Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, March 21, 2014

PENIPUAN BESAR-BESARAN SEMPENA PRK KAJANG!!!


TIBA-TIBA semuanya seakan berjalan lancar di Selangor sempena pilihanraya kecil Kajang yang sedang berlangsung. 

Maksud penulis, kerajaan negeri Selangor mula melaksanakan sebahagian besar dari janji-janji PRU 2008 dan PRU 2013.

Antaranya komitmen kerajaan Selangor nak menurunkan cukai pintu sebanyak 20%, insuran, tabung pinjaman pendidikan dan sebagainya – boleh rujuk dalam surat yang dilampirkan bersama dalam artikel ini.

Bersungguh kata manifesto bukan janji sebelum ni, tiba-tiba, Kajang punya pasal, semua nak dilaksanakan sekaligus.

Di samping itu, tiba-tiba di Kajang juga, wujud penganjuran Karnival Usahawan untuk peniaga yang mendapat manfaat dari program Selangorku tajaan kerajaan negeri.  Peliknya, karnival usahawan tapi penuh dengan aktiviti politik seperti ceramah, pengedaran flyer memburuk-burukkan BN dan sebagainya.

Sasaran utamanya bukanlah pengundi cina, tapi pengundi Melayu sebab PKR yakin orang Melayu mudah digula-gulakan  - begitu hina orang Melayu di mata Pakatan.  

Tapi keyakinan itu mungkin silap kerana gula-gula pilihanraya Pakatan dalam PRK Kajang ini seakan tidak menjadi.

Dari segi sambutan, hambar, orang yang datang, tolak budak-budak, adalah beberapa kerat, itupun silap-silap jentera parti yang datang dari luar membantu.

Penulis suka nak sebut disini, kalau semua ini berlaku di kawasan dan negeri BN, sudah tentu ia akan digelar rasuah pilihanraya atau apa-apa nama yang tidak baik.  Tapi sebab ini depa sendiri yang buat, maka ia sekadar digelar karnival dan melaksanakan janji manifesto.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan SPRM sepatutnya pantau kegiatan tidak bertanggungjawab yang dilakukan pembangkang di Kajang secara terang-terang.  Nampak sangat dana rakyat digunakan untuk kepentingan politik kerana bila PRK diadakan di negeri yang mereka bukan kerajaan, tak pulak ada karnival dan sebagainya.--SUMBER


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa