Kalau sebelum ini desak mahu keistimewaan membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang jalani hukuman penjara kes liwat hadir sidang Parlimen...kali ini pula mahu beliau dibenarkan mengundi dalam pilihanraya pula.
Desakan itu dibuat oleh anaknya Nurul Izzah menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh 7 Mei ini. Nampak macam nak bikin satu isu kontrovesi baru.
Sebaliknya adalah jelas tertera dalam perlembagaan banduan tidak layak jadi pengundi.
Ini disahkan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Yusof.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi juga kata setahu beliau banduan tidak layak mengundi.
Beliau yang mengulas hal berkenaan Ahad berkata jika dibenarkan sudah tentu SPR akan menghantar kertas undi ke penjara untuk membolehkan banduan mengundi.
Nurul Izzah membuat desakan itu dengan mendakwa Zahid pada tahun 2013 ada cakap bahawa Kementerian Dalam Negeri akan bincang dengan SPR untuk membolehkan banduan mengundi.
Apapun setakat ini belum ada sebarang perubahan kepada peraturan tidak benarkan banduan mengundi.--AD
2 comments:
Akan datang kita mintak banduan dibenarkan jadi calun ahli parlimen pulak
Makin teruk kerajaan BN kalau benarkan banduan mengundi..dah jadi BODOH yg teramat sangat..
Post a Comment