram melibatkan bookie boleh mencecah pertaruhan bernilai ratusan juta ringgit di Malaysia sahaja.
PRK DUN Kajang juga tidak berkecuali. Dan menariknya, bookie-bookie ini kebanyakannya sebahagian daripada dunia bawah tanah yang berselindung di sebalik pelbagai nama persatuan dan pertubuhan walaupun matlamat mereka sebenarnya adalah untuk mengaut keuntungan walaupun menggunakan cara kekerasan.
Lagi empat hari sebelum pembuangan undi, bookie-bookie tersebut sudah mula berlegar-legar di sekitar Kajang. Mereka dengan bangga mengumumkan bahawa PKR akan menang dengan majoriti 7500 undi. Masyarakat pengundi yang bakal menjadi sasaran mereka adalah masyarakat Cina yang jarang membuat keputusan berdasarkan penilaian sendiri, sebaliknya kerana pemimpin.
Bagi mengelakkan kerugian, bookie-bookie tersebut akan menggaji orang untuk berkempen, memaksa dan mengugut masyarakat pengundi agar memilih PKR yang diwakili oleh Wan Azizah menggantikan Anwar Ibrahim.
Gelagat mereka dan agen-agen mereka dapat dilihat secara ketara di beberapa kawasan penempatan bermajoriti Cina seperti di Sungai Chua dan pekan Kajang sendiri. Turut diperhebatkan adalah sekitar Jalan Reko.
Bookie-bookie berkenaan cukup yakin, mereka akan memperolehi keuntungan berlipat ganda sekiranya PKR menang... bukan kerana mereka menyokong PKR tetapi kerana mereka akan memanipulasi sebarang keadaan untuk tujuan PKR dimenangkan bagi memastika keuntungan yang mereka perolehi daripada pertaruhan adalah maksima.
Wan Azizah dan PKR sudah boleh senang hati kerana pertaruhan bookie-bookie tersebut adalah WAN AZIZAH MENANG DENGAN MAJORITI 7500 UNDI!!!
No comments:
Post a Comment