Hari ini, Perdana Menteri Australia Tony Abbot memaklumkan kepada parlimen negara tersebut mengenai penemuan dua imej satelit bersaiz 24 meter yang dipercayai tenggelam timbul di permukaan air berkemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Objek itu ditemui di Selatan Lautan Hindi
Penemuan itu membuatkan kumpulan SAR Malaysia menghantar kapal untuk meninjau tempat dimana serpihan dijumpai.
Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan sewaktu menerusi temuramah di TV3 berkata jika PM Australia yang berkata 99% kemungkinan adalah benar. Ini disebabkan satelit yang dimiliki oleh pihak keselamatan negara Australia merupakan satelit yang paling terkini dan canggih.
Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, juga menjelaskan 24m sepihan itu kemungkinan sebelah sayap kerana lebar keseluruhannya adalah lebihkurang 60m.
Menurut beliau lagi kawasan tersebut agak jauh dan bergelora dan bukan laluan kapal dagang, kapal terbang malah nelayan pun jarang melalui kawasan itu.
Jika benar itu adalah pesawat MH370 pencarian agak sukar kerana kedalamannya lebih 3km.
Sementara itu pengumuman mengenai penemuan dua objek sepanjang 24 meter berkemungkinan serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 bagai berikan harapan baru kepada misi pencarian pesawat tersebut.
Dua objek yang dipercayai tenggelam timbul itu telah dikesan satelit berada di kawasan selatan Lautan Hindi.
Ketika ini pesawat PC-Orion milik Tentera Udara Diraja Australia sudah berada di kawasan yang dimaksudkan dan belum ada apa-apa laporan mengenainya.
Rata-rata orang ramai di media sosial teruja dengan penemuan terbaru ini dan tidak sabar untuk mengetahui siasatan susulan mengenainya.
Mereka turut berdoa dan berharap agar penemuan ini dapat memberikan petunjuk baru dan bukan lagi spekulasi seperti sebelum ini.--SUMBER
No comments:
Post a Comment