Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, April 26, 2015

PEMUDA PAS PENANG TETAP AKAN BOIKOT PRK PERMATANG PAUH


Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah, kekal dengan pendirian untuk memboikot jentera PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh. 

Ia susulan kegagalan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang memenuhi desakan pihaknya untuk menarik balik kenyataan berhubung PAS dan Presiden, 

Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta hudud. Mohd Yusni berkata, pihaknya tidak akan melakukan perubahan pendirian seperti dilakukan PAS Permatang Pauh. 

"Kami akan tetap boikot jentera PKR bagi PRK ini dan akan berjuang sehingga AMK Pulau Pinang memenuhi tuntutan kami," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan PAS Permatang Pauh yang membuat pusingan U dan kini kembali menyokong calon PKR selepas memberi kata dua kepada parti itu sebelum ini. 

Pusingan U itu mungkin berpunca daripada kompromi yang dicapai hasil pertemuan malam semalam antara Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan PAS Permatang Pauh.--BH

3 comments:

Anonymous said...

Sumpah betina korea yang kuat menipu ni adalah kerana bersekongkol menipu negara tentang laki peliwat.
Nenek korea ni adalah pengkhianat bangsa dan agama. Gadai bangsa dan agama demi mendapat dana dan sokongan puak2 dapigs yang anti Islam, anti Melayu dan anti Bumiputera.

Anonymous said...

Salam Bro,memang dah diduga sejak awal lagi.PAS adalah sebuah parti yang TIDAK ADA PRINSIP.Olehkerana gilakan kuasa sanggup bersekongkol dengan Pari yang terang-terang menolak Hudud.Dari tu aku menyeru kepada semua ahli PAS,apakah jenis pemimpin yang selalu bercakap berdolak dalik ?

Anonymous said...

puak puak pas ni memang bangang dan bongok. cakap pasal islam, hudud lah macam2 sal ugama, dap dan pkr dah lacur ugama pun masih terhegeh hegeh betul betul macam laki gila talak. tak kan takde maruah. kalau tak suka bn tok sah sokong sesiapa. baru lah ada pegangan. tapi dah bodoh bin baral. otak letak kat kaki pun masih tak sedar diri. buat malu jadi orang melayu berugama islam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa