SEKADAR HIASAN |
Perang dingin membabitkan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh tercetus apabila Pemuda Pas kawasan itu secara terbuka mengingatkan ‘rakan’ mereka tentang punca kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi ber-kenaan sebelum ini.
Menerusi satu kenyataan di laman sosial Facebook hari ini, Pemuda Pas Permatang Pauh mendakwa, kebiadaban PKR terhadap parti itu termasuk mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju dengan hukum hudud bakal memberi masalah kepada parti tersebut.
Katanya, PKR telah berulang kali mengeluarkan pendirian tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud sedangkan demografi pengundi di Permatang Pauh majoritinya terdiri daripada mereka yang berpendidikan agama di sekolah-sekolah pondok.
“Kuliah mereka di Permatang Pauh telah mendidik penduduk tentang fundamental Islam yang menolak hudud.
“Padah hukumnya kerana pengundi yang bijak akan bertindak dalam PRK Parlimen Permatang Pauh nanti,” demikian menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu juga mengingatkan PKR bahawa kemenangan selesa parti tersebut selama ini adalah kerana sokongan padu yang diberikan ahli Pas.
“Anwar menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan majoriti 11,721 undi dan jika dirujuk kepada keputusan rasmi membabitkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya dan Penanti, PKR hanya menang dengan majoriti 4,798 sedangkan Pas menang di DUN Permatang Pasir dengan majoriti 6,826 undi,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, PKR ketika ini turut mengalami kemusnahan selepas Langkah Kajang yang disifatkan tidak begitu menjadi sedangkan jati diri Pas semakin meningkat.
Dalam masa sama katanya, penyokong Pas telah hilang kepercayaan terhadap Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang celupar mengkritik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang .
“Sehingga kini, AMK masih belum menarik balik kenyataan mereka dan mustahil untuk anak kandung (Pemuda Pas) boleh bekerjasama dengan insan-insan yang pernah mengutuk bapa kandung mereka.
“Mencalar maruah Presiden bermakna mencalar maruah Pemuda Pas,” kata kenyataan itu.--UM
3 comments:
najib dan rosamah akan dipenjara dan dijatuhi hukum tembak sampai mati atas sebab kianat kepada Negara dan Islam
Pakatan di ramal menang besar jika PAS bertanding.
Atas dasar : Rakyat tolak BN sebab , UMNO sudah jauh dari aspirasi rakyat dan UMNO mementing mengutamakan kepentingan kaum atasan dan warga bangsawan juga kaum expatriate dan juga pelancong halal dan haram,juga yang di lindungi atas sebab kepentingan luar dugaan Kempimpinaa AjibGor Luar jangkaan.Liberalisasi.Kelainan. Lembab.Longlai. Mengutamakan kan kepentingan PRC dan ASEAN dan Singapork,sekolah sekolah cina yang jelas anti dasar kerajaan.
Pakatan Rakyat akan menang pada PRU14 dan Pas akan meminpin kerajaan...
#2 arjuna waspada
changkat lobak.
Sah saudara-saudara ku di PP lebih bijak dan ikhlas memperjuangkan islam dan juga mempertabat semula harga diri dan maruah parti. Ayuh tegakkan panji-panji islam di PRK PP. KitaLawan!!!! Perjuangankan islam. Jangan termakan dengan gula-gula kerajaan DAP. DAP hanya perlu dan gunakan Mat Sabu tapi bukan TG kita dan parti kita.
Post a Comment